Seperti yang diikrarkan oleh Lim Guan Eng bahawa raja-raja Melayu atau sebarang pingat kebesaran yang dikaitkan dengan Istana Melayu tidak akan mendapat tempat dalam DAP, maka begitulah yang diamalkan oleh DAP. Sepanjang DAP wujud, tidak sedikit pun perasaan hormat ahli-ahli serta pemimpin-pemimpin DAP kepada institusi istana raja-raja Melayu. Bahkan semasa majlis pertabalan DYMM Yang Di-Pertuan Agong tidak lama dahulu pun, mereka boleh bergelak tawa dan bertepuk tampar sambil mengejek-ngejek para pembesar Melayu dan raja-raja Melayu yang masuk ke Balai Rong Seri Istana Negara.
Di Sabah, pemimpin-pemimpin dan wakil-wakil rakyat dari DAP, sama sahaja naik kurang ajar dan biadapnya dengan pemimpin-pemimpin serta wakil-wakil rakyat DAP dari Semenanjung. Mereka ini tidak pernah menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai wakil rakyat, sebaliknya mereka bertindak sebagai agen untuk menjual Sabah kepada pihak luar.
Pun begitu, mereka sentiasa bijak berselindung dan berlakon.
Contoh terbaik ialah Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy Wong. Tentu ramai yang masih ingat bagaimana dia menentang keras pembinaan sebuah masjid di kawasan majoriti umat Islam. Alasan yang diberikannya ialah masjid itu akan mengganggu ketenteraman orang bukan Islam. Azan yang dilaungkan lima kali sehari akan mengganggu pendengaran dan kesihatan penduduk di kawasan berkenaan. Jalanraya juga akan menjadi sesak dan kelancaran jalanraya akan terjejas kerana masjid berkenaan.
Sehingga kini, tiada sebarang tindakan diambil terhadap wakil rakyat tersebut.
Baru-baru ini, dia telah dihambat dan diserang oleh Ahli Parlimen Baling, Azeez Abdul Rahim sehingga ke lobi Parlimen apabila dia menyebut, 'UMNO parti haram' tanpa dia sedar dan faham apa yang diucapkannya.
Hari ini 7 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dari blok Pakatan Rakyat cuba membuat usul undi tidak percaya kepada Ketua Menteri Sabah, Musa Aman kerana kononnya Ketua Menteri Sabah itu tidak berkeupayaan untuk menjaga keselamatan negeri dan penduduknya.
Menariknya, Jimmy Wong merupakan antara salah seorang PENGIMPORT DAN PEDAGANG TERBESAR tenaga kerja asing di Sabah. Beberapa dakwaan turut menyatakan, Jimmy Wong turut memiliki atau mendalangi beberapa buah rumah urut dan kelab-kelab perjudian di Kota Kinabalu.
Bersama-sama Chan Fong Hin, ADUN Sri Tanjung yang juga merupakan Pengerusi DAP Sabah; Junz Wong Hong Jun, ADUN Likas yang juga Setiausaha Penganjur DAP Sabah; Edwin Jack Bosi, ADUN Kepayan yang merupakan Setiausaha DAP Sabah; Roland Chia, ADUN Inanam dari PKR; Terence Siambun, ADUN Moyog dari PKR dan Aminuddin Aling, Pesuruhjaya PAS Sabah, mereka telah membuat 3 usul yang telah diserahkan kepada Speaker DUN Sabah iaitu:
1) Usul undi tidak percaya kepada Ketua Menteri Sabah
2) Usul Penangguhan Mesyuarat membincangkan kenaikan royalti minyak
3) Usul kenaikan royalti minyak sebanyak 20%.
Agak menarik ialah apabila beberapa langkah yang diambil oleh Ketua Menteri Sabah untuk mengetatkan kawalan dan meningkatkan keselamatan di seluruh Sabah terutama sekali di perairan sempadan, membuatkan ADUN-ADUN Pakatan itu mulai melompat dan resah sehingga terpaksa membuat usul undi tidak percaya.
Lebih menarik lagi ialah, ADUN-ADUN Pakatan itu membuat sidang media tentang usul tersebut SERENTAK dengan Majlis Penganugerahan Pingat oleh TYT Sabah. Apabila ditanya kepada mereka, apakah tindakan mereka itu merupakan satu bentuk sabotaj dan penghinaan kepada institusi Melayu, Jimmy Wong dengan segera tetapi sambil tersenyum-senyum memberitahu, semuanya itu berlaku secara kebetulan!
Kesemua ADUN-ADUN Pakatan itu bermasalah di kawasan masing-masing. Masalah rakyat tidak pernah mereka mahu selesaikan, bahkan melihat kelibat mereka di kawasan juga, amat payah. Namun apabila mereka mendapat tahu, pasukan keselamatan dan Kerajaan Negeri Sabah yang dipimpin oleh Musa Aman sedang merangka penggempuran dan pembanterasan yang lebih jitu ke atas pusat-pusat maksiat serta memperketatkan kawalan sempadan, mereka terus berlakon konon-kononnya mereka amat prihatin dengan keselamatan negeri.
Walhal di tangan masing-masing, kebanyakan kegiatan dan aktiviti-aktiviti jenayah serta maksiat diketahui dan dilindungi dengan kelebihan mereka seabagai ADUN!
Bayangkanlah bagaimana Jimmy Wong cuba bercakap tentang keselamatan dan menentang jenayah jikalau tidak jauh dari pejabatnya, terdapat sebuah pusat urut yang sangat besar dan operasi yang dibuat oleh pasukan keselamatan ke atas pusat urut tersebut, SENTIASA DIHALANG oleh Jimmy Wong!