Sunday 29 April 2012


Buat Rakan Blogger, Facebook, Twiiter, Semboyan Telah Berbunyi - Sebarkan Gambar Dan Video Kekejaman Pakatan Rakyat Ini Ke Seluruh Negara

SUNDAY, APRIL 29, 2012




"Kerakusan untuk menakluk Putrajaya yang dibimbing arahan dari
pemimpin PAS,DAP dan PKR menjadikan mereka para penyokong
Pakatan Rakyat ini Buas sehingga pihak Polis dijadikan Korban"


"Anggota Polis yang teruk dibelasah oleh penyokongBERSIH (PAS,DAP,PKR)
sepertimana didalam video diatas masih lagi dirawat di
Unit Rawatan Rapi (ICU)"

Gomo tidak mahu untuk mengulas panjang namun ingin pinta bantuan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan prihatin dengan pasukan Polis Malaysia untuk bersama sama menyebarkan rakaman video ini agar seluruh rakyat Malaysia mengetahui kebenarannya.


"Belum pun lagi mereka PAS,DAP,PKR menjadi Kerajaan
sudah mula mempamerkan sikap Kejam mereka keatas rakyat.
Jika pihak Polis yang merupakan penguatkuasa undang undang
pun boleh dipukul dan dipijak bagaimana rakyat Malaysia kelak?"

Buat Rakan Blogger, Facebooker,Twiiter dan mana mana medium yang ada diminta untuk menyebarkan sebanyak yang boleh akan apa sahaja video ataupun gambar keganasan yang dilakukan puak Pakatan Rakyat semalam.

Ini lah agenda sebenar mereka semalam iaitu Rusuhan yang akhirnya akan membawa pertumpahan darah. Plan Anwar Ibrahim adalah untuk menjadikan Dataran Merdeka sepertimana Dataran Tahrir namun atas kuasa Allah yang Maha Esa maka niat Jahat Anwar Ibrahim semalam telah GAGAL sama sekali.


"Anggota Polis Trafik ini Patah kaki dan tangan dan pecah kepala
setelah dipukul oleh jentera PAS,PKR dan DAP semalam.
Beliau kini masih di Unit Rawatan Rapi ICU"

Sama sama kita mendoakan agar anggota Polis yang masih lagi menerima rawatan di Hospital akibat dipukul oleh Pakatan PAS,DAP dan PKR segera sembuh. Khidmat mereka Pasukan Polis amat kita perlukan dalam memastikan keamanan Malaysia terus terbela.

Lagi Video Kekejaman Pakatan Rakyat
KLIK DISINI


Psssttt... Apa yang mereka Pakatan Rakyat lakukan kita tidak dapat terima sama sekali.




Video Kekejaman Pakatan Rakyat Ke Atas Polis

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Tuesday 10 April 2012

Ibu Berdoa Azmin Tinggalkan Anwar, Kembali Ke Jalan Benar

PETALING JAYA: Keluarga Azmin Ali mahu beliau segera meninggalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ibunya, Che Tom Yahaya berkata, Azmin akan menjadi individu yang lebih baik jika semua pengaruh buruk ini dapat dijauhi.

“Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar,” katanya.

Che Tom, 78, berkata, berbanding enam anaknya, dia melalui pengalaman yang sangat sukar ketika melahirkan Azmin.

“Namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami,” katanya sambil menambah kali terakhir Azmin melawatnya, Ogos lalu.

Sementara itu, adik Azmin, Ummi Hafilda berkata dia akan menghentikan semua bentuk serangan peribadi terhadap abangnya sekiranya beliau meninggalkan Anwar demi kebaikannya.

“Saya sedang mengumpul bukti untuk mendedahkan semua keburukan abang saya, isterinya, Shamsidar Tahrin dan Anwar.

“Ibu juga telah bersetuju untuk bercakap mengenai Azmin pada satu sidang media. Namun jika Azmin menjauhkan diri daripada Anwar, saya akan berhenti berkempen.

“Apa yang saya mahu adalah abang saya kembali kepada dirinya yang dulu,” katanya sambil menambah Azmin yang Timbalan Presiden PKR merupakan sekutu Anwar yang paling kuat.

Ketika ibunya sakit baru-baru ini, Ummi berkata, ibunya telah memberitahu dia dan dua kakaknya supaya tidak memberitahu Azmin sekiranya dia meninggal dunia.

“Ini jelas menunjukkan betapa kecewanya hati dia,” kata Ummi.

Awal tahun ini, Ummi yang merupakan individu yang mendedahkan mengenai kes liwat Anwar yang pertama berkata, dia akan kembali menyerang Azmin dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekiranya mereka tidak mahu bertaubat.

Ummi berkata, dia akan mendedahkan ‘rahsia’ serta salah guna kuasa yang dilakukan oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 – Mstar

Dr Hasan : ‘Mereka Nak Tukar Negara Ini Kepada Republik’

AIDCNews – 10/04/12 – “Ahli Parlimen Permatang Pauh ni saya namakan kepala keretapi..Kalau dengan kepimpinan Kepala Keretapi mereka berjaya ke Putrajaya..lagi empat bulan..tiga bulan..katakan mereka dapat 2/3 daripada Parlimen..

“Sebagaimana yang disebut-sebut..makalah-makalah diberikan kepada saya..dalam wacana-wacana juga saya dilibatkan..mereka nak menukar negara ini daripada sistem demokrasi kepada sistem Republik”, kata YB Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali, Presiden Jati, di Program Selamatkan Aqidah, di Padang Bkt Jelutong, Permatang Pasir, Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 7 April.

Friday 6 April 2012

DAP & ANWAR PASTI GELISAH RESAH BILA TENGOK GAMBAR INI!!



Gambar di bawah sangat menarik dan benar-benar berlaku. Apakah akan ada lagi suasana begini apabila agama menjadi penyatuan kepada umat Islam.

Dalam masa yang sama, DAP dan PKR pasti resah gelisah jika ianya terjadi lebih kerap!


Cerita selanjutnya : Klik Sini
Anda mungkin juga meminati:

Bersih 3.0 adalah strategi pembangkang untuk menutup dan menghapuskan

kepincangan / kelemahan Pakatan Pembangkang berkhidmat kepada rakyat dan

menutup pelbagai konflik dalaman, ISU MORAL Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, Isu

Tapak Masjid seluas 8.5 ekar ( nilai RM 185 Juta), dan kebodohan PAS terpaksa

bersekongkol dengan pemimpin yang rosak akhlak / moral dan parti DAP yang terang-

terang menolak Islam dan Negara Islam.

Ustazah Nurul Izzah vs Ust Kazim Elias ~ Qazaf & 4 Saksi mengikut Islam

BUKU JINGGA, BUKU JINGGAY... RASA LAWAK HEY!!

Sunday 1 April 2012

Pemimpin PAS Pulau Pinang jadi DAYUS dan BACUL apabila biarkan tapak masjid

seluas 2.5 ekar di jual oleh Lim Guan Eng anak Lim Kit Sial kepada

syarikat swasta untuk pembangunan. Inilah MUSIBAH kepada Masyarakat ISLAM /

MELAYU di Penang yang gagal diperjuangkan oleh parti yang

kononya berjuang untuk Islam dan menuduh UMNO parti kafir.....ibarat meludah ke

langit, air liur jatuh atas batang hidung sendiri....

Pinjaman RM445 juta- ada yang menakutkan Anwar?

SATURDAY, MARCH 31, 2012


MENGAPA Anwar Ibrahim mengelak untuk hadir ke mahkamah dan dilihat begitu takut untuk menjadi saksi berhubung perbicaraan kes saman berhubung perjanjian kemudahan pinjaman bersindiket berjumlah RM445 juta, kira-kira 14 tahun lalu?

Apakah ada rahsia yang beliau bimbangi akan terbongkar apabila beliau bersetuju untuk jadi saksi dan sekali lagi menelanjangi kerakusan serta kebejatan moralnya sebagai bekas pemimpin kerajaan yang kononnya bersih dari rasuah serta penyelewengan?

Apakah kes ini akan membongkar hubungan serta perancangan Anwar untuk mengguling Tun Dr Mahathir satu ketika dulu atau adakah kes ini akan membongkarkan bahaw Vincent Tan di arahkan berundur dari cubaan mengambil alih MUI Bank (kini dikenali sebagai Hong Leong Bank Berhad (HLBB) oleh Anwar Ibrahim dan sebagai balasan, Vincent Tan diberikan lesen perjudian besar, The Sports Toto oleh Anwar Ibrahim.Adakah ini yang Anwar bimbangi?

Adakah kes ini akan membongkar bahawa kroni dan taikun Cina Anwar Ibrahim, Quek Leng Chan diberi lampu hijau mengambil alih MUI Bank Berhad melalui Hong Leong Credit Berhad dengan satu pinjaman bersindiket (syndicated loan) berjumlah RM 420 juta ( 8 penama ) dengan tambahan RM 25 juta diberikan kepada kroni Anwar Ibrahim, Faiz Ibrahim.Adakah ini yang Anwar bimbangkan?

Adakah kes ini akan membongkarkan pinjaman pada awalnya bertujuan untuk membeli saham dalam Inchcape Timuran dan untuk pembelian Kewangan Bersatu Berhad ( KBB), yang mempunyai lesen kewangan hanyalah satu 'diversion'?.

Adakah kes ini akan membongkarkan tentang syarikat kewangan KBB ini diterajui oleh Ishak Ismail, kroni Anwar Ibrahim dan Bendahari Umno Pulau Pinang yang turut menguasai Idris Hydraulic sewaktu Anwar Ibrahim bertindak sebagai Menteri Kewangan Malaysia dan Pengerusi UMNO Pulau Pinang?

Sedangkan pembelian KBB tidak berlaku sebaliknya wang ratusan jutaan ringgit ini digunakan untuk menyingkirkan Tun Dr Mahathir sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia dengan politik wang paling kotor dalam sejarah Umno didakwa dilakukan oleh Anwar Ibrahim dengan menabur RM 200 juta untuk melobi perwakilan dan kroni-kroni untuk menyingkirkan Tun Ghafar Baba dari jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Dan adakah akan membongkarkan bahawa Quek Leng Chan yang mendapat kembali MUI bank hasil kerja Anwar Ibrahim, bertindak sebagai pelobi dan pembiaya terbesar dalam usaha menyingkirkan Tun Dr Mahathir dari jawatan Presiden Umno.

Adakah kes ini juga bakal membongkarkan betapa Warlord terbesar Anwar Ibrahim, Nazri Abdullah bersama warlord Quek Leng Chan, Seow Lun Hoo bertindak sebagai penyelaras projek untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir dari kerusi Presiden Umno?

Dan dengan tersingkirnya Tun Dr Mahathir ,projek yang bakal diterima oleh kroni-kroni Anwar Ibrahim adalah tanah RRI (Rubber Research Institute) di Sungai Buloh berjumlah RM 625 juta dan kalau tiada kes mengapa kes saman berhubung perjanjian kemudahan pinjaman bersindiket berjumlah RM445 juta timbul kembali setelah 14 tahun berlalu?

Adakah kesini bakal dijadikan peluang terbaik Quek Leng Chan mendedahkan dalam mahkamah kesemua ini adalah rancangan Anwar Ibrahim dalam keghairahan untuk menjadi Perdana Menteri apabila Quek Leng Chan sudah tahu Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia sampai bila-bila sekalipun.
Anwar bersama Vincetn Tan..

Quek Leng Chan tahu dan menyedari bahawa Pakatan pembangkang tidak akan menang pada pilihanraya umum ke-13 nanti dan adakah Quek akan menggunakan kes ini akan membuktikan Anwar Ibrahim adalah dalang dan perancang utama mengapa pinjaman bersindiket berjumlah ratusan juta ringgit dikeluarkan hanya untuk menyingkirkan Tun Dr Mahathir dari menjadi Presiden Umno.

Tindakan Anwar yang enggan menjadi saksi (bukan beliau yang dituduh)menimbulkan banyak perssoalan malah Anwar menggunakan pasukan Peguamnya untuk menghalang sapina diserahkan kepada beliau sehingga Peguam dikatakan akan menggunakan kuasa mahkamh untuk membawa Anwar ke kadang saksi. Ini episod terbaru yang semua rakyat nantikan.

Kenapa Anwar Ibrahim Bawa Wan Azizah Kawin Lari Di Thailand?




Kalau dulu kita cuma mendengar kisah cinta monyet, cinta sejati, cinta palsu atau cinta tiga segi, tetapi hari ini ada satu lagi jenis cinta iaitu cinta politik. Cinta politik ini boleh dilihat dengan jelas di kalangan pemimpin-pemimpin yang terkantoi terutamanya dalam skandal yang melibatkan seks.

Contohnya, apabila seorang pemimpin itu tertangkap berkhalwat atau berzina, maka dengan segeralah dia menunjukkan cintanya terhadap isteri, seperti membawa isteri ke hulu ke hilir di hadapan media dan membuat kenyataan-kenyataan yang menunjukkan dia adalah suami penyayang dan mencintai isterinya.

Di Malaysia, drama cinta politik ini telah banyak kali dimainkan. Antara pelakon hebat yang melakonkan watak ini ialah Mat Sabu dan yang paling baru ialah Ustaz Badrolamin apabila masing-masing terkantoi berkhalwat.

Tetapi selain mereka, kita pasti tidak ada sesiapa pun di Malaysia ini mahupun di dunia yang dapat menandingi kehebatan cinta politik Anwar – Azizah.

Kisah cinta Anwar-Azizah bermula di zaman belajar lagi di mana Anwar sering membawa Azizah ‘berdating’ dengan motorsikalnya. Namun, cinta mereka tidak direstui bapa Azizah atas sebab-sebab yang hanya orang tua itu yang tahu.

Sebagai hero, Anwar tidak berputus asa dan membawa Azizah lari. Mereka akhirnya diijabkabulkan pada 28 Februari 1980, ala-ala Zack dan Azura versi 90-an, tanpa majlis yang meriah sepertimana pasangan lain.

Mengikut cerita Anwar di ceramah-ceramah, selama 32 tahun berkahwin beliau sempat membuktikan cintanya terhadap Azizah dengan membawa Azizah melawat Taj Mahal iaitu simbol cinta agung antara dua insan. Tetapi, kita tidak pasti pula sama ada lawatan itu dilakukan sebelum atau selepas Azizah mula resah dengan kehadiran Sukma Dermawan di rumah mereka.

Sukma Dermawan, iaitu adik angkat ‘homoseksual tersohor Asia’ telah pun wujud dalam hidup Anwar sejak awal lagi iaitu sekitar tahun 1977 di mana beliau tinggal dengan bapa dan ibu tiri Anwar di No. 27, Jalan SS1/43, Kampung Tunku Petaling Jaya. Sukma berkongsi bilik dengan Anwar yang pada ketika itu masih bujang.

Setelah berkahwin, Anwar mengangkut Sukma bersamanya dan Azizah ke rumah mereka di Seksyen 17 Petaling Jaya dan kemudiannya ke Subang Jaya, dan berpindah lagi ke Seksyen 14 Petaling Jaya sehingga akhirnya menetap di Bukit Damansara di mana Sukma mendapat bilik persendirian yang khas.

Selain Sukma, cinta Anwar-Azizah juga diuji dengan kehadiran Azmin dan isterinya, Shamsidar. Khabarnya perhatian Anwar lebih tertumpu kepada Sukma, Azmin dan Shamsidar dan segala keinginan mereka dipenuhi sedangkan segala keperluan Azizah diremehkan sahaja dengan berbagai-bagai alasan.

Walaupun kisah ini sudah menjadi rahsia umum dan rekod mahkamah, tetapi Anwar masih terus mengungkap cinta terhadap Azizah yang katanya, terus mekar mewangi.

Jelas, Anwar adalah seorang pencinta agung. Di dadanya penuh dengan cinta yang membuak-buak, melimpah ruah dan oleh itu, perlu diagih-agihkan kepada ramai orang tidak kira lelaki ataupun perempuan dari berbagai-bagai bangsa seperti Melayu, Indonesia, Pakistan, China mahupun Siam.

Pendek kata, cintanya tidak mengenal jantina, usia mahupun bangsa selaras dengan pendirian partinya yang memperjuangkan kesamarataan.

Mungkin inilah yang dimaksudkan Azizah mengenai ‘Anugerah Tuhan’ yang menjadi suaminya yang sejak dari dulu tidak pernah lupa menyuapkan hati berulam jantung sebagai makanan hariannya.

Hakikatnya, Azizah mungkin boleh menipu diri sendiri bahawa Anwar mencintainya dan Anwar juga boleh menipu Azizah yang beliau masih mencintai isteri yang digelarnya sebagai ‘ikan sepat kering’ di hadapan Shamsidar.

Tetapi Anwar dan Azizah tidak boleh menipu sekalian rakyat Malaysia hanya dengan menceritakan kisah mereka menari dan berguling-guling menyanyi di hadapan Taj Mahal dengan kostum warna-warni yang ditukar 10kali.

Cinta yang sebenar tidak perlu ditunjuk-tunjuk atau diceritakan kerana ia akan terserlah dengan sendirinya melalui pandangan mata dan senyuman.

Setakat ini, apa yang ada di mata Anwar apabila memandang Azizah, bukanlah cinta tetapi kuasa. Dan apa yang ada di mata Azizah apabila memandang Anwar pula adalah derita yang bercampur-baur dengan rasa jijik dan loya.

Selain itu, kita juga dapat melihat secebis harapan di wajah Azizah apabila memandang Anwar. Harapan itu bukan berupa harapan agar Anwar berubah atau tetap mencintainya tetapi harapan agar dapat ke Putrajaya sebagai balasan ke atas segala pengorbanannya.

Justeru, inilah kisah cinta politik paling ulung dan agung, dan wajar mendapat pengiktirafan setaraf Taj Mahal yang kononnya pernah menjadi saksi lakonan mereka.

Hasil penulisan Beruang Biru


Psssttt.... Sekeping gambar kawin pun antara Jijah dan Anwar takde....isy isy isy


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Ahli PAS Mati Pasang Bendera DAP, Tapi Kenapa TNB Yang Dipersalahkan?




Gara-gara bersemangat untuk memasang bendera parti PAS dan DAP , dua rakan maut terkena renjatan elektrik apabila sebatang buluh yang diguna untuk menggantung bendera itu terkena kabel elektrik bervoltan tinggi di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam Jumaat.

Rosli Hussin, 47, dan rakannya Mohd Daisan Ibarahim, 37, yang terjatuh dan pengsan selepas terkena renjatan elektrik itu, disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tanah Merah.

Abang ipar seorang daripada mangsa, Che Musa Mamat berkata adik iparnya, Rosli bersama empat rakannya ke kawasan itu untuk mendirikan buluh setingga kira-kira 12 meter untukmenaikkan bendera PAS dan DAP pada pukul 12 tengah malam.

Sumber Sg Rapat Online


"Tak Masuk Syurga Pun Pasang Bendera Parti Tu"

Gomo dah biasa dengar berita mengenai orang yang terkena renjatan elektrik. Selalu lah juga baca di suratkhabar dan berita mengenai insiden sedemikian yang melibatkan pelbagai kejadian sama ada pencuri curi kabel, peladang terkena renjatan, dan sebagainya. Tetapi kes ini adalah kes yang lain dari yang lain kerana mangsa mati akibat sedang memasang bendera PAS dan DAP.

Yang tak seronok dalam pekara ini bila jentera PAS melalui facebook, Twiiter dan juga Bloggmenyalahkan Tenaga Nasional Berhad punca kepada kematian kedua dua mangsa itu. Kata mereka TNB yang salah dan perlu bertanggungjawap dan perlu berhadapan dengan keluarga mangsa.

Kenapa TNB yang dipersalahkan sedangkan yang mengupah mangsa memasang bendera adalah dari parti PAS dan TNB hanya menyalurkan elektrik sahaja. Apa kena mengena TNB untuk disalahkan dengan kematian ahli PAS?

Ini lah satu pekara yang sejak dulu Gomo lihat yang mana bila berlaku sebarang musibat kepada parti Pembangkang maka yang akan disalahkan adalah pihak lain. Selalunya UMNO yang disalahkan tetapi kali ini TNB pula yang menjadi mangsa.

Apa lagi lepas ini yang mereka akan putar? Suruh keluarga mangsa menyaman TNB kerana kematian mangsa yang memasang bendera PAS dan DAP? Demo dijalanan membantah sikap TNB yang lepas tangan pada mangsa kematian? Apa lagi mereka nak buat?

Mangsa diupah oleh parti PAS untuk memasang bendera dan adalah satu tanggungjawap buat PAS bagi memenuhi tuntutan keluarga si mati dalam pekara ini. Pampasan perlu diberikan oleh parti dan adalah tidak boleh sama sekali PAS menyalahkan Tenaga Nasional Berhad atas kematian dua mangsa yang terkena renjatan elektrik TNB.


"Jangan Jadi Bodoh Mati Kerana Pasang Bendera Parti"

Sudah sudahlah menyalahkan pihak lain bila diri sendiri yang salah. Rakyat dah muak dengan pekara sebegini yang seolah olah Pakatan Pembangkang itu adalah malaikat sampai tak pernah buat satu pun kesilapan. Kami dah bosan lah!

Gomo sarankan keluarga mangsa agar menyaman PAS kerana kematian tersebut memandangkan yang mati itu telah dikerah oleh PAS untuk memasang bendera. Sudah menjadi tanggungjawap buat yang mengupah itu untuk bertanggungjawap dan keluarga mangsa perlu bertindak tegas dalam pekara ini dan jangan menyalahkan TNB, Kerajaan ataupun UMNO yang tidak ada kena mengena.

PAS perlu tahu yang mereka mesti bertanggungjawap diatas kematian mangsa.


Psssttt... Muak lah dengan pakatan ni, salah depa tapi pihak lain yang dipersalahkan. Bengong


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT