Thursday, 5 January 2012

ISU LIWAT HANGAT DI LAHAD DATU?



Oleh : MOHD AZMI KASSIM


MENJELANG keputusan penghakiman Kes Liwat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 9 Januari 2012, pelbagai cara dilakukan oleh masyarakat untuk menunjukkan bantahan dan rasa tidak puas hati berhubung kes berkenaan.

Sehelai pemidang yang dipasang di tepi Bulatan Lapangan Terbang Lahad Datu berbunyi “LIWAT. Nabi tidak mengaku umat, tidak layak jadi pemimpin” telah mengejutkan semua pengguna lalu lintas dan orang ramai.

Namun kain pemidang berkenaan telah diturunkan oleh pihak tidak dikenali, apata lagi tidak mendapat kebenaran Majlis Daerah Lahad Datu.

Dipercayai kain pemidang berkenaan dibuat dan dipasang oleh pihak tertentu yang ingin turut memeriahkan lagi penantian penuh debar berhubung keputusan kes berkenaan setelah Anwar diberi peluang membela diri.

“Tidak ada salahnya kain pemidang itu. Kenapa dikasi turun?,” ujar seorang peniaga, Muhammad Akhir Karzim yang menyifatkan kata-kata di kain pemidang berkenaan hanya peringatan bagi umat Islam.

1 comment:

artnone said...
This comment has been removed by the author.