Tuesday, 7 February 2012

Hadi Menangis Setelah Pecat Hasan Ali…

February 2, 2012 ·

hadawang

Semalam, saya ada terjumpa dengan seseorang yang agak rapat dengan Presiden PAS, Hadi Awang. Sorry la, saya tak boleh dedahkan namanya. Namun, dia ada beritahu sesuatu yang agak “istimewa” pada saya…

Katanya, Hasan Ali merupakan sahabat yang sangat disayangi Hadi Awang. Buktinya, walaupun dikatakan PAS Selangor mahu Hasan Ali dipecat sejak kes JAIS-DUMC, Hadi banyak mempertahankan Hasan Ali dalam diam…

Ketika Hasan dipecat baru-baru ini, dikatakan Hadi Awang dah tak boleh nak pertahankan Hasan Ali pasal meeting tu telah dikuasai oleh Pok Nik Ajis dan beberapa parasit erdogan anwarista. Mahu tak mahu, Hadi kena ikut keputusan majoriti syura…

Menurutnya, keputusan itu mengundang kesedihan yang amat sangat pada Hadi dan beliau risau dengan masa depan PAS, khususnya di Selangor. Paling jelas, Hadi menangis selepas pengumuman itu dibuat!

Dan dikatakan, itu adalah antara faktor Hadi “merajuk” cadang tak nak bertanding PRU13, baru-baru ni.

Dia dikatakan masih sedih dan menyesal dengan memecat Hasan Ali yang kini mempunyai sokongan padu dari majoriti penyokong PAS seluruh negara, khususnya di Selangor. Lagipun, dia memang iktiraf perjuangan Hasan Ali lebih genuine berbanding Khalid Samad atau Rani sendiri.

Tapi, takkanlah dia nak mengaku depan media pulak, kan?

Tapi, sumber saya juga memberitahu bahawa Hadi sememangnya terkilan dan marah pada kepimpinan PKR dan DAP yang menghentam Hasan Ali sebelum-sebelum ini.

Dia juga dikatakan memang menyampah gila pada Azmin Ali kerana mencampuri hal dalaman PAS dan mendesak parti itu untuk memecat Hasan Ali. Khabarnya, dia memang hangin satu badan…

Tapi, dia tak bolehlah nak luahkan pada public, nanti lagi la jadi haru-biru!

Pada saya, sekiranya diukur antara pencapaian Hasan Ali dan Khalid Samad dengan Rani, rasanya prestasi, populariti, ketulenan perjuangan dan prinsip Hasan Ali jauh lebih baik dari kedua-dua “musuh dalaman”nya itu.

Tak payah ceritalah. Semua orang dah tahu apa yang dibuat Hasan Ali dan Khalid Samad mengenai isu rampasan arak, JAIS-DUMC, penggunaan kalimah “Allah” atau gerakan selamatkan aqidah umat Islam.

Hasan Ali sibuk pertahan aqidah umat Islam, Khalid Samad sibuk keluar masuk gereja luaskan pengaruh dan beli jiwa pengundi bukan Islam. Kononnya gereja tu lebih penting pulak berbanding aqidah ummah. Patut ke macam tu?

Tak payah la nak pusing sana sini. Spin macamana pun, dalam isu Hasan Ali ni, beliau berada dipihak yang benar. Itu hakikat. Kalau ada jugak nak spin, memang bodoh dan takde akal la orang tu…

Walaupun, Hasan Ali memilih PAS dulu, kini dan selamanya, perjuangannya sama dengan saya. Cuma saya lebih memilih UMNO kerana UMNO mampu menggubal dasar. Tapi perjuangan kami tetap sama dan sebab tu kami kekal bersaudara…

Bukan macam PAS sekarang yang tak mahu mengaku orang UMNo sebagai saudara mereka. Malah mereka kutuk pula kita dengan fitnah, tohmahan dan kutukan yang bukan-bukan. Islam suruh begitu ke?

Apa pun, aku tunggu pendedahan Hasan Ali. Aku pasti, dia punya banyak bukti penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan boneka DAP, Khalid “gagap”.

Hasan Ali hanya memerlukan sedikit masa saja lagi untuk meletupkan “bom” tersebut. Heh!

Dedicated by Duke…

No comments: