Friday 2 July 2010


Negara Islam hanya mainan mulut pemimpin PAS!

Karpal Singh (Pengerusi DAP), Utusan Malaysia, 18 Oktober 1990, "Kami memberi pengakuan untuk mewujudkan sebuah negara Islam, langkah mayat kami dulu" di Dewan Perhimpunan Cina, Pulau Pinang.

KOTA BAHARU, 30 Jun (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara Islam acuan PAS, yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun, adalah salah.

Beliau, yang juga Menteri Besar Kelantan, menganggap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam PAS jika pakatan pembangkang dapat menguasai pentadbiran negara, sebagai kenyataan peribadi.

Kedah Times agak terharu dan sedih dengan sikap PAS yang masih berdamping rapat dengan pembunuh pergerakan dan pembangunan Islam di Malaysia. Pelbagai kenyataan dolak-dalih oleh Nik Aziz apabila DAP dengan lantang menyuarakan penolakkan Negara Islam di Malaysia.

Nik Aziz masih berlembut dengan DAP tetapi amat bertegas dengan UMNO. Kenapa begini sikap beliau? Adakah kerana personal vendetta sehingga tiada ruang untuk UMNO dilihat sebuah parti yang benar memperjuangakn sebuah negara Islam. Itulah Nik Aziz yang lidahnya bercabang yang mengatakan sifat 20 Allah adalah ciptaan orang Greek dan Yunani.

Di dalam salah satu tulisannya yang muncul di dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, Tok Guru Haji Lah menulis,

‘Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakansifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam’.

Seterusnya Tok Guru Haji Lah menambah,

“Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan.

“Untuk pengetahuan umum, Institusi pondok di Kelantan telah lama menentang ajaran-ajaran Nik Abdul Aziz tetapi tidak ada siapa berani bersuara dengan lantang seperti saya kerana telah termakan budi dan bimbang tidak menerima lagi bantuan seperti mana yang dinikmati hari ini.

Di Kedah, PAS adalah majoriti dalam pakatan Rakyat tetapi sehingga Negara Islam tiada dalam agenda atau sebutan. Adakah PAS amat GERUUUUUN kepada seorang Adun DAP atau Karpal Singh? Ataupun PAS Kedah adalah lebih teruk dari Nik Aziz yang kenyataannnya sentiasa berubah-ubah?

Tetapi yang sahnya PAS tiada agenda untuk mengakkan sebuah negara Islam di Malaysia. Negara Islam hanyalah gula-gula kepada pengikutnya.
Jangan percaya anwar - The Evangelical Outpost

KUALA LUMPUR 1 Julai - Amerika Syarikat (AS) dan pembuat polisi negara kuasa dunia itu didesak supaya menghentikan hubungan baik dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu didakwa sebagai seorang yang tidak mengenang budi.

Sebuah laman web berhaluan kanan, The Evangelical Outpost yang memetik pendapat golongan penyokong sistem kapitalis dan konservertif, Rachel Motte berkata, pendirian Anwar dalam isu perkauman dan polisi antarabangsa sentiasa berubah-ubah bergantung kepada kepentingan politik peribadinya.

Menurut Motte, Anwar menghabiskan masa bertahun-tahun mengagungkan imej pro barat sehingga diberi peluang mengajar di Universiti Johns Hopkins tetapi apabila sokongan daripada golongan Melayu mula hilang, Anwar mula bersikap anti-Yahudi dan anti-Amerika.

Katanya, walaupun tindakan menghentikan hubungan baik dengan Anwar tidak akan menghentikan sindrom anti-Yahudi yang kini sedang melanda dunia, tetapi sekurang-kurangnya langkah berkenaan akan meletakkan AS pada landasan yang betul dalam isu tersebut.

"Tiada tempat untuk AS meneruskan kerjasama dengan Anwar sama ada atas alasan moral mahu pun pragmatik. Ini kerana ketika Israel berhempas pulas untuk mempertahankan dirinya, Anwar yang sebelum ini menjadi anak emas Bill Clinton dan George W. Bush turut mengkritik Israel," katanya.

Desakan itu dibuat selang dua hari selepas akhbar Washington Post melalui tulisan kolumnis terkenal berbangsa Yahudi, Jackson Diehl, mendedahkan bahawa Anwar berada di Washington pada 23 hingga 26 Jun lalu bagi 'menjernihkan' hubungan dengan kelompok Yahudi.

Kunjungan Anwar itu dibuat selepas ketua pembangkang tersebut yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan ramai tokoh Yahudi dikatakan membuat kenyataan yang dilihat beliau sebagai anti-Yahudi dalam isu APCO Worldwide, baru-baru ini.

Pada 4 Mei lalu, Motte melalui tulisannya dalam The New Ledger berkata, Anwar telah membuang kawan lamanya di Washington dan menjadikan kontrak APCO Worldwide sebagai asas untuk mereka cipta teori konspirasi mengenai penguasaan Yahudi, rancangan Zionis dan kegiatan subversif di Malaysia.

Mengulas lanjut dalam tulisan terbarunya, Motte memberitahu, ramai pihak termasuk pembuat dasar Amerika terlepas pandang bahawa Anwar licik dalam menggunakan strategi 'sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi' sehingga ia boleh mendatangkan bahaya kepada polisi negara tersebut.

"Pentadbiran Obama perlu sentiasa mengingati perkara ini (kelicikan Anwar) ketika kita berusaha untuk mengukuhkan hubungan dengan negara Islam khususnya Malaysia. Ia tidak terlalu mudah untuk membezakan antara kawan dan musuh dan dalam kes Anwar ia jelas semua pihak perlu memberi perhatian," tambahnya.

sumber : utusan