Thursday, 5 January 2012


SEKARANG ANWAR SUDAH MULA BERCAKAP TENTANG SYARIAT ISLAM SEMATA-MATA SEBAB ENGGAN BERSUMPAH!!!

Berita tentang Anwar yang akan membuat satu acara sumpah bagi menyelamatkan kerjaya politiknya pada Ahad ini atau sehari sebelum mahkamah membuat keputusan bagi kes liwatnya, dinafikan sendiri oleh Anwar Ibrahim.

Katanya, dia tidak mahu melakukan sumpah bagi tujuan membersihkan namanya kerana perbuatan tersebut melanggar syariat Islam. Kononnya dia menerima nasihat tersebut daripada ulama muktabar seperti Yusof Qardhawi yang kerap bermain di bibirnya sekalipun lain yang Qardhawi cakapkan, lain pula yang Anwar Ibrahim terjemahkan.

Sekarang Anwar mahu bercakap tentang syariat Islam?

Ke mana perginya syariat Islam ketika Anwar Ibrahim menyamakan dan meliberalkan Allah Taala sekalipun dalam surah Al-Ikhlas, salah satu surah daripada Kitab Al-Quran yang diimani oleh umat Islam kesemua mazhab, Allah Taala telah menerangkan tentang Diri-Nya yang tidak beranak dan tidak diperanakkan mahupun boleh disekutukan dengan sesuatu, dan keimanan kepada ayat-ayat dalam surah tersebut perlu dibuat dengan MAQAM IKHLAS yang paling tinggi sebagai akujanji berakidah kepada-Nya.

Ke mana perginya syariat Islam ketika Anwar Ibrahim menyatakan bahawa umat Islam perlu mematuhi demoksasi tulen dan tatacara hidup liberal yang boleh meletakkan umat Islam dan agama Islam sejajar dengan umat serta agama lain di dunia ini?

Perkara besar membabitkan akidah, Anwar perkecil-kecilkan tetapi perkara sumpah pula diperbesar-besarkan. Menariknya, ada pula pecacai yang cuba menghalalkan hujah mereka bahawa yang banyak bersumpah adalah kaum munafiq, walhal yang dikategorikan dalam tafsiran tersebut adalah kaum yang sikit-sikit bersumpah walaupun secara nyata mereka memang benar-benar melakukannya, seperti mana penafian Anwar terhadap perbuatan liwat, sekalipun mahkamah telah memutuskan Anwar memang meliwat Azizan Abu Bakar berdasarkan bukti-bukti.

Lawaknya...

No comments: