Wednesday, 31 October 2012

Jangan tertipu Tambirang PKR pasal Sabah.... Kasian.



PKR dan PR sebenarnya bermasaalah, game tak menjadi

Kalau main dengar-dengar, kita di Semenanjung akan dengar macam-macam cerita pasal cerita rekaan kononnya kerajaan BN tergugat.

Rakyat Sabah marah sebab 20 points agreement dilanggar. Betulkah ada sesuatu legal dan sah dinamakan 20 point agreement? Atau hanya temberang Jeffrey Kitigan dan institiutnya pada awal tahun 80an. 

20 point agreement atau 18 untuk Sarawak hanya tuntutan maksima yang Sabah bawa ke meja rundingan dengan Malaya, Sarawak dan Singapura ketika nak tubuhkan Malaysia. Malaya dan Singapura pun ada tuntutan masing2.

Faham-fahamlah bahawa tak akan semua yang dituntut itu disetujui semua.

Apa yang dah jadi dalam perlembagaan persekutuan dan negeri adalah apa yang sudah disetujui oleh wakil perunding dan referendum yang dijalankan oleh Bangsa2 Bersatu.

Tak ada benda tambah-tambah.

Dalam isu imigresyen, kelentong yang mereka mainkan adalah ada 800,000 orang Bugis yang dibawa Najib untuk tambahkan undi BN.

Ada sesetengah kawasan ada banyak kaum Bugis dan ianya adalah salah satu dari 30 kaum Bumiputera yang diiktiraf untuk Sabah.

Dengan penduduk lebih kurang 3 juta, lojikkah ada Bugis seramai 800,000 dalam negeri yang kaum teramai adalah KDM atau Kadazan Dusun Murut.

Bila isu orang asal usul Filipina, tak mahu jadikan isu pula. Alah ... banyak kaum2 di Sabah tu, sebelah kaki ada di Filipina termasuk orang Bajau, Orang Bisaya, dll.

Apalah isu sangat kasi kewarganegaraan pada orang keturunan Filipina. Nusantara sama ....

Baru-baru ini Dato Najib ada sebutkan bahawa apalah 20% royalti minyak jika gaji polis, askar, cikgu, bomba, jururawat, doktor, jurutera, dan lain-lain jawatan asas yang kebanyakkan dibekalkan dari Semenanjung dan gaji dibayar oleh kerajaan pusat. Baca di sini.

Jangan hairan apabila PR memerintah kerajaan pusat, mereka akan tarik balik perbelanjaan lain untuk offset tambahan royalti minyak.

Sekarang ni Sabah mewah dengan hampir RM4 billion peruntukan dari Persekutuan. Terpulang kepada kepimpinan Sabah untuk majukan negeri masing2.

Pihak PKR temberang kita di Semenanjung bahaw akan ada lompat lagi. Dah dijangka dna tahu siapa mereka ini semua. Semua adalah mereka yang dah lumrah lompat. Setiap kali mereka lompat, tidak semestinya mereka melemahkan parti yang ditinggalkan.

Mereka yang masuk PR hanyalah pemimpin expired dan bermasaalah BN cuba untuk memanjangkan hayat politik masing2.

Kebuasan Pakatan Rakyat untuk dapatkan kerusi dari Sabah hanya meningkatkan persaingan dengan pembangkang tempatan, STAR dan SAPP yang sedia sudah untuk tandingi semua kerusi di Sabah. Jeffrey Kitingan dan STAR tidak akan akur kepada Anwar Ibrahim dan PKR.

Nampaknya tiga penjuru. Bila tiga penjuru, BN yang untung.

Tambah lagi, ingat ketua-ketua PKR tempatan tak marah bila Anwar bawak masuk mereka-mereka seperti Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing untuk sesuatu kerusi yang mana mereka dah teruk-teruk bina.

Baca analisa padat Senjaliza sini

No comments: