Tuesday, 25 September 2012


2013: Pembangkang Pening, Tiada Alasan Tukar Kerajaan



Tahniah dan syabas kepada kerajaan pimpinan oleh Datuk Seri Najib kerana bakal mengumumkan bajet yang akan mengekalkan pendekatan mesra rakyat dan mesra pembangunan. Rata-rata rakyat Malaysia termasuklah pencacai PR mengakui akan kebajikan yang telah dibuat oleh kerajaan. 

Cuma pencacai PR segan nak mengaku, hanya berterima kasih di dalam hati. Lebih-lebih lagi bajet 2013 akan dibentangkan pada hari Jumaat ini. Resah dibuatnya puak-puak PR. Apatah lagi dari sumber yang dipercayai PM akan umumkan yang BR1M pusingan kedua akan diberikan. Serba salah para penyokong PR, nak terima bantuan, dah puas memaki hamun, kalau tak diambil duit tu!.


Sebagaimana bajet yang lepas-lepas, kakitangan awam akan sentiasa mendapat perhatian kerajaan. Presiden Ceupacs telah memohon agar dipertimbangkan 2 bulan bonus untuk 1.4 juta kakitangannya, paling tidak pun sebulan bonus. Ceupacs percaya transformasi yang dilakukan oleh PM cukup berkesan dan berjaya menaikkan kecekapan serta tanggungjawab jabatan kerajaan.

Melatah lagi puak-puak PR yang ada dalam perkhidmatan awam. Mereka ini tak ubah seperti gunting dalam lipatan. Imbuhan diambil, kutukan diteruskan. Mereka boleh diibaratkan seperti menghina bapa sendiri tapi dalam masa yang sama meminta duit  belanja. Mereka adalah kakitangan yang derhaka.



TR1M pusingan kedua juga bakal dibuat. Nampak gayanya tak sempat pun tayar mereka botak, kerajaan bagi lagi bantuan tayar baru. 

Walaupun ada kes dimana pemandu teksi yang tak pernah bersyukur dengan menjual vaucer bantuan untuk mendapatkan duit tunai, kerajaan melihatnya sebagai kes terpencil. Kerajaan percaya masih ramai lagi pemandu teksi di luar sana yang tahu cara bersyukur.



Begitu juga dengan isu rumah mampu milik yang mendapat perhatian serius Perdana Menteri. Kerajaan akan mengambil langkah yang proaktif dalam memastikan terutamanya bagi mereka yang baru pertama kali ingin memiliki rumah tercapai. Ianya melibatkan kerjasama pihak-pihak seperti Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), persatuan pembeli rumah, persatuan arkitek dan profesional yang lain.

Kalau nak disenaraikan kesemuanya tentang penambahbaikkan dalam bajet 2013 memang banyak. Apa yang penting ianya menjurus ke arah kebajikan rakyat dan pembangunan berterusan yang mana akhirnya juga dikembalikan kepada rakyat. Dan yang lebih penting lagi ialah menepati setiap janji yang diberi.

Pembangkang tentunya akan bertambah pening kerana kerajaan mampu menunaikan setiap janji, berbanding dengan mereka yang saban hari kerjanya hanya melalak menabur janji dan fitnah, tapi satu haram pun tak tertunai. Jika tertunai pun seperti melepaskan batuk ditangga.

No comments: