Konrad Adreneur penyokong agenda PKR dan Islam Liberal
Pada tahun 2005, isu Yayasan Kristian, Konrad Adrenuer Stiftung (KAS) pernah dibangkitkan oleh Shahbudin Yahya, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINP).
Katanya, KAS dan IKD berusaha menggerakkan Interfaith Council (IFC) melalui program Projek Global Ethic di Pulau Pinang dengan menggunakan model Prof Dr Hans Kung.
Sebagai respon kepada isu yang dibangkitkan itu, wakil KAS di Malaysia, Peter Schier menjawabnya secara panjang lebar dalam wawancara eksklusif The Sun.
Wartawan The Sun, Jacqueline Ann Surin menyiarkan wawancara itu dalam dua siri. Pertama, bertajuk “Sharing universal values” disiarkan pada 30 November 2006 dan kedua, “Faith in humanity” disiarkan pada 09 Disember 2006.
Intipati jawapan Peter Schier dapat dirumuskan kepada tiga aspek iaitu persoalan tentang hubungannya dengan IKD badan pemikir Anwar, Global Ethic dan Inter-Faith Commission (IFC).
KAS-IKD
Dalam wawancara itu, Peter Schier mengakui yayasannya menaja IKD sejak dari Anwar berada dalam kerajaan hingga di luar kerajaan.“Ini adalah kumpulan pemikir Anwar Ibrahim, dan saya ingin tekankan bahawa kami telah mengadakan kerjasama dengan IKD semasa Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri.
“Tetapi, apabila beliau sudah tidak diingini dan disumbatkan ke dalam penjara, kami tidak berhajat untuk memutuskan hubungan dengan IKD kerana kami percaya sekiranya kerajaan mempunyai masalah dengan seorang ahli politik (Anwar), (maka) kami tidak perlu memutuskan hubungan dengan ahli politik tersebut”
Menurutnya, yayasannya akan memberi bantuan kepada mana-mana individu atau parti politik yang dapat melaksanakan prinsip-prinsip yang mahu dicapai oleh pihaknya.
“Saya ingin katakan, kami tidak menyokong (Parti) Keadilan (Rakyat) sebagai sebuah parti. Ya. Kami menyokong di atas prinsip.
“Kami, sebenarnya bekerja dengan parti politik yang berminat untuk bekerja dengan kami. Kami berdiri di atas prinsip, untuk prinsip politik, (tetapi) bukan untuk parti politik”
Katanya bantuan yang berterusan diberikan kepada badan pemikir Anwar kerana badan itu berusaha menganjurkan satu konsep ‘Islam baru’ yang dikenali sebagai Islam Tanwiri (Islam Pencerahan).
Islam Tanwiri adalah penjenamaan semula kepada Islam Liberal yang sengaja dikelirukan dengan pelbagai nama termasuk Islam Ranaissance.
“Sejak akhir-akhir ini, sejak saya tiba (ke Malaysia) pada 2002, mereka (IKD) lebih menganjurkan satu konsep Islam yang berfikiran terbuka.
“Khalid Jaafar, Pengarah IKD, menamakannya sebagai ‘kesedaran Islam’, Islam Tanwiri. Saya fikir ianya satu konsep yang sangat menarik kerana ianya menyokong pluralisme (agama). Jadi, kami menyokong perkara tersebut.
“Dan juga penerbitan, terutamanya terjemahan sastera Islam yang berorientasikan perubahan supaya (bangsa) Melayu dapat membaca buku-buku tersebut, sebagai contoh, seperti buku ini (mengambil sebuah buku Islam yang diterjemahkan & Dasar Pemerintahan) oleh Ali (Abdul) Raziq yang berkaitan dengan hubungan di antara agama dan politik, negara dan agama.
“Kami telah membiayai terjemahan ini yang berkaitan dengan kehidupan dan pepatah lama Confuciuske dalam Bahasa Melayu supaya bangsa Melayu dapat membaca berkaitan Confucius.
“Mereka (IKD) juga mempunyai sebuah laman web, yang juga dibiayai oleh kami. Inti sari utama untuk menerbitkan buku-buku di dalam Bahasa Melayu supaya bangsa Melayu mampu untuk meluaskan pemahaman mereka terhadap budaya yang berbeza dan aliran alternatif budaya serta perkara-perkara agama.
“Kerana dunia kita mempunyai kepelbagaian, kita harus menerima pluralisme dalam politik dan juga di dalam agama. Kami menyokong pendekatan yang berkaitan dengan pluralisme ini”.
Petikan AIDC
No comments:
Post a Comment