Friday 21 September 2012

Selepas Bas, Jet Peribadi Pula


Selepas Bas, Jet Peribadi Pula

AIDCNews – 21/09/12 – Facebooker ANTI-Semua-Salah-UMNO-ASSU menyiarkan foto-foto koleksi pemimpin PKR  termasuk ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah jet peribadi yang didakwa dipetik dari facebook Naib Presiden PKR, Tian Chua.
“Jika sebelum ini mereka bermewah-mewah dengan bas RM500K, kini beralih rasa kepada jet peribadi pula! Dan lebih parah, ini semua berlaku ketika mana mereka hanya menguasai beberapa negeri sahaja!
“Apakah kepentingan pembelian jet mewah peribadi ini kepada rakyat di bawah pentadbiran PR?!!
“Perkara ini didedahkan sendiri oleh Tian Chua secara tidak sengaja melalui ruang sosial,” dakwa facebooker itu.
Facebooker itu juga turut mencabar Anwar menafikan penyiaran foto-foto tersebut.
“Bayangkanlah, kalau Penasihat Ekonomi Negeri yang bergaji RM 1 pun boleh melodehkan wang rakyat ke tahap ini, cuba fikir-fikirkan apa pula yang MB dan barisan exco-exconya boleh buat ke atas kekayaan Negeri…
“Beranikah Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan rasmi menolak gambar-gambar yang disebarkan sendiri oleh ahli Parlimen Batu, Tian Chua,” cabarnya.

No comments: