Wednesday, 25 January 2012

Apa salahnya Anwar ke Mekah dahulu?


Selepas mengharungi 4 tahun yang penuh bergelora dan mencabar, Anwar dilepaskan oleh hakim mahkamah tinggi, Dato Zahidin atas tuduhan meliwat pada Januari 9hb.

Kisah peguam pendakwa membuat rayuan itu lain cerita buat masa ini. Yang ingin ditanya adalah rancangan Anwar untuk ke Mumbai diikuti dengan Ankara sebaik saja keputusan diisytiharkan.

Hairan ... apa salahnya, selepas dilepaskan dan bebas dari pertduhan yang mengaibkan, dia ke Mekah untuk menyuarakan kesyukuran kepada tuhan di tanah suci dan memohon ketenangan dan kerahmatan. Selalunya itu yang dilakukan oleh orang-orang Islam yang mampu.

Bukan saja Anwar tidak ke tanah suci mencari ketenangan, malah dia membuat kenyataan kontroversi di BBC ketika di Mumbai untuk dihapuskan undang-undang liwat yang dianggap undang-undang purba.

Undang-undang liwat 377 mungkin bukan hukuman quran yang menghukumkan mati kepada para peliwat, tetapi kesalahan liwat masih kesalahan yang disebut dalam quran. Ini bermakna Anwar menganggap Quran itu kitab purba ketinggalan zaman.

Dahlah tidak pergi mencari kerahmatan tuhan, Anwar menghina hukum tuhan pula.

No comments: