Friday, 9 March 2012

Rafizi, Malaysiakini dan Pembaca Bodoh Perasan Pandai

March 9, 2012 ·

najibdaughter

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sekali lagi bercakap bohong apabila mendakwa Perdana Menteri menggunakan kewangan kerajaan untuk membiayai majlis pertunangan anaknya, Nooryana Najwa Najib dengan Daniar Nazarbayev di Seri Perdana pada 17 June 2011.

Kita tidak perlu kenyataan Perdana Menteri pun untuk mengesan pembohongan Rafizi dan Malaysiakini.com Dengan membaca menggunakan akal dan membuat penafsiran logik sahaja kita sudah dapat menjangkakan ini merupakan satu lagi manipulasi maklumat untuk memburukkan kerajaan bukannya untuk mendedahkan penyelewengan.

Menurut Malaysiakini.com, “PKR hari ini mendedahkan bukti yang mendakwa kerajaan telah membiaya majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli membuat dakwaan itu dengan merujuk kepada satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La yang didakwa menyediakan katering untuk majlis berkenaan. Rafizi mendakwa, kos berjumlah RM409,767 itu dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).”

Kenyataan Malaysiakini bahawa PKR mengemukakan bukti menunjukkan kerajaan membiayai majlis pertunangan anak Perdana Menteri merupakan andaian berniat jahat dan tidak mempunyai sebarang bukti jelas.

Apa yang dikemukakan oleh Rafizi bahawa ia hanyalah satu dokumen tempahan bukannya dokumen pembayaran.

Sudah sememangnya pegawai-pegawai peribadi para Menteri membantu boss mereka untuk melakukan tempahan mahu pun menguruskan sesuatu acara walaupun ia bukan acara kerajaan. Apatah lagi jika acara tersebut berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri maka mahu tidak mahu para pegawai Perdana menteri perlu memabantu dan membantu menjayakan program tersebut. Adalah sangat tidak masuk akal untuk para pegawai Perdana Menteri dan juga pasukan keselamatan untuk mengabaikan perjalanan acara peribadi di kediaman Perdana Menteri.

Ini kerana sungguhpun ia acara peribadi, namun kedudukan Perdana Menteri merupakan Perdana Menteri Malaysia 24 jam sehari, 7 hari seminggu bukannya mengikut jadual waktu pejabat seperti pegawai kerajaan biasa.

Rafizi mengetahui bahawa acara ini dibiayai oleh keluarga Perdana Menteri sendiri. Sebab itu, Rafizi dalam kenyataan kemudiannya menyatakan,

“”Even if he paid for the event from his own pocket (later), it is still a moral issue as he cannot pay for a private function through the PM’s office.”

Jika Malaysiakini dan Rafizi begitu yakin berlaku penyelewengan dalam isu ini mengapa ia perlu menyatakan kemungkinan Perdana Menteri membayar sendiri dan mempertikaikan pula isu moral kerana menggunakan pegawai-pegawai beliau di Pejabat Perdana Menteri.

Berdasarkan kenyataan Rafizi sendiri adalah jelas beliau mengetahui Datuk Seri Mohd Najib menanggung sendiri kos pertunangan anaknya. Namun untuk mensensasikan isu ini, maka Rafizi melontarkan persoalan seolah-olah kerajaan yang membayar kos tersebut.

Malahan, tindakan Malaysiakini yang hanya berani meletakkan tajuk dalam inverted commas, ’PMO paid for engagement do of Najib’s daughter’, menunjukkan mereka sendiri tidak yakin dengan kenyataan Rafizi dan tidak mahu terbabit menuduh. Namun sebagai media yang bertanggungjawab menjaga kepentingan PKR, mereka harus menggunakan isu ini untuk menjejaskan imej kerajaan dan Perdana Menteri.

Yang melucukannya terdapat hampir 80 pembaca Malaysiakini mengaggap ia merupakan cerita betul dan menuduh Perdana menteri telah melakukan penyelewengan. Mereka ini sungguhpun bijak berbahasa Inggeris sebenarnya tidak mempunyai kemampuan berfikir yang baik. Mereka hanya percaya apa sahaja yang dilontarkan oleh pemimpin mereka untuk survival politik.

Bagi Malaysiakini sendiri, ia hanya memalukan tradisi kewartawanan bebas yang mereka perjuangkan. Sebenarnya, tiada kebebasan kewartawanan dalam Malaysiakini. Mereka hanya bebas berbohong, memanipulasi berita dan menimbulkan kekeliruan bagi tujuan mewujudkan kebencian pembaca dan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional.

No comments: