Monday, 20 February 2012

Anwar BOHONG ... SIAPA KATA SAYA TERIMA PENJELASAN BELIAU - Nik Aziz

| Tuesday, February 21, 2012
Pertemuan tertutup Nik Aziz dan Anwar uang disaksikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man




Anwar Ibrahim dakwa Nik Aziz terima penjelasan berkenaan pendiriannya mengenai kedudukan Israel. Anwar Ibrahim dakwa dia faham dengan pendirian Parti Adat & Sosialis mengenai Israel.

Ini yang digembar-gemburkan oleh Anwar Ibrahim seperti yang dipetik oleh Sinar Harian. Anwar Ibrahim telah memberikan kenyataan media tentang pertemuan dan penerimaan penjelasan beliau kepada Nik Aziz.




Cukup berbeza seperti yang dilaporkan oleh portal Detik Perubahan. Klik ANWAR PEMBOHONG untuk artikel selanjutnya.


Jika menurut Setiausaha Politik Nik Aziz, Wan Nik Wan Man bahawa mana-mana pihak bersetuju untuk tidak membuat sebarang kenyataan media berhubung isu ini.

Mengapa Anwar Ibrahim melanggar persetujuan bersama, tidak akan membuat sebarang kenyataan media? Mengapa Anwar Ibrahim masih berdegil terus memberi kenyataan media di luar apartmen PNB Darby?

Dan seharusnya juga, Nik Aziz pasti akan membuat kenyataan media yang beliau menerima penjelasan Anwar Ibrahim tentang Israel. Ada atau tidak kenyataan media dari Nik Aziz?

Nik Aziz dan PAS sekali lagi diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim ...




Terjemahan ...

"Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, walaupun tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi (Israel), sesuatu langkah yang menurutnya tertakluk sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin."



Anwar Ibrahim sudah tersepit dan sukar untuk melepaskan diri akibat mulutnya yang celupar. Anwar Ibrahim sepatutnya lebih bijak dari menuduh melulu semata-mata mahu menutup kecabulan mulutnya yang mengiktiraf negara Israel.

Bukan bermaksud mahu menghina, tetapi sememangnya Anwar Ibrahim bodoh dan tidak layak menjadi pemimpin

Bukankah lebih tegas dan bijak jika Anwar Ibrahim berkata:

"I will support all efforts to protect the security of the state of Israel, if and only the Israeli goverment respect and adhere to the Palestinian aspirations"

"Saya akan menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, jika dan hanya jika kerajaan Israel menghormati dan menurut kehendak dan aspirasi rakyat Palestin"



Namun, Anwar Ibrahim tetap berkata ... "I support all efforts to protect the security of the state of Israel,"

Bila Anwar Ibrahim mahu mengambil tindakam mahkamah ke atas Wall Street Journal, yang cukup jelas menurut beliau memutarbelitkan kenyataannya? ...

Masih belum nampak permainan 'melepaskan tengkuk' Anwar Ibrahim?

No comments: