Saturday 24 November 2012

SIAPA ITU SAITAN BESAR? ADAKAH SAITAN LGBT?

HADI MUNGKIN DISOKONG SYAITAN?


Written by Admin   
Friday, 23 November 2012 15:24





























Oleh : HAFIZ YATIM


"BAGAIMANA rakyat boleh tahu bahawa pembangkang tidak disokong oleh syaitan," tanya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau juga mempersoalkan bagaimana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh tahu yang BN disokong oleh syaitan. Dan, Mahathir seterusnya membayangkan yang pemimpin parti Islam itu sendiri mungkin disokong oleh syaitan.

"Beliau (Hadi) dan pembangkang mungkin disokong oleh syaitan sendiri. Beliau sendiri bersama dengan syaitan. Itulah syaitan yang saya tahu. Dia sendiri bersama dengan syaitan itu," ulang Mahathir lagi.
Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai komen Hadi, semasa muktamar PAS baru-baru ini di Kota Bharu, bahawa parti yang disokong oleh syaitan tidak mampu menegakkan kebajikan yang "adil terhadap semua".

Walaupun presiden PAS itu tidak menamakan parti tersebut, tetapi ramai percaya beliau merujuk kepada BN dan Umno, terutamanya selepas tulisan di blog Mahathir yang menyentuh mengenai perkara itu.

Dalam tulisan itu Ogos beliau, Mahathir telah mencadangkan adalah lebih baik bagi rakyat memilih syaitan yang mereka tahu, daripada malaikat yang rakyat mungkin tidak tahu.

Diminta mengulas syor supaya Abdul Hadi untuk menjadi perdana menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang, Dr Mahathir berkata presiden PAS itu bebas menjadi PM jika beliau dan mereka boleh menang.

"Beliau (Abdul Hadi) lebih layak daripada (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), kerana beliau tidak membawa beban sejarah. Tetapi beliau perlu menang dulu, "katanya.

Mengenai sama ada kemenangan Abdul Hadi akan mendapat sokongan orang Melayu, Dr Mahathir menyindir Karpal Singh, dengan mengatakan jika pengerusi DAP itu memakai turban, beliau juga akan berkelayakan sebagaimana Nik Aziz (Nik Mat, mursyidul am PAS).

"Sama serban pun ada, janggut pun ada, apa lagi yang kita mahu?" katanya berseloroh.

Mahathir berkata demikian kepada pemberita di akhir Persidangan Antarabangsa mengenai Kanak-kanak Mangsa Perang anjuran Yayasan Keamanan Global Perdana. (MKINI)

PANGKHIANAT BANGSA DAN AGAMA!!!!!

DUA DIPECAT, UMNO TIDAK BERKOMPROMI


Written by Admin   
Friday, 23 November 2012 14:23






























Oleh : ROPIKAH AHMAD

KUALA LUMPUR : Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail (gambar) menegaskan bahawa tiada sebarang kompromi kepada sebarang anasir yang cuba merosakkan perjuangan parti termasuk pelanggaran disiplin yang telah, sedang dan akan diambil.

“Ini adalah selari dengan transformasi politik oleh kepimpinan parti,” katanya dalam satu kenyataan media yang turut memaklumkan berkaitan anggota parti yang telah diambil tindakan.
Kes-kes yang telah diputuskan ini melibatkan kesalahan-kesalahan seperti sabotaj parti iaitu melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan UMNO dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli UMNO.

“Bahagian Semporna, Sabah, dua orang dipecat dan seorang digantung tiga tahun atau satu penggal pemilihan kerana kes sabotaj parti.

“Tidak mengikut perintah-perintah parti dan juga tidak menjalankan dasar-dasar parti iaitu melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan UMNO dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli UMNO yang melibatkan Bahagian Arau, Padang Besar dan Kangar, Perlis iaitu empat orang didapati bersalah dan diberi amaran dan seorang didapati tidak bersalah.”

Keputusan tersebut dibuat hasil daripada anggota Lembaga Disiplin yang telah bersidang pada 6 September dan 8 Oktober lalu.

Berikut adalah senarai nama anggota parti terbabit:

1. Tuan Haji Ab. Habi bin Haji Mustapha (Bahagian Semporna)

Jawatan Dalam Parti: AJK UMNO Bhgn Semporna

JENIS KESALAHAN: Fasal 20.8 (b) dan (c) Perlembagaan UMNO Dibaca Bersama Perkara 3.1.2 dan 3.1.4 Tataetika Ahli UMNO

KEPUTUSAN HUKUMAN: BERSALAH (DIPECAT)

2. Encik Abdul Majid bin Haji Palah (Bahagian Semporna)

Jawatan Dalam Parti: Ketua Cawangan Kg Gallam/Bekas AJK Bhgn Semporna

JENIS KESALAHAN: Fasal 20.8 (b) dan (c) Perlembagaan UMNO Dibaca Bersama Perkara 3.1.2 dan 3.1.4 Tataetika Ahli UMNO

KEPUTUSAN HUKUMAN: BERSALAH (DIPECAT)

3. Tuan Haji Nisfu bin Haji Palah (Bahagian Semporna)

Jawatan Dalam Parti: Ketua Cawangan Kg Seraya 1

JENIS KESALAHAN: Fasal 20.8 (b) dan (c) Perlembagaan UMNO Dibaca Bersama Perkara 3.1.2 dan 3.1.4 Tataetika Ahli UMNO

Keputusan Hukuman: BERSALAH – Digantung tiga (3) tahun daripada 6 September 2012 atau satu (1) Penggal Pemilihan

4. YBhg Datuk Zahidi bin Zainul Abidin (Padang Besar)

Jawatan Dalam Parti: Ketua UMNO Bhgn Padang Besar

JENIS KESALAHAN: Fasal 20.8 (b), (c) dan (f) Perlembagaan UMNO Dibaca Bersama Perkara 3.1.2, 3.1.4 dan 3.1.6 Tataetika Ahli UMNO

KEPUTUSAN HUKUMAN: TIDAK BERSALAH

5. Tuan Syed Atif bin Syed Abu Bakar (Bahagian Arau)

Jawatan Dalam Parti: AJK UMNO Bhgn Arau

JENIS KESALAHAN: Fasal 20.8 (b), (c) dan (f) Perlembagaan UMNO Dibaca Bersama Perkara 3.1.2, 3.1.4 dan 3.1.6 Tataetika Ahli UMNO

KEPUTUSAN HUKUMAN: BERSALAH – Diberi Amaran

6. Encik Yaacob bin Man (Bahagian Padang Besar)

Jawatan Dalam Parti: AJK Bhgn Padang Besar

JENIS KESALAHAN: Fasal 20.8 (b), (c) dan (f) Perlembagaan UMNO Dibaca Bersama Perkara 3.1.2, 3.1.4 dan 3.1.6 Tataetika Ahli UMNO

KEPUTUSAN HUKUMAN: BERSALAH – Diberi Amaran

7. Encik Biswardi bin Mohamad Hasbi (Bahagian Kangar)

Jawatan Dalam Parti: Ahli UMNO Cawangan RPA Kangar 102

JENIS KESALAHAN: Fasal 20.8 (b), (c) dan (f) Perlembagaan UMNO Dibaca bersama Perkara 3.1.2, 3.1.4 dan 3.1.6 Tataetika Ahli UMNO

KEPUTUSAN HUKUMAN: BERSALAH – Diberi Amaran

8. Encik Abdul Halim bin Abdullah Sunny (Bahagian Arau)

Jawatan Dalam Parti: Ahli UMNO Cawangan Kampung Ulu Pauh

JENIS KESALAHAN: Fasal 20.8 (b), (c) dan (f) Perlembagaan UMNO Dibaca Bersama Perkara 3.1.2, 3.1.4 dan 3.1.6 Tataetika Ahli UMNO

KEPUTUSAN: BERSALAH – Diberi Amaran

Monday 19 November 2012

TERBARU! MUFTI NEGERI JAWAB TOHMAHAN 'UMNO MURTAD' NIK AZIZ!


Monday, November 19, 2012

TERBARU! MUFTI NEGERI JAWAB TOHMAHAN 'UMNO MURTAD' NIK AZIZ!


Satu lagi pandangan bernas yang mempersoalkan kenyataan yang dilemparkan oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa parti politik UMNO sebagai murtad.


Kenyataan itu adalah tidak berasas sama sekali, kata Mufti Perak, Haji HarussanI Zakaria.
Beliau berkata, selagi ahli-ahli dalam UMNO mengucap dua kalimah syahadah serta mempertahankan hujah-hujah Islam, mereka tidak boleh dikira sebagai individu yang murtad. 
"Bagaimana beliau nak menuduh orang UMNO semua sekali murtad dan apakah maksud murtad yang mereka katakan. 
"Dan kalau dia bersekongkol dengan kufur yang dipanggil harbi yang terang-terang menentang Islam dipanggil harbi, maka barulah dia kafir,” katanya kepada pemberita. 
Katanya, perbezaan pendapat yang berlaku antara parti politik dibenarkan dalam Islam selagi mengikut syarak namun ia tidak seharusnya berlaku hingga ia menimbulkan kebencian dan menyebabkan wujudnya sifat asabiyah di kalangan masyarakat Islam sendiri. 
Namun jelasnya, perbezaan politik yang dianjurkan oleh Pas dilihatnya lebih bersifat kebencian kerana mereka sanggup melemparkan tuduhan melampau serta menghukum sesuka hati. 
"Saya lihat syarahan, ucapan yang dibuat oleh ahli-ahli Pas itu tidak lain dari mencaci, memaki dan melaknat,” kata beliau  SETERUSNYA 
Permasalahan yang timbul dek doa melampau dan parti UMNO dituduh murtad sangat merisaukan kita.

Yang paling MiM khuatir ialah tragedi tahun 1982 yang melibatkan umat Islam di negara ini akan berlaku sekali lagi jika kita tidak mengatasi perkara ini dengan segera. Anda tentu masih ingat tragedi yang berlaku ketika itu : BACA SINI

Nik Aziz mulut puaka ngaku Melayu dan hukumkan UMNO murtad?


Nik Aziz mulut puaka ngaku Melayu dan hukumkan UMNO murtad?


Sebelum Muktamar PAS ke 58, satu kain rentang telah dipasang di Simpang Kota Jembal - Bachok yang bertulis "Melayu wajib sokong PAS."

Wajib? Maknanya tak buat dapat dosa. Berdosa ke tidak undi parti yang banyak berbohong, putarbelit dan membodohkan minda rakyat marhaen demi kuasa politik.

Kalau mereka menjaga kebajikan rakyat, mentadbir negeri dengan tidak menyeleweng duit air RM1.3 billion, dan bawa kemajuan, tak apa nak ngaku dan mohon undi. Kalaulah parti lawan dituduh perasuah, menyeleweng dan salahguna kuasa, tapi apa pula Ustaz Husam Musa yang hanya tak habis2 dengan projek gagal demi projek gagal.

Dahlah itu, projek gagal bukan sebab-sebab yang tak boleh dielakkan tapi sebab yang sepatutnya dielakkan. Kegagalan adalah sebab Husam jadi ular dalam semak yang dok sebat dna seweng wang.

Hairannya, Nik Aziz juga yang kata apa ada pada Melayu. Dia kata Assobiyah dan kita patut hanya fikir sebagai Muslim. Dia tak mahu terima bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu di bumi malaysia.

Jangan sebut nak jaga kepentingan Melayu, Nik Aziz tak akan peduli dan layan. Assobiyah! Assobiyah! Assobiyah!

Tuhan akui kaum, kabilah dan bangsa tapi Nik Aziz tak akui kata-kata tuhan. Si bongok ni tak tahu Assobiyah itu berlaku bila kita diskriminasi kaum lain dan menafikan hak mereka serta berlaku kezaliman. Tuhan ada kata yang berkasud kalau bansga kamu tak bela, siapa lagi nak bela.

Mana tidak, Nik Aziz tak cakap Melayu, dia cakap Urdu. Nik Aziz tak guna duit Ringgit, dia guna duit Riyal. Dia tak  makan makanan Melayu tapi makan makanan Kelantan. Entahlah dia ingat Kelantan bukan Melayu tapi bangsa Arya turun dari langit ingat Nik Aziz?

Dahlah ugama pun tak faham dan ajar orang ugama sesat, kini Nik Aziz nak murtadkan orang UMNO. Baguslah Nurul pertahan hak orang Melayu supaya murtad dan dia pula nak murtadkan UMNO.

Jawablah pasal isu Nurul dan jangan kata Utusan dan UMNO putarbelit dan gembar gemburkan. Video dah tersebr satu dunia. Jawab la dan jangan mengelak!

Hasan Shukri pun mengelak kata kenyataan Nurukl perkara kecil.  

Wednesday 14 November 2012

Yang Mualaf lagi tahu hukum.


THURSDAY, NOVEMBER 15, 2012


Dr. Ridhuan Tee Abdullah – Saya tidak nampak Utusan Malaysia tersalah lapor mengenai berita utamanya, Melayu bebas pilih agama? berhubung pendirian ahli parlimen Lembah Pantai, dalam satu forum anjuran gereja bertajuk, “Islamic State: Which version? Whose responsibility?”. Saya juga membaca berita yang sama dalam laman web ultra kiasu, malaysiakini.

Untuk menerangkan tajuk yang sebegini besar, biarkanlah para sarjana dan agamawan dalam bidang, yang menunjukkan pandai, bukannya ahli politik yang cetek ilmunya, yang tidak ada latar belakang agama. Akhirnya, siapa yang terperangkap! Tidak perlulah bersikap defensif apabila berita ini disensasikan. Kita yang gatal mulut.

Jika kita berilmu dan memahami sensitiviti budaya politik Melayu, serta mahir dalam menafsirkan ayat al-Quran, sudah tentu perkara ini tidak berlaku. Saranan saya, jika tidak faham, bertanya. Tetapi jangan mengeluarkan kenyataan seolah-olah mahu menunjukkan kita Muslim yang moderat. Kita adalah Muslim fundamental, yakni berpegang kepada ajaran Islam sebenar. Inilah akibatnya apabila berpolitik bukan kerana mahu menegakkan kesucian agama, tetapi berpolitik untuk mendapatkan undi atau matlamat menghalalkan cara. Teguran ini buat semua parti politik yang majoritinya orang Islam.

Kita terlalu mahu menjaga hati orang lain, sedangkan hati sesama sendiri dihiris, terhiris dan menghiris dilakukan dengan sengaja. Maka bersoraklah orang bukan Islam mendengar kenyataan demi kenyataan kita, untuk menjaga dan melindungi hati mereka.

Apa yang saya faham, ayat tidak ada paksaan dalam beragama, dalam surah al-Baqarah: 256, adalah ditujukan kepada orang bukan Islam, walaupun semua ayat dalam al-Quran ditujukan kepada semua manusia. Kita tidak boleh paksa bukan Islam memeluk Islam, kecuali atas kerelaan mereka.

Misalnya, dahulu saya tidak Islam, walaupun saya cenderung terhadap Islam, orang Islam masih tidak boleh paksa saya memeluk Islam, kecuali atas kerelaan saya sendiri. Bila ada kerelaan dan keikhlasan, ketika itu, orang Islam boleh membantu untuk proses pengIslaman seterusnya. Pendek kata, tidak ada unsur paksaan, kecuali dalam kes-kes tertentu dalam zaman dahulu.

Perlu diingat, setelah saya memeluk Islam atas kerelaan sendiri, maka saya tidak boleh keluar daripada Islam atau murtad sewenang-wenang kerana saya telah memilih Islam. Islam terlalu suci dan mulia, sebab itu kita tidak boleh menyalahkan Islam dan keluar Islam, setelah memeluk Islam. Islam bukan agama kedai kopi, keluar masuk sesuka hati, bila ‘dirasakan’ sukar untuk diamalkan.

Soalan sebeginilah yang selalu dipertanyakan, kenapa agama Islam begitu rigid dan tidak adil? Boleh masuk Islam tetapi tidak boleh keluar? Kenapa tidak ikut seperti Indonesia atau India, tidak perlu memeluk Islam untuk mengahwini bukan Islam?

Perlu saya jelaskan, selain daripada tidak boleh mempermainkan agama Islam seperti kedai kopi, orang (agama) Islam turut dilindungi oleh perlembagaan. Baca Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3, 11 dan Perkara 160 (2), makna Melayu, yang membawa erti, beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan berbudaya Melayu. Bermakna, orang Melayu mesti beragama Islam. Jika keluar Islam, maka, sudah tidak Melayu lagi namanya. Kebebasan menukar agama tidak terpakai kepada orang Melayu (Islam).

Di negara Arab, mungkin ada Arab Kristian atau Arab Yahudi dan sebagainya. Tetapi di Malaysia, bila disebut Melayu, mereka mesti menerima Islam sebagai cara hidup, kecuali mereka murtad tanpa pengetahuan seperti yang berlaku dalam beberapa kes. Inilah perlindungan dalam perlembagaan yang tidak dalam negara lain hatta dalam negara majoriti Islam, kecuali negara kita. Sebab itulah saya agak sukar untuk menerima pendapat jahil yang mengatakan Malaysia sebuah negara sekular.

Justeru, kedudukan Islam mesti dipertahankan bermati-matian daripada dicerobohi oleh orang lain, kerana ada perlindungan. Dalam hal ini, saya boleh berterima kasih kepada kepada Suruhanjaya Reid dan jawatan kuasanya atas perlindungan ini.

Perlindungan ini bukanlah bermakna, hak bukan Islam diketepikan. Ia juga bukan bermakna, agama Islam dan umatnya tidak boleh disentuh atau ditegur. Hakikatnya, kedudukan Islam begitu istimewa dalam perlembagaan, sehinggakan, orang bukan Islam tidak boleh berdakyah agama mereka kepada orang Islam, perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. Maka, tidak hairanlah kita begitu sensitif perkara berhubung penggunaan kalimah Allah, Injil versi Melayu dan sebagainya. Kenapa baharu sekarang dibangkitkan?

Menurut pemahaman saya, ternyata ultra kiasu Melayu tersebut tidak sensitif atau tidak faham budaya politik negara ini. Mungkin dia baru setahun jagung menceburi bidang politik sehingga menyebabkan beliau mudah atau sengaja tersasul.

Kadang-kadang terlalu berlagak pandaipun tidak boleh juga. Tidak mengapa, kita nampak bodoh seketika, asalkan tidak merugikan Islam. Saya amat bimbang dengan umat Islam hari ini, masing-masing hendak menunjukkan pandai. Mereka tidak sedar bahawa ‘kepandaian’ mereka itu sebenarnya boleh menjahanamkan Islam sehingga Islam dianggap sama dengan agama lain atau pluralisme. Kita boleh berkongsi nilai-nilai agama yang mulia, tetapi kita tidak berkongsi agama, kerana akidah berbeza.

Oleh kerana ahli parlimen ini bukan kelulusan agama atau undang-undang, lebih baik jangan terlalu obsess dalam membincang isu-isu ini, kerana boleh membahayakan diri sendiri. Inilah akibatnya apabila kita terlalu ghairah untuk berkuasa. Bila bercakap, tidak fikir implikasinya terhadap agama suci murni ini.

Kenyataan akhbar beliau yang disiarkan sehari kemudian, agar sukar untuk juga diterima. Jika Utusan tersalah siar, saman sajalah, habis cerita. Saya lihat ahli parlimen yang baru sepenggal ini terlebih semangat, mula menggelabah daripada ‘diserang’ bertubi-tubi. Saya ingatkan bapanya, akan membahaskan apa yang benar, apa yang salah, tetapi nampaknya tidak, beliau terus mempertahankan anaknya.

Dalam kenyataan akhbarnya, ahli parlimen tersebut menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu. “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata.”

Apakah maksud kata-kata ini? Tidakkah ia membawa maksud seperti yang dilaporkan. Orang Melayu juga bebas memilih agamanya. Lebih menyedihkan, ahli parlimen Shah Alam pun menyokong hujah beliau. Saya harap tidak berlaku taksub kepartian. Bincanglah mana yang benar, mana yang salah. Bukan cuba untuk menutup kesalahan orang lain. Jika salah, ditegur dan dilentur. Ini tidak, asyik menyalahkan Utusan Malaysia sebagai tali barut Umno. Apa sahaja yang Utusan laporkan, mesti Umno. Politik jenis apakah ini?

Kata ahli parlimen itu lagi, “seperti saya yang bersekolah di Assunta (sekolah menengah) dengan salib yang besar di dalam dewan dan nyanyian penganut Katholik tidak mempengaruhi saya,”. Bagaimanapun beliau tidak menyatakan orang Melayu sepatutnya diberikan hak dari segi undang-undang berkaitan kebebasan beragama sambil berkata : “Saya, sudah tentu, terikat kepada pandangan semasa.” Kepada soalan berhubung hak komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), beliau mengakui, sebagai seorang Islam dan mereka yang menganut Katholik, terdapat batasannya.

Kenyataan ini juga sukar untuk diterima, apa pandangan semasa yang dimaksudkan? Agama Islam tertakluk kepada al-Quran, Hadis dan ijmak para ulamak. Dalam kes ayat 256 Surah Al-baqarah, tafsirannya begitu jelas. Begitu juga soal mengharamkan LBGT? Kalau ada yang tidak mengharamkannya pun, paling kurang, semua agama tidak setuju dengan perlakuan ini. Saya tidak nafikan hak LGBT, tetapi apa yang tersirat di sebalik perjuangan mereka jika bukan untuk mempropagandakan dan menghalalkan aktiviti ini agar diterima sebagai umum.

Ulamak manakah yang dirujuk kepada ahli parlimen tersebut dalam memberikan tafsiran mengenai Islam? Setelah membaca akhbar Sinar Harian, beliau hanya merujuk kepada bekas mufti Perlis, setelah isu ini disensasikan. Kenapa bekas mufti tersebut tidak rujuk sebelum kenyataan dikeluarkan? Nasihat saya, kalau tidak faham, rujuklah ‘ulamak’ dalam PKR yang menghadiri majlis al-Arqam itu. Menteri Besar Kelantanpun tidak berani memberikan komen ke atas kenyataan tersebut.

Saya cadangkan ahli parlimen tersebut, mengamalkan budaya merujuk pakar jika ingin mendukung program pendidikan dan dakwah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam. Bukan menunjuk pandai terlebih dahulu. Kemudian apabila sudah terjebak baharulah ulamak dirujuk.

Orang Islam tidak boleh murtad (atau pura-pura) dalam apa jua keadaan sekalipun, kecuali antara hidup dengan mati, seperti peristiwa Mashitah dan Firaun, sama ada terjun atau tidak, ke dalam kawah air panas yang sedang menggelegak. Namun, Mashitah memilih untuk tidak menyamar dan terjun ke dalam kawah panas. Apakah kita boleh sewenang-wenang mengatakan umat Islam bebas untuk memilih agamanya atas dasar sama hak dengan bukan Islam?

Akhirnya, saya nasihatkan, ahli parlimen tersebut tidak perlu kesal jika ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan beliau seolah-olah beliau meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad. Persoalan saya, kenapa kita memberikan ruang untuk kenyataan kita salahertikan. Ini bermakna, kenyataan tersebut tidak jelas, membawa makna tersurat dan tersirat. Perlu diingatkan juga, berita daripada akhbar dan portal pembangkangpun tidak kurang juga memutar belitkan berita-berita lawannya.

bacala apa nurul ijah cakap.


Transkrip Soal Jawab Nurul Izzah di Gereja Tabernacle Subang

AIDCNews  - 14/11/12 – Berikut disiarkan terjemahan transkrip yang disiarkan Malaysiakini, berkaitan dengan sessi soal jawab bersama Nurul Izzah  di Gereja Tabernacle di Subang, 3 November.
Soalan 1: Amat menggembirakan mengetahui bahawa kita tidak boleh memaksa sesiapa menerima kepercayaan kita, kan?…berhubung apa-apa perkara.
Jadi sekarang, saya ingin bertanya satu soalan yang amat kontroversi…jadi, apa hal dengan kumpulan LGBT di sini…atau minoriti seksual di sini?
Saya mahukan pandangan anda semua mengenai perkara tersebut kerana terdapat pihak yang merasakan dengan hanya berkeupayaan mencintai sesama jenis mereka melanggar hukum agama atau kepercayaan…tapi kita tidak mempercayai itu.
Dengan memegang kepada kepercayaan kami, kami hanya menjawab kepada Tuhan…ya, mari kita hanya menjawab kepada Tuhan. Terima kasih.
Moderator: YB Nurul, bolehkah anda…baik, kita terima hanya satu lagi soalan, dan kemudian beliau akan menjawab kedua-duanya sekali sebelum beredar. Ya.
Soalan 2: Saya amat gembira mendengar YB Nurul bercakap mengenai kebebasan beragama. Apakah beliau sebenarnya bermaksud ia juga terpakai kepada orang Melayu dalam konteks kebebasan beragama? Itu nombor satu.
Nombor dua, saya rasa ia tanggapan yang salah (falasi) untuk mempercayai bahawa Mesir kini dalam keadaan lebih baik berbanding sebelumnya…semua orang tahu keadaan di sana semakin teruk.
Saya mempunyai seorang kawan di Mesir, dan dia memang tidak berapa suka apa yang sedang berlaku di sana, jadi saya percaya YB sedang cuba mempromosikan idea pewujudan negara Islam…yang sebenarnya tidak betul.
Tapi, lebih penting lagi soalan saya ialah mengenai apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, apakah anda sebenarnya bermaksud ia juga terpakai untuk orang Melayu? Terima kasih.
Moderator: Nampaknya, YB Nurul, ini cara yang baik untuk memulakan pagi ini.
(Hadirin ketawa)
Moderator: Anda ada dua soalan amat penting yang berbeza…bolehkah anda menjawabnya?
Nurul Izzah: Terima kasih, Cyrus…saya juga sayang awak..
(Hadirin ketawa)
Nurul Izzah: Okay, jadi soalan pertama. Berhubung hak-hak seksual LGBT, Tariq Ramadan pernah menjawabnya apabila pihak IRF menganjurkan programnya kira-kira… jika tak silap saya tiga bulan lalu…dan saya rasa tentunya anda bukan sekadar bercakap tentang Islam.
Terdapat batasan dan anda pun tahu ia dilaksanakan dalam agama Kristian berhubung kumpulan…maksud saya, LGBT…tetapi, satu yang penting ialah kita tidak boleh memangsakan sesiapa.
Juga kita tidak boleh melaksanakan …dan anda tahu…memastikan undang-undang negara tidak mencerobohi soal-soal peribadi…tidak melanggar hak awam.
Saya rasa itulah prinsip dasar utama. Tetapi jika anda bertanyakan saya sama ada sebagai seorang Islam saya boleh menerima..saya rasa boleh…anda atau sesiapa selain yang memegang kepada orientasi seksual tertentu.
Ya, secara peribadi kita tidak boleh menguatkuasakan peraturan-peraturan tertentu, dan lain-lain. Tetapi sebagai seorang Islam, saya juga tidak boleh menerimanya, dan itu adalah peraturan agama saya termasuk kawan-kawan yang beragama Katolik, dan-lain-lain.
Saya rasa di sini apa yang ingin dipastikan supaya mereka tidak dimangsakan…amalan sekarang, sama ada bagaimana, melalui Borders (kedai buku)…seolah-olah…macam nana JAWI atau JAKIM pada waktu itu mengunjungi Borders…beberapa buah buku…jadi cara ia dilakukan tidak menghormati dan tidak memberikan apa-apa makna untuk kesucian Islam…atau mana-mana agama pun.
Kita perlu sentiasa menggunakan hikmah…oleh itu di sini saya akan mengatakan bahawa kita mempunyai batasan, tetapi tentunya ia tidak boleh mencerobohi wilayah awam.
Soalan kedua berhubung dengan apa yang anda rasa saya mempromosikan, saya akan membetulkan tanggapan. Ya, Mesir sedang melalui proses mencabar. Ia belum lagi nampak penghujungnya…masih banyak cabaran yang perlu mereka hadapi.
Saya bukan bermaksud mereka telah mencapai tahap sebuah negara Utopia yang ideal atau cara untuk diperintah, tetapi saya sentiasa menganggap pencapaian pihak Ikhwan Muslimin, terutamanya, daripada dilihat sekadar sebagai satu pergerakan Islam yang dogmatik untuk mengajukan sebuah entiti politik bagi memenuhi keperluan masa serta hubungan, dan kerjasama dengan puak Kristian Coptic, sesuatu yang kita perlu halusi dan nilai.
Jadi, jika anda berkata keadaan tidak baik untuk Mesir, jawapannya tidak. Anda dan kita juga tidak boleh terlalu mudah menghakimi…ia sebenarnya sebahagian daripada sebuah masyarakat atau negara yang kita warisi…yang membenarkan kita melihat segala-gala dalam dimensi hitam dan putih…walhal kadangkala ia tidak semudah itu.
Juga kadangkala apabila keadaan begitu ribut, amatlah penting bagi mereka mengharungi dan berharap…kerana kita mendoakan yang terbaik. Kita berharap mereka akan diberikan kebijaksanaan dan akhirnya mampu mengurus negara sendiri.
Tetapi…
(Loceng dibunyikan)
Moderator: Okay…satu minit lagi.
(Hadirin ketawa)
Nurul Izzah: ya…umm…tetapi idea itu saya rasa sudah lama….dan bila anda bertanyakan pada saya bahawa tiada paksaan dalam agama, Dr (Ahmad) Farouk (Musa) sendiri pun pernah memetik daripada Quran.
Mana boleh anda atau sesiapa saja bertanya macam mana seseorang boleh  berkata, “Maaf, ini hanya terpakai untuk orang Melayu.” Ia perlu juga terpakai secara saksama…dilaksanakan dengan saksama.
(Hadirin bersorak)
Nurul Izzah: Dalam Quran tidak terdapat istilah-istilah spesifik bagi orang Melayu…Ini cara untuk melakukannya…jadi saya terikat, tentunya, kepada pandangan-pandangan semasa, tetapi saya akan mengatakan itu.
Jadi apa yang anda mahukan tentunya kualiti. Anda mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap agama sendiri…bahawa saya sendiri pun  yang bersekolah di Assunta dengan salib besar di dewan dan sebuah persatuan nyanyian Katolik yang aktif tidak menghalang saya.
(Loceng dibunyikan, dan moderator menyampaikan ucapan terima kasih kepada penceramah.)
(Hadirin bertepuk tangan sewaktu Nurul meninggalkan dewan).

Monday 12 November 2012

Kita tolakkk orang sokong murtadd.


Pemimpin Gagal Pertahan Islam Wajar Ditolak


Kenyataan mengelirukan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan agama diharap dapat membuka mata rakyat untuk menolak pemimpin yang gagal mempertahankan kesucian agama Islam.
Ketua Wanita Umno Johor, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata kenyataan yang boleh memesongkan akidah umat Islam itu juga tidak seharusnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin Islam seperti Nurul Izzah kerana dikhuatiri menjadi ikutan khususnya oleh generasi muda.
Beliau berpendapat tindakan tegas harus dikenakan terhadap anggota Parlimen Lembah Pantai itu sebagai pengajaran kerana cuba memesongkan soal agama demi kepentingan politik dan cita-cita memenangi pilihan raya umum akan datang.
“Saya tidak tahulah bagaimana pendirian dia (dalam soal agama), tetapi nampaknya dia ‘desperate’ (terdesak) sangat hendak menang (pilihan raya) sehingga sanggup gadai akidah sedangkan dia tahu perkara ini boleh menjadi ikutan khususnya generasi muda yang taksub dengan beliau.
“Saya harap perkara ini dapat membuka mata rakyat…pemimpin yang sanggup menggadaikan maruah dan akidah harus ditolak,” katanya kepada Bernama.
Sharifah Azizah mengulas kenyataan Nurul Izzah sebelum ini bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara itu juga patut terpakai kepada orang Melayu.
Anggota Parlimen Lembah Pantai itu di dalam forum “Negara Islam : Versi Mana, Tanggungjawab Siapa?”, di Subang Jaya pada 3 November lepas juga dipetik sebagai berkata :”Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama…bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata”.
Menolak andaian ‘terlepas cakap’ dalam isu itu, Sharifah Azizah yakin Nurul Izzah bukan cetek pengetahuan agama, tetapi bertindak begitu untuk menunjukkan beliau bukan terlalu fanatik dalam Islam.
“Beliau bukan budak umur 10 tahun…saya tak percaya dia tak sengaja (mengeluarkan kenyataan) tetapi (sebaliknya) terpaksa berperwatakan begini untuk menunjukkan dia bukan terlalu fanatik pada Islam, menyokong pengamal seks bebas lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak kebebasan agama…” katanya.
Beliau juga menyifatkan Nurul Izzah sengaja menegakkan benang yang basah dengan menyaman media arus perdana dan tidak mengambil tindakan terhadap portal propembangkang yang menyiarkan kenyataan kontroversinya itu baru-baru ini.
Pengerusi Biro Agama Wanita Umno Datin Paduka Mesrah Selamat pula secara peribadi berpendapat seorang pemimpin Islam yang gagal menjaga kepentingan agama Islam tidak layak menjadi pemimpin dan harus ditolak rakyat.
Merujuk surah Al-Kafirun yang isi kandungannya tidak diizinkan orang Islam berkompromi dalam bentuk mencampuradukkan ajaran agama, Mesrah berkata, pemimpin Islam yang tidak memahami surah itu perlu ditolak oleh rakyat tanpa mengira pegangan politik.
“Kita tidak boleh kompromi, berselindung agenda politik di sebalik agama…tidak kira di platform mana pun, kita bercakap dengan kelompok mana sekali pun, soal agama mesti cakap yang betul, kita tidak boleh kompromi,” katanya.
Katanya kenyataan Nurul Izzah mungkin boleh memberi impak khususnya kepada anak-anak muda Islam.
Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) pula menyifatkan kenyataan Nurul Izzah sebagai tidak bertanggungjawab dan biadab, sambil menggesa pihak berwajib membuat penyiasatan terperinci dan menyeluruh berhubung kenyataan berkenaan.
Kontroversi itu jika dibiar berterusan boleh memberi salah tanggapan mengenai Islam selain membuka ruang kepada pihak lain untuk menghasut orang Islam, kata Pembela dalam kenyataan media.
“Pembela tidak akan sekali-kali menerima sebarang petualang (termasuk ahli politik) untuk menangguk di air keruh, untuk memporak-perandakan ummah demi memenuhi niat jahat mereka, lebih-lebih lagi mereka yang sedia bersekongkol membantu merosakkan akidah dan memurtadkan kaum seagamanya,” menurut kenyataan itu.
Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhasbshee tidak menolak kemungkinan usaha menyebarkan fahaman liberalisme dan pluralisme di negara ini mendapat sokongan musuh Islam dari luar negara.
Katanya musuh Islam berkenaan tidak pernah berhenti berusaha menggugah akidah umat Islam dan memecah-belah perpaduan ummah, katanya sambil menambah kata golongan berkepentingan politik dalam negara pula mengambil kesempatan.
“Sudah tentu kenyataan Nurul Izzah berhubung kebebasan beragama menggembirakan hati musuh Islam. Ia boleh memberi implikasi buruk terutama dalam soal akidah dan syariat umat Islam,” tegasnya.
Sehubungan itu, beliau mahu pihak berkuasa menangani isu tersebut dengan serius kerana membabitkan kepentingan dan maruah umat Islam di negara ini.
Katanya, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Fatwa Kebangsaan perlu menjalankan siasatan secara terperinci berhubung isu kontroversi itu.
Syed Ali berkata beliau kesal pemimpin-pemimpin PAS yang dikatakan ulama nampaknya lebih mementingkan kepentingan politik dalam menangani isu tersebut.
- BERNAMA

Betobat la kau sebelum terlambat, Nurull Ijah.



Apa guna PAS tegur pasal tudung Rosmah tapi takut tegur Nurul yang perjuangkan murtad?

Apa guna PAS tegur pasla tudung Rosmah tapi Tok Guru kamu pun sesat kerana tak tahu jawab dan pertahan kesesatan Nurul dan pertahankan Nurul pula?

Rosmah yang ditegur rambut terdedah dan bertudung mengikut tradisi Melayu dan bukan ikut cara Arab tidak sesatkan orang.

Rosmah tidak pertahan hak Melayu untuk pilih ugama diluar Islam atau lainkan kata murtad. Jauh sekali terlibat dengan kerja-kerja khurafat demi politik.

Malahan Rosmah bukan ahli politik. Yang berpolitik adalah suaminya.

Nurul pakai tudung penuh hingga tak nampak rambut tapi dia menggantikan jejak langkah Ambiga yang  memperjuangkan Interfaith Commission (IFC) untuk rosakkan akidah orang Islam.

Baca seterusnya di sini.

Hak yang dituntut adalah menutup helah untuk murtadkan orang Islam dan anak orang Islam.


PAS pertahankan Nurul yang membantu orang kafir murtadkan orang Islam

Rosmah tak bantu membiarkan keadaan yang sudah teruk dari berterusan  ...



Salman Rushdie dan Irshad Manji tak puji Rosmah tapi mereka puji Nurul dan PAS. Terima kasih kerana membantu mereka. Baca di sini.

Syabas Nurul yang pakai tudung dan PAS yang tegur Rosmah tak sempurna tudung.


Neelofa yang seksi pun tak buat apa yang Nurul bertudung buat!

Saturday 10 November 2012

DUA MILITAN INDONESIA DITAHANPDFPrintE-mail

Written by Admin   
Sunday, 11 November 2012 12:15






















POLIS DIRAJA Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Polis Republik Indonesia (Polri) menahan dua suspek warga Indonesia baru-baru ini, yang dipercayai terbabit dalam serangan bom di Hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton di Jakarta, Indonesia pada 2009.

Dua suspek itu, Taufik Balaga atau dikenali dengan nama Upik Lawanga (kanan) dan Ahmad Fauzi masing-masing berusia 40-an, yang menjadi anggota militan Jemaah Islamiyah (JI), ditahan semasa cuba merentas sempadan Malaysia-Kalimantan di Nunukan, Kalimantan Timur.
Menurut sumber polis Bukit Aman, kejayaan itu adalah hasil perkongsian maklumat risikan antara PDRM dan Polri.

Mereka disyaki sering berulang-alik dari Tawau ke Nunukan (Kalimantan Timur) sebelum ini, kata sumber berkenaan kepada Bernama, kelmarin.

Menurut sumber itu, kedua-dua suspek itu dihantar ke Jakarta pada hari yang sama selepas proses soal siasat.

Kedua-duanya dipercayai terlibat dalam kejadian dua serangan pengebom berani mati pada 17 Julai 2009 di kedua-dua hotel berkenaan yang mengorbankan sembilan orang dan mencederakan 53 yang lain.

Serangan itu turut dikaitkan dengan kumpulan JI yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda.

Upik sebelum ini turut dikaitkan dengan insiden memenggal kepala tiga pelajar di Poso, Sulawesi Tengah pada 2005.

Menurut sumber itu, Upik dipercayai terbabit dengan kumpulan JI dan mempunyai kepakaran menghasilkan bom buatan sendiri.

Upik dan Ahmad Fauzi kini sedang disiasat oleh polis Indonesia, dan dipercayai mempunyai seorang lagi rakan warga Malaysia yang sedang disiasat, kata sumber polis itu. (Bernama)

blog comments powered by DISQUS