Monday, 19 March 2012

HARAKAH - MUSLIMAT PAS BANTAH KAK IJAT BERUNDUR.. UMUM RASMI BOIKOT ZURAIDA!!





Mungkin pada mulanya setelah diherdik dan diugut Zuraida melalui beberapa penyokong Wanita PKR, Dr. Mariah Mahmud dilihat senyap sunyi seketika tidak membangkitkan isu Shahrizat. Ini kerana kenyataan beliau bersimpati dengan Shahrizat telah melanggar Prinsip dan Baiah puak Pro Erdogan PAS yang kini sinonim dengan gelaran Parasit PAS.

Akan tetapi pengumuman Shahrizat yang bakal meletak jawatan selaku Menteri mengatasi tahap kesabaran Timbalan Ketua Muslimat PAS tersebut.






Akibat rasa sedemikian agaknya, semalam di Parlimen buat kali keduanya Dr. Mariah Mahmud sekali lagi menggunakan Harakahdaily sebagai platform melahirkan rasa simpati dan mempertahankan kenyataannya membela Shahrizat sebelum ini.

Walaupun pada kali ini beliau lebih tenang, akan tetapi tindakan menyuarakan rasa tidak puas hati itu terbit apabila beliau sekali lagi mengulangi pendirian mengenai serangan isu NFC ke atas Shahriza yang disifatkannya sebagai tidak adil sama sekali.

Dr. Mariah juga amat kesal kerana beliau tidak diberi peluang langsung untuk membela diri lantas diasak dan diserang sebilangan tokoh politik berkepentingan peribadi.






Mungkin jika dibaca sekali pandang serangan ini ditujukan kepada Kerajaan. Namun kenyataan Dr. Mariah ini dilihat sekali lagi menafikan janji beliau tidak akan memberi sebarang respons secara terbuka berkenaan isu Shahrizat. Ini janji beliau kepada Zuraida kerana dikhuatiri bakal ditumbangkan sepertimana yang berlaku pada beberapa Pemimpin dalam PAS.






Namun, kenapa mesti mengulangi pendirian tidak berpuas hati, bersimpati dengan Menteri Pembangunan Wanita tersebut? Malah lebih dahsyat lagi dalam membuat kenyataaan yang asalnya dirancang playsafe, terlepas juga dengan nada kasar mengherdik pihak yang mula2 mengaibkan Pemimpin Wanita yang didakwa Dr. Mariah sebelum ini amat dikaguminya.

Namun hakikatnya, kenyataan Dr. Mariah buat kali kedua dilihat berlainan dan tidak senada dengan Mak Lampir Zuraida. Dr. Mariah berhadapan dengan risiko lebih tinggi setelah memungkiri janji membuat kenyataan yang lebih lembut akan tetapi berbisa maksud tersiratnya.

Kenapa beliau beriya2 sangat membela Shahrizat? Apa kesannya pada beliau yang memimpin Parti yang berlawanan dengan Shahrizat? Kerana Muslimat2 PAS di peringkat Akar Umbi amat menyokong Prinsip Shahrizat dan selesa dengan semangat kerja membela nasib wanita.





Dr. Mariah sekali lagi membawa risiko besar dalam kerjaya politiknya. Lebih pedih apabila beliau merupakan puak Parasit PAS akan tetapi satu2 nya Pemimpin yang tampil berani membela musuh Parasit iaitu Pemimpin2 UMNO.


Artikel Panas Hantu Zuraida Serang Dr. Mariah (KLIK Tajuk di bawah untuk Baca) :-

Guan Eng Guna Ramasamy Belasah Karpal?

Filed Under ( ) by pisau on 19.3.12


Pengerusi DAP, Karpal Singh menolak keputusan Jawatankuasa Disiplin parti itu yang membebaskan Timbalan Setiausaha Agung parti, Dr. P. Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II daripada tuduhan melanggar disiplin parti.

Menurut beliau, jawatankuasa itu tidak layak membuat keputusan tersebut kerana Ramasamy juga adalah salah seorang daripada ahli panel yang sama.

Katanya, ahli jawatankuasa disiplin parti sepatutnya berundur daripada kes itu dan membiarkan jawatankuasa baru ditubuhkan bagi mendengar kes berkenaan.

"Benih pemusnahan telah pun disemai sejak dari awal. Mereka duduk dan membuat keputusan terhadap salah seorang daripada mereka," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Selain Ramasamy, tiga yang lain dalam jawatankuasa tersebut ialah Setiausaha Agung, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang; Naib Pengerusi Kebangsaan, Tan Kok Wai dan Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, Lim Hock Seng.-utusan.


Pisau kata " DAP tu syarikat Lim dan anak anak"



Read more: http://www.pisau.net/2012/03/guan-eng-guna-ramasamy-belasah-karpal.html#ixzz1paODKHwg
Blog Gelombang Rakyat

"ULAMA' CELAKA" - KHALID SAMAD KENALPASTI HARON DIN KEMPEN 'SOKONG HASAN ALI' DALAM PAS!!?




Kelihatan sessi Jelajah yang dikepalai Parasit PAS Selangor Khalid Samad memberi penjelasan terhadap pendedahan kegiatan kotor Pimpinan PAS di beberapa kawasan tidak memberi kesan terhadap kembalinya sokongan terhadap Parti tersebut.

Statistik menunjukkan sokongan ahli2 di peringkat akar umbi terhadap Hasan Ali kian meningkat dan kegiatan memboikot Parasit2 PAS semakin menular.

Tuduhan yang mengatakan bahawa UMNO telah menaja sessi Ceramah Hasan Ali nyata fitnah yang memakan diri setelah dikenalpasti beberapa Jawatankuasa PAS Kawasan telah menganjurkan ceramah Bekas Pemimpin No. 1 PAS Selangor itu di kawasan mereka.


Sokongan dilihat lebih ketara susulan kenyataan 'Luar Biasa' Presiden PAS Hadi Awang yang mengeluarkan 'fatwa' bahawa Pemimpin2 Islam dibenarkan dan digalakkan bekerjasama dengan Pemimpin2 Yahudi di Luar Negara atas dasar Diplomasi. Kenyataan paling hodoh dikeluarkan bagi menyelamatkan Anwar.





Oleh itu, Parasit2 PAS telah mengadakan perbincangan dan mengenalpasti terdapat gerakan dalam PAS yang melibatkan beberapa Pemimpin Ulama' yang secara sulit melaksanakan Kempen 'Selamatkan PAS' dan memberi sokongan terhadap Hasan Ali.




Parasit2 PAS telah menamakan Ustaz Nasharuddin dan Haron Din sebagai pimpinan yang mengepalai gerakan tersebut berdasarkan hubungan rapat kedua2 Pemimpin ini dan masih berhubung dengan Hasan Ali.

Adakah Gerakan ini berjaya menyelamatkan PAS?






Ulama' PAS dakwa Parasit PAS Munafiq Parasit PAS Terima Bukan Islam iaitu AMBIGA Pegang Jawatan Timbalan Presiden PAS. KLIK DI SINI untuk ke artikel tersebut.

Yahudi Itu Zionis, Zionis Itu Yahudi - Jawapan Terbaik Dari Harussani



Jauh Bezanya ulasan yang diberikan dari Haji Hadi dengan Harussani.Dari segi kata kata Harussani jauh lebih baik.Disini kita boleh menilai apa yang dicakap kedua-dua ini.Terbaik sekali....dari Harussani....Syabas

Ada gambar ... apa lagi Azmin nak nafi


Friedrich Naumann Foundation (FNF) atau Stiuftung (FNS) yang kami dedahkan cuba mengatur Malaysia selepas 'rejim change" sudah lama terlibat memberi kursus kepada PKR dalam mencapai tujuan yang dilihat hampir tecapai.

Di atas adalah gambar salah satu kursus ”Strategic Training For Success Workshop” anjuran Biro Latihan PKR Pusat dengan kerjasama Friedrich Naumann Foundation [FNF] pada 19-20 Jun 2009.

"Success workshop" yang dimaksudkan bukanlah bengkel untuk mempertingkatkan diri sendiri untuk menaikkan keyakinan dan mencapai kejayaan dalam perniagaan atau kerjaya atau keluarga.

Di dalam gambar di atas, kelihatan di tengah Naib Presiden PKR sekarang Fuziah Salleh, yang duduk di Bangi tapi tak service kawasan mereka di KUantan tapi main isu kawasan orang lain di Indera Mahkota.

Wanita sebelah kanan Fuziah adalah Dr. Pimrapaat Dusadeeisariyakul dan dikirinya adalah Mr. Manfred Ritcher.

Dr. Pimrapaat Dusadeeisariyakul adalah program manager FNF di Malaysia. Dia banyak melibatkan diri memberi pandangan berkenaan kempem pilihanraya di Malaysia dan memberi tunjjuk ajar kepada ahli politik muda.


Jelas lah sucess adalah untuk berjaya dipilih dalam pilihanraya. Di sini, beliau terlibat dengan Sedar Institute untuk DAP di Penang pada Disember 9 2009.


Manfred Ritcher adalah Lord Mayour bandar Potsdam di Jerman dan merupakan ahli Lembaga Pengarah FNF dari 2003. Baca sini.

Harap pihak berwajib di sebelah kerajaan sedar bahawa persediaan untuk pilihanraya dari pihak mereka telah dilakukan begitu lama. Pihak kita ketika seepas 2008, masih berhadapan dengan peralihan kausa Tun Abdullah yang memakan masa lebih dari setahun.

Selepas itu, UMNO dan BN bagaikan honeymoon saja dan hingga sekarang masih ada perbalahan remeh temeh dan pergelutan kuasa untuk kepentingan diri sendiri berlaku.

Dalam masa yang dah dekat, masih lagi nak kursus demi kursus. Kalau kursus itu penigkatan dari segi taktik atau strategik takpa juga tapi masih kursus asas. Perang psywar patut bertempur sekarang dan bukan masa lagi nak kursus kursus lagi.

All battle go dari sekarang hingga pilihanraya yang kita tak tahu bila. Psywar di Internet bergerak jauh lebih dahulu dari pilihanraya sebenar. Kalau masih nak kursus dan terhegek-hegek nak ngatur-ngatur, DAH LAMBAT SANGAT!!!

Oh ya psywar bukan asyik blog, twitter dan facebook saja. Jadi jangan lah blogger-blogger terlebih rasa penting tersangat peranan mereka. Peranan blogosfera masih kecil berbanding dengan lain-lain peranan komunikasi dan psywar dalam sesuatu kempen.

Pada tahap terbaik, keberkesanan blog, facebook dan twiter masih 30-40% saja.

Ejen Zionis nak pecahkan Sabah, Borneo


KUALA LUMPUR 14 Mac - Konsep Borneosisasi serta Sabah untuk orang Sabah yang cuba dibawa oleh pembangkang boleh meruntuhkan integrasi nasional terutama antara rakyat negeri itu dengan Semenanjung.

Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) berkata, dalam konsep tersebut pihak pembangkang mahu kesemua jawatan dalam agensi kerajaan di Sabah kesemuanya dipegang oleh rakyat negeri itu.

Katanya, jika itu yang berlaku, pemupukan perpaduan antara rakyat Sabah dan Semenanjung tidak akan berjaya.

''Untuk makluman, kesemua jawatan teras dalam kerajaan di Sabah ketika ini seperti Pengarah Imigresen, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Pengarah Kesihatan dan Pengarah Pelajaran dipegang oleh anak-anak Sabah.

''Namun jawatan-jawatan lain yang bukan teras atau yang lebih rendah diberikan juga kepada pegawai-pegawai dari Semenanjung. Melalui cara ini ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Sabah dan Semenanjung," katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata, punca kemiskinan di Sabah adalah disebabkan keadaan muka bumi dan bukannya akibat tidak diendahkan oleh kerajaan negeri serta Pusat.

Hakikatnya, beliau berkata, hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini telah berjaya memajukan negeri Sabah dan dalam masa sama kadar kemiskinan diturunkan.

''Pada 2004, kadar kemiskinan dicatatkan di Sabah ialah 23 peratus dan pada 2007, ia turun kepada 16 peratus. Begitu juga dengan miskin tegar, pada 2004 angka dicatatkan ialah 6.5 peratus dan pada 2007, ia menurun kepada 3.7 peratus," katanya lagi.

Anwar sudah di India bersama Salman Rush-die


Walaupun dalam twitter (berikut) nampak seperti Anwar tidak akan hadir dalam program ‘India Today Conclave’, namun dailymail.co.uk, 16 Februari melaporkan sebaliknya.




Delhi: indiaToday conclave – saya dan Azizah tidak akan hadir ke acara ptg esok kerana membantah kehadiran Salaman Rushdie yang secara biadab menghina Rasulullah”, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim dalamtwitternya, 16 Februari.

“Masanya telah tiba untuk India untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam penyebaran demokrasi”, kata Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bercakap di persidangan India Today Conclave 2012, beliau berkata demokrasi India dan badan kehakiman adalah terpuji tetapi mengecewakan apabila perkara yang sama tidak dilaksanakan di kawasan kejiranan (luar India),” katanya.

Menurut laman itu, Anwar berkata beliau amat faham ‘makna kebebasan dan demokrasi’ kerana pernah dipenjarakan selama 6 tahun di Malaysia, sebab itu hari ini beliau terus memperjuangkan kebebasan.

Laporan kehadiran Anwar ke program itu turut disahkan oleh laman daijiworld.com yang melaporkan hanya Imran Khan, pemain kriket Pakistan yang enggan hadir ke program kerana memboikot kehadiran pengarang buku “The Satanic Verses”, Salman Rushdie.

Laman itu menyebut, Imran Khan enggan hadir ke program The India Today Conclave yang dijangka berforum bersama Anwar Ibrahim, Henry Kissinger (bekas Setiausaha Negara AS), Anna Hazare, Kapil Sibal (Menteri) dan Kareena Kapoor (artis Bollywood).

Namun, laman itu tidak menyebut Anwar Ibrahim juga memboikot program tersebut sepertimana yang dilakukan Imran Khan.

Baca sepenuhnya di AIDC sini