Posted by The Unspinners at 2/29/2012
Dr. Che Rusli, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang mana merupakan pakar radioaktif juga mengatakan bahawa projek ini tidak berbahaya dan mengikut piawaian antarabangsa.
Berlangsungnya satu sessi penerangan mengenai isu Lynas bersama bloggers dan pengamal media online yang diadakan di tingkat 11 MITI yang turut dihadiri AELB dan DOE pada Julai 2011.
Industri Rare Earth pada dahulunya didominasi oleh Amerika yang mana berakhir pada tahun 1980-an yang mana selepas itu penghasilan Rare Earth dikuasai oleh China.
China yang mempunyai 48% rizab Rare Earth dilihat bakal menjadi kuasa teknologi moden menjelang 2015 berbanding Amerika yang mempunyai rizab Rare Earth sebanyak 13%. Manakala Australia, Kanada dan Russia difahamkan mempunyai rizab tersendiri.
Rang Persetujuan Perlesenan Lynas adalah dari Agensi Pusat di bawah MOSTI dan Perkhidmatan Industri dan Tenaga Atom Licensing Board (AELB) dan dipantau penuh oleh Agensi Tenaga Atom Sedunia (IAEA).
Panel bebas daripada (IAEA) turut dilantik oleh kerajaan pusat berikutan timbul kebimbangan terhadap aspek keselamatan projek berkenaan.
Seramai 10 orang pakar yang diakui arif dalam ilmu masing-masing dilantik menanggotai panel berkenaan yang dipimpin oleh Dr. Tero Varjoranta dari Finland di mana beliau merupakan Pengarah Bahagian Bahan Bakar Nuklear dan Teknologi Limbah IAEA.
Pakar-pakar lain iaitu Jan Van Der (Belanda), Dr. Leo M. Lowe (Kanada), Prof. Dr. Balagopala Pillai (India), Dr. Dennis Wymer (Inggeris), Scawela Ulric Hanna Kajander (Findland), Dr. Horts Monken Fernandes (Brazil) dan Hiroko Raticliffe yang bertindak sebagai pembantu pentadbiran.
Misi pasukan ini adalah untuk mengkaji semula tahap pematuhan terhadap Piawaian Keselamatan Antrabangsa. Terutama berkaitan dengan tahap keselamatan radiasi.
Ini ada unsur-unsur rasisma
Berikut diringkaskan 8 fakta asas penting yang perlu kita ketahui tentang Lynas:
Perkara 1
- Kilang Lynas bukan kilang nuklear. Ia hanya kilang kimia biasa
- Mengikut Undang-undang Pengangkutan Antarabangsa, bahan mentah Lynas adalah bukan bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya rendah.
- Dedahan Radiasi kepada orang awam adalah teramat rendah.
- Pelepasan air dan udara dari kilang Lynas tidak ada bahan radioaktif.
- Kilang Lynas berteknologi tinggi dan mematuhi undang-undang antarabangsa dan Malaysia.
Perkara 2
Radiasi dari Kilang Lynas tahap biasa
- Dedahan radiasi kepada paru-paru bila merokok sekotak sehari selama setahun (150mSv).
- Dedahan radiasi kepada krew penerbangan selama setahun (9mSv).
- Dedahan radiasi setiap kali membuat x-ray dan pegigian (0.1 - 0.39mSv)
- Dedahan radiasi tinggal dalam rumah baru selama setahun (0.07mSv).
- Dedahan radiasi tidur sebelahan seseorang 8jam sehari selama setahun (0.02mSv).
- Dedahan radiasi menonton tv 4jam sehari selama setahun (0.02mSv).
- Dedahan radiasi oleh kilang Lynas pada orang awam selama setahun (0.002mSv).
Perkara 3
Undang-undang Malaysia dan Antarabangsa berhubung had dedahan radiasi kepada manusia:
- Orang Awam (tidak melebihi 1.0mSv/setahun).
- Pekerja Sinaran (tidak melebihi 20mSv/setahun.)
- Bahan mentah Kilang ARE di Bkt Merah adalah bahan buangan industri bijih timah, iaitu tahi bijih.
- Bahan mentah Lynas adalah tanah dari lombong dan bukan bahan buangan
- Kandungan radioaktif bahan mentah Lynas adalah jauh lebih rendah dari bahan mentah dan sisa ARE di Bkt Merah.
- Kandungan radioaktif dalam bahan mentah ARE Bkt Merah adalah 37 kali lebih tinggi dari Lynas.
- Kandungan radioaktif dalam sisa ARE Bkt Merah adalah 60 kali lebih tinggi dari Lynas.
bersambung ...
Dipetik dari Cucu Tok Selampit sini
THE MOLE CABAR FUZIAH DEBAT DENGAN DR CHE ROSLI.
Ada berani?
Ada berani?
No comments:
Post a Comment