Wednesday 31 October 2012

Jangan tertipu Tambirang PKR pasal Sabah.... Kasian.



PKR dan PR sebenarnya bermasaalah, game tak menjadi

Kalau main dengar-dengar, kita di Semenanjung akan dengar macam-macam cerita pasal cerita rekaan kononnya kerajaan BN tergugat.

Rakyat Sabah marah sebab 20 points agreement dilanggar. Betulkah ada sesuatu legal dan sah dinamakan 20 point agreement? Atau hanya temberang Jeffrey Kitigan dan institiutnya pada awal tahun 80an. 

20 point agreement atau 18 untuk Sarawak hanya tuntutan maksima yang Sabah bawa ke meja rundingan dengan Malaya, Sarawak dan Singapura ketika nak tubuhkan Malaysia. Malaya dan Singapura pun ada tuntutan masing2.

Faham-fahamlah bahawa tak akan semua yang dituntut itu disetujui semua.

Apa yang dah jadi dalam perlembagaan persekutuan dan negeri adalah apa yang sudah disetujui oleh wakil perunding dan referendum yang dijalankan oleh Bangsa2 Bersatu.

Tak ada benda tambah-tambah.

Dalam isu imigresyen, kelentong yang mereka mainkan adalah ada 800,000 orang Bugis yang dibawa Najib untuk tambahkan undi BN.

Ada sesetengah kawasan ada banyak kaum Bugis dan ianya adalah salah satu dari 30 kaum Bumiputera yang diiktiraf untuk Sabah.

Dengan penduduk lebih kurang 3 juta, lojikkah ada Bugis seramai 800,000 dalam negeri yang kaum teramai adalah KDM atau Kadazan Dusun Murut.

Bila isu orang asal usul Filipina, tak mahu jadikan isu pula. Alah ... banyak kaum2 di Sabah tu, sebelah kaki ada di Filipina termasuk orang Bajau, Orang Bisaya, dll.

Apalah isu sangat kasi kewarganegaraan pada orang keturunan Filipina. Nusantara sama ....

Baru-baru ini Dato Najib ada sebutkan bahawa apalah 20% royalti minyak jika gaji polis, askar, cikgu, bomba, jururawat, doktor, jurutera, dan lain-lain jawatan asas yang kebanyakkan dibekalkan dari Semenanjung dan gaji dibayar oleh kerajaan pusat. Baca di sini.

Jangan hairan apabila PR memerintah kerajaan pusat, mereka akan tarik balik perbelanjaan lain untuk offset tambahan royalti minyak.

Sekarang ni Sabah mewah dengan hampir RM4 billion peruntukan dari Persekutuan. Terpulang kepada kepimpinan Sabah untuk majukan negeri masing2.

Pihak PKR temberang kita di Semenanjung bahaw akan ada lompat lagi. Dah dijangka dna tahu siapa mereka ini semua. Semua adalah mereka yang dah lumrah lompat. Setiap kali mereka lompat, tidak semestinya mereka melemahkan parti yang ditinggalkan.

Mereka yang masuk PR hanyalah pemimpin expired dan bermasaalah BN cuba untuk memanjangkan hayat politik masing2.

Kebuasan Pakatan Rakyat untuk dapatkan kerusi dari Sabah hanya meningkatkan persaingan dengan pembangkang tempatan, STAR dan SAPP yang sedia sudah untuk tandingi semua kerusi di Sabah. Jeffrey Kitingan dan STAR tidak akan akur kepada Anwar Ibrahim dan PKR.

Nampaknya tiga penjuru. Bila tiga penjuru, BN yang untung.

Tambah lagi, ingat ketua-ketua PKR tempatan tak marah bila Anwar bawak masuk mereka-mereka seperti Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing untuk sesuatu kerusi yang mana mereka dah teruk-teruk bina.

Baca analisa padat Senjaliza sini

Saturday 27 October 2012

Anwar akan dikorbankan DAP lepas 2 tahun naik PM?



Perancangan rapi telah diatur sejak PRU12 lagi bersama pemimpin DAP hanya mempunyai satu sahaja matlamat mereka iaitu menang PRU13 dan dapat menawan Putrajaya.Tiada perkataan kalah dalam peracangan mereka.

Anwar bersama DAP tidak terfikir walau sejenak untuk kalah dalam PRU13, dalam perancangan mereka telah disusun rapi dengan menggunakan kepakaran pakar strategi daripada yahudi, mereka yakin Malaysia bakal menjadi hakmilik mereka.

Bagi mereka Pas tidak ubah hanya anjing belaan yang akan menyalak apabila disuruh oleh tuannya dan akan menjaga harta tuannya sepanjang ketiadaan tuannya.

Anwar dan DAP tidak pernah ada dalam kamus mereka menyanjungi pemimpin Pas, bagi mereka Pas hanya akan wujud sebelum PRU13 sahaja untuk membantu kemenangan mereka. Sebaik selesai PRU13 nanti setelah Putrajaya berjaya ditawan oleh Anwar dan DAP, parti PAS tidak lagi ujud dan akan diharamkan buat selama-lamanya.

Ada orang Melayu akan kata DAP tidak akan berani berbuat demikian kerana mereka akan takut kebangkitan orang Melayu seperti tragedi 13 Mei 1969.

Setakat mana orang Melayu bersedia menghadap tragedi 13 Mei akan datang?

DAP dengan pakar-pakar strategi Yahudi sudahpun mengatur pelbagai plan A, B, C, dan D. Orang Melayu hanya akan menempah maut jika memberontak ala-ala tragedi 13 Mei, kerana pada kali ini bukan parang panjang yang menjadi senjata, ....

PETIKAN DARI SG RAPAT SINI

Bung dan Ghafur sanggup korbankan bontot?






Ketua Penerangannya (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, kenyataan Bung Moktar yang mendakwa tokoh korporat Melayu, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memonopoli semua jenis perniagaan di negara ini menimbulkan rasa hairan dan pelik orang ramai.

"Semua projek yang diperoleh tokoh korporat Melayu itu adalah mengikut prosedur biasa dan telah pun disempurnakan dengan jayanya.

"Jelas sekali, perbuatan Bung Moktar ini samalah seperti cerita ketam dalam bakul yang akan menarik kawan mereka yang lain supaya semua tidak dapat keluar dari bakul," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Bung Moktar dalam sidang Dewan Rakyat kelmarin yang mengkritik Syed Mokhtar dengan menyifatkannya sebagai cuba memonopoli semua jenis perniagaan di negara ini sama ada di darat, di laut mahupun udara.

Sementara itu, Ruslan turut menyindir Bung Moktar yang tidak pula dilihat lantang untuk mempersoalkan projek-projek yang telah diperoleh oleh tokoh korporat lain seperti T. Ananda Krishnan, Tan Sri Vincent Tan, Yeoh Teong Lay,  dan lain-lain.

"Sepatutnya beliau berbangga kerana ada anak Melayu dan Islam yang berdiri sama tinggi dengan bangsa lain dan telah menempa nama dalam bidang perniagaan.

Sambung di Utusan Malaysia sini

Ghafur Salleh pula menimbulkan berkenaan pihak yang tidak ada kena mengena mendapat saham sejuta di Sabah.

Sebelum itu beliau telah mendedahkan satu senarai orang-orang yang dikatakan telah mendapat saham dengan banyak tetapi senarai itu dinafikan tegas oleh Dato Ahmad Maslan. Langsung ditimbulkan pula isu negeri Sabah diberikan 5% tapi ada pula satu orang dapat satu juta di Sabah.

Baca sepenuhnya di Sabahkini sini.

Kalau dah dalam kerajaan, jumpa pihak-pihak berjawab untuk dapatkan jawapan yang lebih terperici. 

Nampaknya Bung dan Ghafur dah mula tunjuk tabiat. Mereka sepatutny amemainkan peranan dalam Backbencher pula nak serang kerajaan atas isu-isu dimainkan pembangkang. Ini macam sengaja nak bantu panaskan isu pembangkang yang dah disejukkan.

Nama mereka berdua memang dah dalam senarai dan persediaan BN untuk lompat. Dah diketahui ada feeler Anwar berjumpa mereka. Malah Ghafur pun sedia jumpa Anwar dan menyuarakan keengganan untuk lompat jika Lajim dijadikan ketua Menteri.   

Hai ... pimpin Sabah ni. Bila nak ada sikap tanggungjawab dan perjuangan? Kalau asyik politik yang lebih teruk dari mana-mana politik dunia ke tiga begini, negeri Sabah tidak akan stabil selama-lamanya dan usahlah mimpi nak maju.

Lihat ke mana-mana pun, negeri yang politik bergolak menghabiskan sumber untuk politik dari memajukan negara dan memewahkan negeri.  

Wednesday 24 October 2012

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW....

Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w. disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di lembah Uranah, Gunung Arafah
tidak akan tersesat selamalamanya

WAHAI manusia, dengarlah baikbaik apa yang hendak kukatakan.
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.
Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun
agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga- jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkaraperkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemahlembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke
dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersunggah- sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala
apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selamalamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku .Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.

Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hambaMu.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.


RASULULLAH SAW BERSABDA "SESIAPA BERPUASA DI HARI ARAFAH ALLAH AKAN AMPUNKAN DOSANYA SETAHUN LALU DAN SETAHUN AKAN DATANG" Marilah sama-sama meraih redha dan mengharap dihapusnya dosa, maka berpuasalah esok hari ( khamis 25.10.2012)

Sunday 14 October 2012

INI KALI LAAA.... ANWAR PUNYA UBAT TIDAK LAKU SUDAAA DI SABAH.

RM2.98B UNTUK SABAH BAGI 2013

Written by Admin   
Sunday, 14 October 2012 23:11

KERAJAAN Persekutuan akan menyediakan peruntukan RM2.98 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan di Sabah, tahun depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata peruntukan itu termasuk bagi melaksanakan projek meningkatkan bekalan elektrik sejumlah RM400 juta, projek bekalan air bersih RM150 juta dan RM31.3 juta bagi pembinaan jalan perhubungan desa.
Najib berkata projek Agropolitan Kota Belud-Pitas juga akan dibangunkan dengan peruntukan RM66 juta selain projek perumahan rakyat di Putatan dan Sandakan sebanyak RM65 juta.

"Selain itu, antara projek lain ialah pembinaan Loji Air di Semporna (RM30 juta), Kolej Komuniti Tambunan dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tuaran (RM32 juta) dan pelbagai projek kesihatan," katanya di hadapan lebih 50,000 rakyat yang datang dari pelbagai kawasan berhampiran Kudat seperti Pitas, Matunggong, Kota Belud, Tandek dan Pulau Bangi, ketika pelancaran program Jelajah Janji Ditepati di Kompleks Sukan Kudat di Kudat, hari ini.

Beliau berkata kerajaan juga meluluskan peruntukan RM3.06 juta untuk pembinaan Rumah Kedai di Karakit, Pulau Banggi, projek perumahan rakyat di Jalan Apa, Kudat (RM3.5 juta) dan menambah baik kemudahan di Hospital Kudat.

Najib juga berkata kerajaan akan mengagihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada seramai 408,927 isi rumah bagi seluruh Sabah termasuk 20,399 di Kudat, tidak termasuk golongan bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan kurang RM2,000.

"..tidak kira pilihan raya tahun ini atau tahun depan, janji ini tetap akan ditepati termasuk Klinik 1Malaysia di Kudat dan pembinaan Kudat Maju Shopping Centre," katanya sambil turut mencadangkan pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikekalkan di Kudat.

Katanya, semua projek berkenaan dilaksanakan sebagai usaha berterusan bagi memakmur dan memajukan negeri di Bawah Bayu ini.

Sejurus pelancaran program itu, Perdana Menteri turut diraikan dalam satu jamuan makan tengah hari di kediaman Bapa Kemerdekaan dan Bapa Pembangunan Sabah, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun yang juga dinamakan 'Istana Tun Mustapha'.

Turut hadir isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan anak Allahyarham, Datuk Amir Kahar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Banggi. (Bernama)

Anwar Ibrahim ke Batu Payong Tawau dan Menipu lagiii sama orang Tawau.


Janji jam 2.00 petang. Orang Ramai dari Jam 12.30 Petang Dah diangkut. Anwar Datang Jam 4.10 petang. Ko kiraa orang Tawau ni apa Anwarrr? Belum lagi jadi PM sudah menipu rakyat. memang betull la ko ni menipu Rakyat. Kalau ko jadik PM, perghhhhhh. Mampusss rakyat dari kau. Ko sendiri kira laaa berapa Jam woooooo.


Cantik Latar belakang Bato Payong, Ada budak-budak lagi.


Alizaman Zizurahman Bertopi Putih dan bertelefon, mantan Ahli Umno Tawau yang kecewaaa.
Haji Ali, bakul plastik apa yg Lajim Ukin bagi ko tuuu? tak kan buah limau dari klias? hehehhehehe. Bagi-bagi laaa isinya dengan orang Bato Payong, jangan makan sendiri. Belum jadi YB lagi ko tuuu. Yang di Kendong dah tercicir. Yang dikejar belum tentu dapat lagi tuuu.


Ramainyaaa...... Ramai Kanak-kanak lagi tuuuu. Kerusi kosonggg pun banyak.


Banyaknyaa kerusi kosonggggg.


Macam Penat saja geng Kompang ni. Dari jam berapaa tunggu? hahahahaha berbaloi kaaa bayaran tu? Banyak nya kerusi untuk simpan kompang.


Brader Anwar Bin Ibrahim, udah-udah la tuuu nunjuk orang lain. Ko buat sedap ko nunjuk orang lain fitnah. dah la tuuu nuar oiiii. Kubur dah terpanggil-panggil ko. Tobat la Nuar oiiii. Tak payah nak tunjuk orang lain. Tu 4 jari ko tunjuk kat diri  ko sendiri tuuu.


Hj Ali tanya apa tu kat Lajim Ukin? " Duit dah dapat ka latokk? tadi dalam itu plastik beg ada berapa? aku komporm ka jadi calon ini kali? jangan nanti orang lain lagi latokkk." Lajim kata " Hehehehe. Tanang saja kau braderrrr" Mo tenang macam mana lagiii, banyak sudah duit aku keluar niii, aiyaaaa latokkk tolong laaaa.

Saturday 13 October 2012

Mau cari babi untuk pusas si mat sabu.

PANAS! Mat Sabu Mahu Makan 'BABI' Dengan LGE...? Wow....






Besekongkol Anwar bahhh.

AHLI PARLIMEN TENOM BUKTIKAN ANWAR BERSEKONGKOL


Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi mendakwa, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menjadi panel acaraNational Endowment for Democracy’s (NED) “Anugerah Demokrasi” di Washington, Amerika Syarikat.

Katanya, pendedahan tersebut ditulis oleh Nile Bowie dalam blognya,nilebowie.blogspot.com.


“Selain menyalurkan dana operasi berjumlah RM317,260 kepada portal Malaysiakini.com dan RM285,516 kepada Suaram (Suara Rakyat Malaysia), NED juga menganjurkan penyelidikan tentang pendapat umum dengan pemimpin di Pulau Pinang dan Selangor,” kata beliau ketika membahaskan Bajet Tambahan 2013.

Raime berkata kerajaan perlu melihat sejauh mana pergerakan NED dalam negara ini dan peranan yang dimainkan terhadap negeri pembangkang.

TaDiam Anwar di Sabah..... Neeee baru ko rasa kan.

Anwar terdiam di Sabah ... problem banyak dalam PKR



Rancangan Anwar nak lawan BN satu lawan satu di Sabah tapi parti pembangkang tempatan di Sabah enggan melutut pada Anwar. Dia mahukan dapatkan kerusi-kerusi untuk PKR tetapi dia tidak dapat bahalol yang mudah boleh dibeli macam Lajim Ukin, Musli Oli, Yakya Lampong, dll.

Menurut Gelagat Anwar, mood di kalangan PKR Sabah masih belum tenang dan banyak perkara seperti internal bickering yang perlu Anwar selesaikan. Mereka sedang kelamlabut sebaik mengetahui Najib akan turun ke Sabah.

Memetik dari blog tersebut, "... pemimpin PKR Sabah tahu Lajim sudah mendapat GREEN LIGHT untuk bertanding di DUN dan Parlimen. Ini menyebabkan mereka sakit hati kerana begitu lama mereka bersama PKR tapi dipotong oleh Lajim yang tiada memberi pengorbanan."

Satu lagi perkara yang Anwar pening adalah bagaimana nak mengurus Jeffrey Kitingan. DIa susah untuk dikawal dan dibeli. Kalau Lajim, dia senang saja untuk dibeli. Jeffrey seolah-olah ada wang sendiri.

Jika Jeffrey dan STAR bertanding dalam lebih dari 60 kerusi iaitu lebih dari setengah jumlah DUN Sabah atau pun sepenuhnya termasuk 29 kerusi Parlimen, susah Anwar untuk capai impiannya.

Apa bakal Anwar lakukan? Baca seterusnya di sini.

Jeffrey pernah ditahan ISA kerana terlibat dengan kumpulan pemisah Sabah. Kumpulan itu mendapat pembiayaan dan latihan dari intel Amerika dan berpengkalan di pulau Luzon Phillipines.

Satu masa dahulu abangnya Joseph Pairin Kitingan mempuyai hubungan dengan amat rapat dengan World Council of Churches.

Friday 12 October 2012






































KOTA BELUD : Timbalan Ketua Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menyangkal laporan bahawa Barisan Nasional (BN) kini dalam ketakutan dan kunjungan kerap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Sabah ialah untuk menaikkan semula semangat yang luntur.

"Mereka yang takut sebenarnya ialah pembangkang, disebabkan itu pemimpin mereka yang selalu ke Sabah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pengurusan Umno Kota Belud di sini, hari ini.
Salleh berkata lawatan Najib ke Sabah menunjukkan beliau seorang Perdana Menteri yang prihatin dan tiada salahnya untuk beliau mengunjungi mana-mana negeri sekerap mana yang beliau suka.

"Itu merupakan prerogatif beliau kerana beliau mahu melihat sendiri pelaksanaan pelbagai pembangunan dan kelancaran projek infrastruktur yang dijalankan seperti yang dijanjikan di bawah pelbagai Rancangan Malaysia serta Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi.

"Jika Najib tidak melawat Sabah langsung atau mengehadkan kunjungannya kepada satu atau dua kali setahun, mereka yang sama ini jugalah yang akan mengatakan sebaliknya. Mereka akan mendakwa perdana menteri tidak prihatin pula," katanya.

Monday 8 October 2012

NASEHAT HARON DIN JANGAN IKUT ANWAR IBRAHIM

NASEHAT HARON DIN JANGAN IKUT ANWAR

SEDANG MERAPATKAN DIRI BERSAMA PERJUANGAN UMNO

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menegur tindakan Anwar bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal sehingga menolak kesesuaian agama itu untuk membentuk sebuah negara. 

Minggu lalu, Anwar melancarkan sebuah buku karya bekas Ahli Parlimen India Mobashar Jawed Akbar atau juga dikenali dengan nama M.J Akbar.
 

Pada majlis itu, Akbar meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sebuah negara, yang kebetulan menjadi agenda PAS di Malaysia.
 Akbar berkata Islam tidak boleh dijadikan asas untuk membentuk sebuah negara kerana (jika boleh), "sudah tentu tidak akan ada 32 negara Arab di dunia" hari ini. 

Akbar turut menegaskan jika Islam mampu membentuk sebuah negara, sudah tentu Singapura tidak terpisah daripada Malaysia.
 

"Islam adalah sebuah persaudaraan dan bukannya sebuah negara," tegas Akbar pada majlis yang dihadiri oleh Anwar dan pimpinan PKR yang lain.
 

Haron kesal kerana individu seperti Akbar yang mengakui beliau Islam tetapi "tidak semestinya sembahyang lima kali sehari," diberi peluang untuk menyebarkan pandangan-pandangan liberal di Malaysia, menerusi PKR.
 

Haron meminta rakyat tidak menganggap tindakan Anwar bersekutu dengan orang-orang seperti Akbar sebagai sesuatu yang direstui PAS.
 
 

Jangan kita rujuk kepada seorang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri. 

"Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan.
 

"Dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (buat) dia, maka dia buat.Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita," tegas beliau.
 


Jom tinggalkan perjuangan PAS yang diselimuti DAP dan Syiah. 

AHLI PAS RAWANG PESAN SISIHKAN MAT SABU SYIAH


Semalam beberapa Ahli PAS meminta Mymassa menulis tentang bahaya Syiah kepada PAS dan umat Islam Malaysia. Kata Ahli PAS Rawang itu, "kami sangat benci DAP, DAP kurang ajar, tapi kami lagi bimbang dengan Mat Sabu, Mat Sabu ne Syiah...Syiah tu bukan Islam, boleh tak u tulis kami orang PAS benci Mat Sabu".

Sebagai permulaan, mari kita melihat SYIAH dalam PAS. Mat Sabu adalah pendokong dan pelopor Syiah di dalam PAS. Mat Sabu adalah seorang Syiah dari aliran Syiah Imamiah. 

Mungkin ada yang masih kabur mengenai Syiah dan menganggap perbezaan pendapat antara Syiah dan Sunnah tidak sepatutnya menghalang penyatuan Umat Islam. Jika, ada, kita sarankan agar mereka memikirkan semula pendapat mereka. 

Syiah adalah golongan yang menganggap Abu Bakar, Omar dan Osman, sahabat nabi sebagai kafir. Saidina Habsyah dan Habsah, isteri nabi di samakan dengan taraf pelacur. Di zaman ini, Syiah jugalah yang memberi laluan untuk tentera Amerika Syarikat masuk ke Iraq dan mereka jugalah yang melakukan kekacauan dan pembunuhan ke atas orang awam dari golongan sunnah. Sebenarnya, Syiah telah beberapa kali bekerjasama dengan kaum kafir memerangi orang Islam seperti Ibn al-Alqami yang membantu Mongol membunuh Khalifah Abbasiah. 

Pada Februari 2009, puak Syiah bertindak mencemarkan perkuburan Baqi’ dan Masjid Nabawi dengan berdemo dan mencela Saidina Umar bin al-Khattab. Peristiwa ini dilaporkan media secara meluas dan mengundang kemarahan Umat Islam di seluruh dunia. 

Antara kesesatan Syiah yang lain ialah, melebihkan ulama mereka tetapi membenci Sahabat Nabi s.a.w, merendah-rendahkan Sunnah yang sahih seperti Sahih al-Bukhari dan Muslim serta menghalalkan zina atas nama mutaah. 

Jika ada yang masih ingat, ketika siri demonstrasi di hadapan kedutaan Amerika dan Wisma Denmark suatu ketika dahulu, ada di antara peserta yang membawa sepanduk poster Imam Khomeini. Mereka ini adalah tajaan Mat Sabu dan beberapa orang daripada mereka adalah pemuda PAS Kuala Kedah. Mat Sabu juga tidak mungkin dapat menafikan yang beliau sering berkunjung ke Lubnan dan Tehran sejak dari dahulu lagi. 

Majlis Fatwa Kebangsaan telah memfatwakan seperti berikut mengenai Syiah:

Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut pada 5 mei 1996 :

“Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al-Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.” Dimansuhkan.

b) Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

c) Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri-Negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

d) Memperakukan pindaan kepada semua Undang-Undang Negeri yang Hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif “Hukum Syarak” atau “Undang-Undang Islam” seperti berikut: “Hukum Syarak atau “Undang-Undang Islam” ertinya Undang-Undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.”

e) Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-Undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah dilarang.

f) Menetapkan bahawa semua umat Islam di Negara ini adalah tertakluk kepada Undang-Undang Islam Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah sahaja.

g) Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem. Video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah diharamkan 5 mei 1996.

Janji Anwar

Lawak pagi: Anwar janji semua turun





Minyak saja dah USD30,000. Sewa pakai ikut jam pada USD2-3,000 sejam. Belum lagi campur lain. RM96,000 itu masih sedikit sangat.

Tak payahlah nak nafi-nafi, Ngaku sajalah Dato Sng Chee Hua bayar. Sabah People Front (SPF) pun dia boleh beli hehehe ...

IMIGRESENG TIDAK KELUAR PAS KERJA PUSAT HIBURAN


KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia tidak mengeluarkan pas pekerjaan untuk pekerja asing di pusat hiburan termasuk rumah urut melainkan pekerja dalam kategori spa, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat baru-baru ini, mengikut rekod Bahagian Pengurusan Pekerja Asing Kementerian Dalam Negeri (KDN), sebanyak 148 Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah dikeluarkan kepada pekerja asing dalam kategori spa melibatkan 12 majikan antara Januari hingga Ogos lepas.
Katanya sebanyak 191 serbuan dijalankan terhadap pusat-pusat hiburan termasuk rumah urut antara Januari hingga Jun tahun ini melibatkan 1,150 tangkapan atas kesalahan menyalahgunakan pas.

Kes kesalahan menyalahgunakan pas membabitkan Pas Lawatan Sosial ialah sebanyak 1,324 pada tahun lepas dan 1,038 kes pada tahun ini setakat ini, katanya dalam soalan Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) yang bertanya jumlah serbuan atau tindakan terhadap pusat-pusat hiburan termasuk rumah urut.

“Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang membabitkan suami atau isteri warganegara membabitkan 75 kes pada tahun 2011 dan 48 kes pada 2012. Pas pelajar pula membabitkan 28 kes pada tahun lalu dan 64 kes pula pada tahun ini,” katanya.

Kepada soalan tambahan Dr Siti Mariah mengenai jumlah yang terbabit dalam aktiviti tidak bermoral yang memasuki negara ini secara sah namun menyalahgunakan pas, Abu Seman berkata:
“Tindakan memperdagangkan orang terutama kegiatan pelacuran, banyak operasi dilakukan polis terhadap golongan berkenaan terutama membabitkan tangkapan.

“Dari segi tangkapan yang dibuat terhadap pelacur bagi tahun 2010 membabitkan warga asing seramai 12,631 orang, 11,832 orang (2011) dan 6,222 pada tahun ini (setakat ini),” katanya. (NST)

PRESIDEN SHAREDA ANTI ISLAMIK


PAS Sabah membidas kenyataan liar Presiden Persatuan Pemaju Perumahan Sabah (SHAREDA), Datuk Susan Wong, yang anti-Islamik kerana tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam apabila mencadangkan supaya polisi yang diterima pakai selama ini yang memestikan sebuah surau dibina di atas taman-taman perumahan yang baru, dimansuhkan.

PAS Sabah telah menerima banyak rungutan dan bantahan dari pembeli rumah serta pemilik rumah sedia ada di atas cadangan Datuk Susan Wong.
Dalam kenyataannya kepada media, Hj. Hamzah Hj. Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah menegaskan bahawa cadangan Datuk Susan Wong lahir dari sikap tamak yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan sensitiviti umat Islam.

"Surau adalah satu tempat beribadah yang dituntut dalam Islam kerana disuraulah solat berjemaah lima kali sehari semalam dapat didirikan oleh anggota masyarakat Islam di sesuatu kawasan. Ia adalah tuntutan fardhu kifayah," kata Hamzah.

Surau juga kata Hamzah merupakan tempat masyarakat melaksanakan sesuatu majlis seperti mengadakan kursus memandikan jenazah dan ceramah-ceramah pada hari kebesaran Islam.

"Oleh yang demikian, katanya, memansuhkan kawasan serba sederhana bagi didirikan surau di taman-taman perumahan hanya menimbulkan suasana yang tidak menyumbang kepada hubungan silaturrahim yang erat antara sesama anggota masyarakat di taman-taman perumahan," tegas Hj. Hamzah.

PAS Sabah juga merasa kesal di atas sikap membisu Pemuda UMNO Sabah dan juga Badan Perhubungan UMNO Sabah yang seolah-olah bersetuju dengan dengan cadangan Datuk Susan Wong.

"PAS Sabah ingin mencadangkan supaya satu mekanisme dapat diwujudkan pemaju-pemaju perumahan tidak dikenakan premium di atas tanah-tanah yang terpaksa dikhaskan untuk pembinaan surau," kata Hamzah.

Sebaliknya, tegas Hamzah, kerajaan Negeri hendaklah menanggung kos premium tanah serta kos membina sesebuah surau.

"Saya yakin kerajaan Negeri bersedia menerima cadangan ini kerana selama ini kroni-kroni UMNO/BN telah diberikan berpuluh ribu hektar tanah-tanah pertanian, kawasan-kawasan balak serta tanah-tanah kuari," ujar Hamzah dengan nada sinis.