Kalah BN, tercapai agenda IFC dan Islam Plural sesat
Tidak salah jika saya ingatkan umat Islam negara ini mengenai tuntutan-tuntutan cadangan penubuhan IFC atau Suruhanjaya Antara Agama (Interfaith Commission) yang pernah dibangkitkan tidak lama dulu, tapi ditolak oleh kerajaan ini.
Oleh kerana kita ini mudah lupa, niat saya ialah sekadar mengingatkan kembali kerana tidak mustahil tuntutan-tuntutan itu akan menjadi realiti dan kenyataan jika kerajaan BN di bawah naungan UMNO ini jatuh dalam PRU-13 ini.
Dengan niat ikhlas untuk ingat-mengingati sesama kita, bacalah mengenai IFC, pluralisme dan tuntutan-tuntutan itu.
Gerakan Pluralisme Agama di Malaysia tidak dapat dilihat dengan jelas atau secara rasmi berbanding di Indonesia.
Di Indonesia, pada tanggal 28 Julai 2005, Majlis Ugama Islam Indonesia (MUI) menerbitkan fatwa yang melarang pluralisme. Dalam fatwa tersebut, pluralisme agama didefinisikan sebagai:
?Suatu fahaman yang mengajarkan bahawa semua agama adalah sama dan kerananya kebenaran setiap agama adalah relatif; oleh sebab itu, setiap pemeluk agama tidak boleh menuntut bahawa hanya agamanya saja yang benar sedangkan agama yang lain salah. Pluralisme juga mengajarkan bahawa semua pemeluk agama akan masuk dan hidup dan berdampingan di syurga”.
MUI dengan jelas menyatakan bahawa pluralisme dalam konteks agama bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Apa yang berlaku di Malaysia ialah idea pluralisme agama ini berkembang melalui pendekatan secara tidak langsung. Ia boleh dilihat dalam beberapa isu yang mula timbul. Analoginya pada tahun 2001, timbulnya satu cadangan untuk menubuhkan IFC. IFC ini merupakan satu Suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya sebagai badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesuatu agama akibat desakan agama lain.
Baca artikel Utusan Malaysia ini sepenuhnya di Perak Today sini
No comments:
Post a Comment