Sunday, 2 September 2012

NIK AZIZ GELAR 'ANWAR CILAKO' ARAH PENYOKONG PIJAK GAMBAR NAJIB..!!




"Kerja ini bukan kerja orang Melayu dan orang Islam. Orang Islam pun tidak, orang Melayu pun tidak. Ini sangat mendukacitakan dan memalukan, gambar yang saya tengok itu bukan Melayu (yang melakukannya). Kita orang Islam diajar jangan buat kepada orang lain. Kalau orang lain buat kepada kita, (maka) kita akan marah."






Itu kenyataan terbaru MB Kelantan Nik Aziz Nik Mat. Sudah pasti kenyataan ini ditujukan kepada puak2 penyokong Anwar yang bertindak melampaui batasan memijak gambar PM Najib Tun Razak. Mengapa Nik Aziz bertindak membela Perdana Menteri?

Jika dilihat rekod menerusi kronologi, Najib sememangnya seorang pemimpin yang menghormati Pimpinan lawan terutamanya PAS dan DAP tanpa melakukan serangan peribadi melampau. Apatah lagi Nik Aziz sejak Najib berkecimpung dalam politik. 

Malah Najib dalam mana2 sessi perjumpaan rasmi atau tidak rasmi sentiasa bersalaman dan mengambil berat terhadap pimpinan dan penyokong Pembangkang walaupun beliau dihina sejak sekian lama dari pihak mereka.




Berbeza dengan Anwar, Najib konsisten dan bersederhana dalam melakukan kritikan membina terhadap prinsip dan dasar kepimpinan. (KLIK DI SINI untuk lihat perbandingan kronologi kenyataaan NAJIB dan ANWAR terhadap Nik Aziz sejak kedua2 pemimpin ini terlibat dalam politik.)
 
Nik Aziz juga tidak bersetuju dengan tindakan peserta perhimpunan itu yang dikatakan menukar bendera Jalur Gemilang dengan bendera baru berwarna merah putih seakan-akan bendera Singapura.

No comments: