Friday 2 July 2010


Negara Islam hanya mainan mulut pemimpin PAS!

Karpal Singh (Pengerusi DAP), Utusan Malaysia, 18 Oktober 1990, "Kami memberi pengakuan untuk mewujudkan sebuah negara Islam, langkah mayat kami dulu" di Dewan Perhimpunan Cina, Pulau Pinang.

KOTA BAHARU, 30 Jun (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara Islam acuan PAS, yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun, adalah salah.

Beliau, yang juga Menteri Besar Kelantan, menganggap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam PAS jika pakatan pembangkang dapat menguasai pentadbiran negara, sebagai kenyataan peribadi.

Kedah Times agak terharu dan sedih dengan sikap PAS yang masih berdamping rapat dengan pembunuh pergerakan dan pembangunan Islam di Malaysia. Pelbagai kenyataan dolak-dalih oleh Nik Aziz apabila DAP dengan lantang menyuarakan penolakkan Negara Islam di Malaysia.

Nik Aziz masih berlembut dengan DAP tetapi amat bertegas dengan UMNO. Kenapa begini sikap beliau? Adakah kerana personal vendetta sehingga tiada ruang untuk UMNO dilihat sebuah parti yang benar memperjuangakn sebuah negara Islam. Itulah Nik Aziz yang lidahnya bercabang yang mengatakan sifat 20 Allah adalah ciptaan orang Greek dan Yunani.

Di dalam salah satu tulisannya yang muncul di dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, Tok Guru Haji Lah menulis,

‘Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakansifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam’.

Seterusnya Tok Guru Haji Lah menambah,

“Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan.

“Untuk pengetahuan umum, Institusi pondok di Kelantan telah lama menentang ajaran-ajaran Nik Abdul Aziz tetapi tidak ada siapa berani bersuara dengan lantang seperti saya kerana telah termakan budi dan bimbang tidak menerima lagi bantuan seperti mana yang dinikmati hari ini.

Di Kedah, PAS adalah majoriti dalam pakatan Rakyat tetapi sehingga Negara Islam tiada dalam agenda atau sebutan. Adakah PAS amat GERUUUUUN kepada seorang Adun DAP atau Karpal Singh? Ataupun PAS Kedah adalah lebih teruk dari Nik Aziz yang kenyataannnya sentiasa berubah-ubah?

Tetapi yang sahnya PAS tiada agenda untuk mengakkan sebuah negara Islam di Malaysia. Negara Islam hanyalah gula-gula kepada pengikutnya.

No comments: