Monday, 19 March 2012

HARAKAH - MUSLIMAT PAS BANTAH KAK IJAT BERUNDUR.. UMUM RASMI BOIKOT ZURAIDA!!





Mungkin pada mulanya setelah diherdik dan diugut Zuraida melalui beberapa penyokong Wanita PKR, Dr. Mariah Mahmud dilihat senyap sunyi seketika tidak membangkitkan isu Shahrizat. Ini kerana kenyataan beliau bersimpati dengan Shahrizat telah melanggar Prinsip dan Baiah puak Pro Erdogan PAS yang kini sinonim dengan gelaran Parasit PAS.

Akan tetapi pengumuman Shahrizat yang bakal meletak jawatan selaku Menteri mengatasi tahap kesabaran Timbalan Ketua Muslimat PAS tersebut.






Akibat rasa sedemikian agaknya, semalam di Parlimen buat kali keduanya Dr. Mariah Mahmud sekali lagi menggunakan Harakahdaily sebagai platform melahirkan rasa simpati dan mempertahankan kenyataannya membela Shahrizat sebelum ini.

Walaupun pada kali ini beliau lebih tenang, akan tetapi tindakan menyuarakan rasa tidak puas hati itu terbit apabila beliau sekali lagi mengulangi pendirian mengenai serangan isu NFC ke atas Shahriza yang disifatkannya sebagai tidak adil sama sekali.

Dr. Mariah juga amat kesal kerana beliau tidak diberi peluang langsung untuk membela diri lantas diasak dan diserang sebilangan tokoh politik berkepentingan peribadi.






Mungkin jika dibaca sekali pandang serangan ini ditujukan kepada Kerajaan. Namun kenyataan Dr. Mariah ini dilihat sekali lagi menafikan janji beliau tidak akan memberi sebarang respons secara terbuka berkenaan isu Shahrizat. Ini janji beliau kepada Zuraida kerana dikhuatiri bakal ditumbangkan sepertimana yang berlaku pada beberapa Pemimpin dalam PAS.






Namun, kenapa mesti mengulangi pendirian tidak berpuas hati, bersimpati dengan Menteri Pembangunan Wanita tersebut? Malah lebih dahsyat lagi dalam membuat kenyataaan yang asalnya dirancang playsafe, terlepas juga dengan nada kasar mengherdik pihak yang mula2 mengaibkan Pemimpin Wanita yang didakwa Dr. Mariah sebelum ini amat dikaguminya.

Namun hakikatnya, kenyataan Dr. Mariah buat kali kedua dilihat berlainan dan tidak senada dengan Mak Lampir Zuraida. Dr. Mariah berhadapan dengan risiko lebih tinggi setelah memungkiri janji membuat kenyataan yang lebih lembut akan tetapi berbisa maksud tersiratnya.

Kenapa beliau beriya2 sangat membela Shahrizat? Apa kesannya pada beliau yang memimpin Parti yang berlawanan dengan Shahrizat? Kerana Muslimat2 PAS di peringkat Akar Umbi amat menyokong Prinsip Shahrizat dan selesa dengan semangat kerja membela nasib wanita.





Dr. Mariah sekali lagi membawa risiko besar dalam kerjaya politiknya. Lebih pedih apabila beliau merupakan puak Parasit PAS akan tetapi satu2 nya Pemimpin yang tampil berani membela musuh Parasit iaitu Pemimpin2 UMNO.


Artikel Panas Hantu Zuraida Serang Dr. Mariah (KLIK Tajuk di bawah untuk Baca) :-

Guan Eng Guna Ramasamy Belasah Karpal?

Filed Under ( ) by pisau on 19.3.12


Pengerusi DAP, Karpal Singh menolak keputusan Jawatankuasa Disiplin parti itu yang membebaskan Timbalan Setiausaha Agung parti, Dr. P. Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II daripada tuduhan melanggar disiplin parti.

Menurut beliau, jawatankuasa itu tidak layak membuat keputusan tersebut kerana Ramasamy juga adalah salah seorang daripada ahli panel yang sama.

Katanya, ahli jawatankuasa disiplin parti sepatutnya berundur daripada kes itu dan membiarkan jawatankuasa baru ditubuhkan bagi mendengar kes berkenaan.

"Benih pemusnahan telah pun disemai sejak dari awal. Mereka duduk dan membuat keputusan terhadap salah seorang daripada mereka," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Selain Ramasamy, tiga yang lain dalam jawatankuasa tersebut ialah Setiausaha Agung, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang; Naib Pengerusi Kebangsaan, Tan Kok Wai dan Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, Lim Hock Seng.-utusan.


Pisau kata " DAP tu syarikat Lim dan anak anak"



Read more: http://www.pisau.net/2012/03/guan-eng-guna-ramasamy-belasah-karpal.html#ixzz1paODKHwg
Blog Gelombang Rakyat

"ULAMA' CELAKA" - KHALID SAMAD KENALPASTI HARON DIN KEMPEN 'SOKONG HASAN ALI' DALAM PAS!!?




Kelihatan sessi Jelajah yang dikepalai Parasit PAS Selangor Khalid Samad memberi penjelasan terhadap pendedahan kegiatan kotor Pimpinan PAS di beberapa kawasan tidak memberi kesan terhadap kembalinya sokongan terhadap Parti tersebut.

Statistik menunjukkan sokongan ahli2 di peringkat akar umbi terhadap Hasan Ali kian meningkat dan kegiatan memboikot Parasit2 PAS semakin menular.

Tuduhan yang mengatakan bahawa UMNO telah menaja sessi Ceramah Hasan Ali nyata fitnah yang memakan diri setelah dikenalpasti beberapa Jawatankuasa PAS Kawasan telah menganjurkan ceramah Bekas Pemimpin No. 1 PAS Selangor itu di kawasan mereka.


Sokongan dilihat lebih ketara susulan kenyataan 'Luar Biasa' Presiden PAS Hadi Awang yang mengeluarkan 'fatwa' bahawa Pemimpin2 Islam dibenarkan dan digalakkan bekerjasama dengan Pemimpin2 Yahudi di Luar Negara atas dasar Diplomasi. Kenyataan paling hodoh dikeluarkan bagi menyelamatkan Anwar.





Oleh itu, Parasit2 PAS telah mengadakan perbincangan dan mengenalpasti terdapat gerakan dalam PAS yang melibatkan beberapa Pemimpin Ulama' yang secara sulit melaksanakan Kempen 'Selamatkan PAS' dan memberi sokongan terhadap Hasan Ali.




Parasit2 PAS telah menamakan Ustaz Nasharuddin dan Haron Din sebagai pimpinan yang mengepalai gerakan tersebut berdasarkan hubungan rapat kedua2 Pemimpin ini dan masih berhubung dengan Hasan Ali.

Adakah Gerakan ini berjaya menyelamatkan PAS?






Ulama' PAS dakwa Parasit PAS Munafiq Parasit PAS Terima Bukan Islam iaitu AMBIGA Pegang Jawatan Timbalan Presiden PAS. KLIK DI SINI untuk ke artikel tersebut.

Yahudi Itu Zionis, Zionis Itu Yahudi - Jawapan Terbaik Dari Harussani



Jauh Bezanya ulasan yang diberikan dari Haji Hadi dengan Harussani.Dari segi kata kata Harussani jauh lebih baik.Disini kita boleh menilai apa yang dicakap kedua-dua ini.Terbaik sekali....dari Harussani....Syabas

Ada gambar ... apa lagi Azmin nak nafi


Friedrich Naumann Foundation (FNF) atau Stiuftung (FNS) yang kami dedahkan cuba mengatur Malaysia selepas 'rejim change" sudah lama terlibat memberi kursus kepada PKR dalam mencapai tujuan yang dilihat hampir tecapai.

Di atas adalah gambar salah satu kursus ”Strategic Training For Success Workshop” anjuran Biro Latihan PKR Pusat dengan kerjasama Friedrich Naumann Foundation [FNF] pada 19-20 Jun 2009.

"Success workshop" yang dimaksudkan bukanlah bengkel untuk mempertingkatkan diri sendiri untuk menaikkan keyakinan dan mencapai kejayaan dalam perniagaan atau kerjaya atau keluarga.

Di dalam gambar di atas, kelihatan di tengah Naib Presiden PKR sekarang Fuziah Salleh, yang duduk di Bangi tapi tak service kawasan mereka di KUantan tapi main isu kawasan orang lain di Indera Mahkota.

Wanita sebelah kanan Fuziah adalah Dr. Pimrapaat Dusadeeisariyakul dan dikirinya adalah Mr. Manfred Ritcher.

Dr. Pimrapaat Dusadeeisariyakul adalah program manager FNF di Malaysia. Dia banyak melibatkan diri memberi pandangan berkenaan kempem pilihanraya di Malaysia dan memberi tunjjuk ajar kepada ahli politik muda.


Jelas lah sucess adalah untuk berjaya dipilih dalam pilihanraya. Di sini, beliau terlibat dengan Sedar Institute untuk DAP di Penang pada Disember 9 2009.


Manfred Ritcher adalah Lord Mayour bandar Potsdam di Jerman dan merupakan ahli Lembaga Pengarah FNF dari 2003. Baca sini.

Harap pihak berwajib di sebelah kerajaan sedar bahawa persediaan untuk pilihanraya dari pihak mereka telah dilakukan begitu lama. Pihak kita ketika seepas 2008, masih berhadapan dengan peralihan kausa Tun Abdullah yang memakan masa lebih dari setahun.

Selepas itu, UMNO dan BN bagaikan honeymoon saja dan hingga sekarang masih ada perbalahan remeh temeh dan pergelutan kuasa untuk kepentingan diri sendiri berlaku.

Dalam masa yang dah dekat, masih lagi nak kursus demi kursus. Kalau kursus itu penigkatan dari segi taktik atau strategik takpa juga tapi masih kursus asas. Perang psywar patut bertempur sekarang dan bukan masa lagi nak kursus kursus lagi.

All battle go dari sekarang hingga pilihanraya yang kita tak tahu bila. Psywar di Internet bergerak jauh lebih dahulu dari pilihanraya sebenar. Kalau masih nak kursus dan terhegek-hegek nak ngatur-ngatur, DAH LAMBAT SANGAT!!!

Oh ya psywar bukan asyik blog, twitter dan facebook saja. Jadi jangan lah blogger-blogger terlebih rasa penting tersangat peranan mereka. Peranan blogosfera masih kecil berbanding dengan lain-lain peranan komunikasi dan psywar dalam sesuatu kempen.

Pada tahap terbaik, keberkesanan blog, facebook dan twiter masih 30-40% saja.

Ejen Zionis nak pecahkan Sabah, Borneo


KUALA LUMPUR 14 Mac - Konsep Borneosisasi serta Sabah untuk orang Sabah yang cuba dibawa oleh pembangkang boleh meruntuhkan integrasi nasional terutama antara rakyat negeri itu dengan Semenanjung.

Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) berkata, dalam konsep tersebut pihak pembangkang mahu kesemua jawatan dalam agensi kerajaan di Sabah kesemuanya dipegang oleh rakyat negeri itu.

Katanya, jika itu yang berlaku, pemupukan perpaduan antara rakyat Sabah dan Semenanjung tidak akan berjaya.

''Untuk makluman, kesemua jawatan teras dalam kerajaan di Sabah ketika ini seperti Pengarah Imigresen, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Pengarah Kesihatan dan Pengarah Pelajaran dipegang oleh anak-anak Sabah.

''Namun jawatan-jawatan lain yang bukan teras atau yang lebih rendah diberikan juga kepada pegawai-pegawai dari Semenanjung. Melalui cara ini ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Sabah dan Semenanjung," katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata, punca kemiskinan di Sabah adalah disebabkan keadaan muka bumi dan bukannya akibat tidak diendahkan oleh kerajaan negeri serta Pusat.

Hakikatnya, beliau berkata, hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini telah berjaya memajukan negeri Sabah dan dalam masa sama kadar kemiskinan diturunkan.

''Pada 2004, kadar kemiskinan dicatatkan di Sabah ialah 23 peratus dan pada 2007, ia turun kepada 16 peratus. Begitu juga dengan miskin tegar, pada 2004 angka dicatatkan ialah 6.5 peratus dan pada 2007, ia menurun kepada 3.7 peratus," katanya lagi.

Anwar sudah di India bersama Salman Rush-die


Walaupun dalam twitter (berikut) nampak seperti Anwar tidak akan hadir dalam program ‘India Today Conclave’, namun dailymail.co.uk, 16 Februari melaporkan sebaliknya.




Delhi: indiaToday conclave – saya dan Azizah tidak akan hadir ke acara ptg esok kerana membantah kehadiran Salaman Rushdie yang secara biadab menghina Rasulullah”, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim dalamtwitternya, 16 Februari.

“Masanya telah tiba untuk India untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam penyebaran demokrasi”, kata Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bercakap di persidangan India Today Conclave 2012, beliau berkata demokrasi India dan badan kehakiman adalah terpuji tetapi mengecewakan apabila perkara yang sama tidak dilaksanakan di kawasan kejiranan (luar India),” katanya.

Menurut laman itu, Anwar berkata beliau amat faham ‘makna kebebasan dan demokrasi’ kerana pernah dipenjarakan selama 6 tahun di Malaysia, sebab itu hari ini beliau terus memperjuangkan kebebasan.

Laporan kehadiran Anwar ke program itu turut disahkan oleh laman daijiworld.com yang melaporkan hanya Imran Khan, pemain kriket Pakistan yang enggan hadir ke program kerana memboikot kehadiran pengarang buku “The Satanic Verses”, Salman Rushdie.

Laman itu menyebut, Imran Khan enggan hadir ke program The India Today Conclave yang dijangka berforum bersama Anwar Ibrahim, Henry Kissinger (bekas Setiausaha Negara AS), Anna Hazare, Kapil Sibal (Menteri) dan Kareena Kapoor (artis Bollywood).

Namun, laman itu tidak menyebut Anwar Ibrahim juga memboikot program tersebut sepertimana yang dilakukan Imran Khan.

Baca sepenuhnya di AIDC sini

Hujah Pakatan pertahan Anwar Yahudi jadi merapu




Bertambah hari bertambah merapu hak Pakatan Rakyat dalam mempertahankan Anwar dan hubungan rapatnya dengan Yahudi Zionis.

Usaha terbaru adalah oleh Presiden PAS< Dato aji Hadi Awang malam tadi di SHah Alam. Ceramahnya dihadiri oleh Niik Aziz, Ktua Muslimah Zaiah YYusof, Dr Mariah, dan lain-lain.

Dalam mmengupas perbezaan antara Yahudi dan Zionis, dia tersasul hingga menyebut perkara-perkara yang jadi bahan muka depan Sinar Harian. Zionis adalah fahaman nasioanlisma yahudi katanya dan usaha untuk kemudian hari mempalitkan UNO yang kononnya nasionalis dan semacam Zionis.

Jika demikian tuduhannya, artikel UMNO nombor 3 menyebut memerjuangkan IIslam, sesuatu yag tiada dalam sesuatu organisisasi nasionalis tegar dan sekular. Malah UMNO boleh danggap sebagai parti orang Islam teramai di Maaysia dan jika tidak didunia.

Hadi ada berkkata bahawa Nabi ada bekerjasama dengan Yahudi dan kita boleh berniaga dengan Yahudi asalkan mereka bukan Zionis.

Tak tahulah Hadi faham atau tidak apa itu Zionis.

Zionis itu bukan satu faaan yang seraga tetai mempunyai perbezaannya. Namun begitu Zionisma timbul dari zaman abad 19 dan menjadi satu gerakan politik dengan munculnya seorang pemimpin Yahudi bernama Theordore Herzl ada 1897 untuk menuntut kerajaan Ottomoman memberi mereka Palestin untuk dijadikan negara Israel.

Negara Israel adalah impian Zionis dan kini sudah tercapai tetapi ianya bukan tuntutan ugama asal Judaism walaupun telah dihalalkan cara oleh Rabii kemudian hari.

Siapa hadi maksudkan boeh berniaga dengan Yahudi jika hapir kesemua muamt kaum Yahudi adalah bersatu penyokong Israel melainkan sekelompok kecil kumpulan Yahudi Ortodok?

Tentu sekali hujah ini menafikan tuduhan Pakatan Rakyat dan penyokong mereka Jingga 13 yang menuduh Maaysia berdagang dengan Israell. Yang berdaganag hanya MNC yang berada dalam Malaysia berniaga dengan Israel melalui pihak ke tiga.

Secara rasminya Malaysia tidak perakui Israel, tada hubungan diplomat dengan Israel dan tidak "sokong keselamatan" Sirael.

Kalau benar Nabi bekerjasama dengan Yahudi yang ktika zamman itu tidak ada ideologi Zionis lagi bagi menyokong hujh Hadi, pastinya baginda tidak sewenang mempercayai Yahudi sepenuhnya tetapi sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan tipu muslihat mereka.

Pastinya nabi TIDAK AKAN manandatangani perjanjian Annapolis yang bersetuju bersetuju dengan perjanjian Annapolis untuk dua state solution, menyokong keselmatan Israel yang tidak bersyarat dan menyebabkan penindasan dan salahguna kuasa tentera, dan akhirnya besedia memperakui adaah hubungan diplomasi walaupun bersyarat dengan Israel.

Apakah yang adi maksudkan? Sokong Anwar atau tidak berkenaan hubungan dengan Israel yang diperakui Anwar sendiri.

Nk Aziz pernah gesa Anwar tarik balik kenyataan. Dia masih belum akukan, masih belum saman WSJ dan masih berdalih-dalih enggan meminta maaf.

Saturday, 10 March 2012

Ahli PKR Semenyih Sindir Ostat Badrulamin Al-Khalwati.

Banner-banner dibawah dinaikkan mereta-rata di Semenyih, Hulu Langat.

Horas! tak tahu apa tujuan banner ini dinaikkan.

Tapi menurut khabar-khabar angin yang bertiup, ahli-ahli PKR di Hulu Langat, terutamanya di Semenyih sudah makin meluat dengan kepimpinan PKR Selangor yang selalu meminggirkan mereka.

Mungkin ini adalah salah satu tanda protes mereka.


Sebelum ini Horas! ada menulis tentang pergolakan yang berlaku dalam PKR Cabang Hulu Langat. Klik disini.

Ramai ahli akar umbi PKR yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan mereka yang terlalu mementingkan diri sendiri dan hanya sibuk membalun projek di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Ahli PAS dan ahli PKR di Hulu Langat sendiri pun tak ngam sesama sendiri.

Anwar Ibrahim pernah merancang untuk mengadakan ceramah di Semenyih tidak lama dulu. Tapi program tersebut terpaksa dibatalkan disaat-saat akhir apabila terdapat ura-ura yang mengatakan ianya bakal diboikot oleh ahli-ahli PKR sendiri.

Lihat sahaja luahan hati Ketua Penerangan PKR Cabang Hulu Langat dibawah ini. Rakan-rakan pembaca sekalian tentu boleh mengagak berapa kritikalnya perpecahan mereka.


ISU ALTANTUYA - HADI AWANG AKHIRNYA AKUI ANWAR FITNAH NAJIB!!

Kesan Jangka Panjang Fitnah Altantuya sejak Kempen PRU12.



"MERDEKA CENTER LAKUKAN SURVEY PALING TELUS." Anwar Ibrahim. Hadi Awang selaku Pencetus idea Kerajaan Perpaduan bersama UMNO mungkin hari ini sedang menyesal kerana termakan hasutan Parasit2 PAS yang menjanjikan intan dan permata kuasa diberikan kepada beliau jika terus bersama Anwar dan kuncu2 nya. Sehingga kesannya hari ini, Parasit2 PAS tidak terkawal mencantas seorang demi seorang Pimpinan Ulama' PAS.






Fitnah Altantuya yang dibawa Anwar sejak bermulanya Kempen PRU12 menghina Najib selaku Pemimpin Negara sehingga disebarkan seantero dunia akhirnya memakan diri. Ini salah satu Dosa paling Besar yang PAS sanggup gondol demi kuasa menakluk Putrajaya bersama Anwar.

Merdeka Center. Yang dipuji Anwar sebagai rujukan paling telus dari aspek bancian terkini dalam membuat survey berkenaan isu2 politik tanah air semalam memaparkan keputusan Rating sokongan rakyat Malaysia terhadap Perdana Menteri Najib Tun Razak.

10 MARCH 2012

Bila SBPA batal semua pakat mengaku depa duk perjuang!

Keratan akhbar Sinchew Daily 1 November 2011 berhubung kenyataan Tony Phua yang mahu mengurangkan jumlah kakitangan awam jika Pakatan Rakyat berkuasa.
Har... har... har... Tergelak besar aku bila baca blog-blog sebelah sana yang mainkan isu konon hasil perjuangan parti mereka maka kerajaan terpaksa tunduk dan membatalkan pelaksanaan SBPA (Sistem Baru Pecah Amanah?). Depa duk mengaku kalau bukan depa dan orang-orang depa dalam CUEPACS sah-sah SBPA dah dilaksanakan dan penjawat awam duk menderita.

Aku gelak besar bukan apa, sebab bila masa depan duk berdemonstrasi bantah pelaksanaan SBPA? Ada demo kat Putrajaya ke? Tak ada... Ada demo depan Masjid Negara ke? Tak ada... Ada demo depan Sogo ke? Pun tak ada? Habis macam mana depa duk kata perjuangan depa? Dan bila masa pula depa duk berjuang secara diam-diam sebab selama ini mereka memang suka duk demo-demo ini. Apa saja mahu demo!

Bantah Lynas depa demo...
Bantah Interlok depa demo...
Bantah PPSMI depa demo...
Bantah ISA depa demo...
Bantah SBPA....???

Dan aku gelak besar lagi bukankah parti tiga suku-sakat depa juga yang duk pukul canang nak kurangkan jumlah kakitangan awam kat Malaysia ni kalau depa memerintah. Ramai sangat sampai rugikan negara, tak efisyen. Tapi bila Najib umum batalkan SBPA, laraskan gaji, naikkan elaun COLA dan dan tu juga depa duk teriak mengaku ...itu hasil perjuangan Pakatan Rakyat !!!Ciss....

Kesian sungguh aku tengok pemimpin-pemimpin depa duk tompang kasih dengan perjuangan CUEPACS semata-mata nak dapatkan undi rakyat dan mempopularkan penasihat parti mereka. Maklum ikut kajian rating Najib selaku PM la ni semakin melonjak walaupun macam-macam fitnah dah ditabur. Tambah pula laporan duk kata Malaysia negara paling selamat kat Asia Tenggara, lagi la mereka naik hantu.

Nak harapkan apa yang mereka duk buat untuk rakyat tadak. Urus sampah kat Selangor pun tak pandai, urus air kat Kelantan pun tak selesai-selesai. Nak urus pelantikan Exco kat Kedah pun susah. Jadi apa lagi yang depa boleh harap untuk raih undi melainkan menumpanglah kejayaan orang lain... Hik hik hik...

Tapi yang pasti rating Najib terus melonjak di mata penjawat awam sebab batalkan SBPA dan teruskan SSM dengan penambahbaikan. Dah lah tu kasi selaras pulak gaji, naikkan elaun COLA... Heee... Anwar Ibrahim apa boleh buat, boleh bantu? Jual air liur sajalah....


Pssstt... Nak popular punya pasal Nik Aziz pun mau jadi artis!

Friday, 9 March 2012

16. bahaya syiah - wajah-wajah syiah

Rafizi, Malaysiakini dan Pembaca Bodoh Perasan Pandai

March 9, 2012 ·

najibdaughter

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sekali lagi bercakap bohong apabila mendakwa Perdana Menteri menggunakan kewangan kerajaan untuk membiayai majlis pertunangan anaknya, Nooryana Najwa Najib dengan Daniar Nazarbayev di Seri Perdana pada 17 June 2011.

Kita tidak perlu kenyataan Perdana Menteri pun untuk mengesan pembohongan Rafizi dan Malaysiakini.com Dengan membaca menggunakan akal dan membuat penafsiran logik sahaja kita sudah dapat menjangkakan ini merupakan satu lagi manipulasi maklumat untuk memburukkan kerajaan bukannya untuk mendedahkan penyelewengan.

Menurut Malaysiakini.com, “PKR hari ini mendedahkan bukti yang mendakwa kerajaan telah membiaya majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli membuat dakwaan itu dengan merujuk kepada satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La yang didakwa menyediakan katering untuk majlis berkenaan. Rafizi mendakwa, kos berjumlah RM409,767 itu dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).”

Kenyataan Malaysiakini bahawa PKR mengemukakan bukti menunjukkan kerajaan membiayai majlis pertunangan anak Perdana Menteri merupakan andaian berniat jahat dan tidak mempunyai sebarang bukti jelas.

Apa yang dikemukakan oleh Rafizi bahawa ia hanyalah satu dokumen tempahan bukannya dokumen pembayaran.

Sudah sememangnya pegawai-pegawai peribadi para Menteri membantu boss mereka untuk melakukan tempahan mahu pun menguruskan sesuatu acara walaupun ia bukan acara kerajaan. Apatah lagi jika acara tersebut berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri maka mahu tidak mahu para pegawai Perdana menteri perlu memabantu dan membantu menjayakan program tersebut. Adalah sangat tidak masuk akal untuk para pegawai Perdana Menteri dan juga pasukan keselamatan untuk mengabaikan perjalanan acara peribadi di kediaman Perdana Menteri.

Ini kerana sungguhpun ia acara peribadi, namun kedudukan Perdana Menteri merupakan Perdana Menteri Malaysia 24 jam sehari, 7 hari seminggu bukannya mengikut jadual waktu pejabat seperti pegawai kerajaan biasa.

Rafizi mengetahui bahawa acara ini dibiayai oleh keluarga Perdana Menteri sendiri. Sebab itu, Rafizi dalam kenyataan kemudiannya menyatakan,

“”Even if he paid for the event from his own pocket (later), it is still a moral issue as he cannot pay for a private function through the PM’s office.”

Jika Malaysiakini dan Rafizi begitu yakin berlaku penyelewengan dalam isu ini mengapa ia perlu menyatakan kemungkinan Perdana Menteri membayar sendiri dan mempertikaikan pula isu moral kerana menggunakan pegawai-pegawai beliau di Pejabat Perdana Menteri.

Berdasarkan kenyataan Rafizi sendiri adalah jelas beliau mengetahui Datuk Seri Mohd Najib menanggung sendiri kos pertunangan anaknya. Namun untuk mensensasikan isu ini, maka Rafizi melontarkan persoalan seolah-olah kerajaan yang membayar kos tersebut.

Malahan, tindakan Malaysiakini yang hanya berani meletakkan tajuk dalam inverted commas, ’PMO paid for engagement do of Najib’s daughter’, menunjukkan mereka sendiri tidak yakin dengan kenyataan Rafizi dan tidak mahu terbabit menuduh. Namun sebagai media yang bertanggungjawab menjaga kepentingan PKR, mereka harus menggunakan isu ini untuk menjejaskan imej kerajaan dan Perdana Menteri.

Yang melucukannya terdapat hampir 80 pembaca Malaysiakini mengaggap ia merupakan cerita betul dan menuduh Perdana menteri telah melakukan penyelewengan. Mereka ini sungguhpun bijak berbahasa Inggeris sebenarnya tidak mempunyai kemampuan berfikir yang baik. Mereka hanya percaya apa sahaja yang dilontarkan oleh pemimpin mereka untuk survival politik.

Bagi Malaysiakini sendiri, ia hanya memalukan tradisi kewartawanan bebas yang mereka perjuangkan. Sebenarnya, tiada kebebasan kewartawanan dalam Malaysiakini. Mereka hanya bebas berbohong, memanipulasi berita dan menimbulkan kekeliruan bagi tujuan mewujudkan kebencian pembaca dan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional.

09 MARCH 2012

TEMBERANG LAGI!

Salam 2 all.

Teman ucapkan tahniah kepada YAB PM, Datuk Omar Osman dan semua pihak yang terlibat atas pembatalan SBPA & penambahbaikan SSM. Dari respon d twitter & FB, teman tengok lebih 90% memberi respon positif. Tapi Anwar & para parasitus kalkatus rakus nampak gaya nak claim kredit. Konon tu usaha mereka. Nampak benar nak temberang rakyat.

Pertama, PM dah umum sejak bulan Oktober 2011 lagi semasa pembentangan Bajet 2012 bahawa semakan kenaikan dan penambaikan gaji kakitangan awam akan dibuat dalam lingkungan 7-13%. Masa tu suara pembangkang sepatah haram pun tak dengar.

Cuma dalam perlaksanaan dasar itu ada pihak cuba ambil kesempatan. Mekanisma kenaikan gaji kakitangan awam dibawah sekim Saraan Baru Perkhidmatan Awam di olah sebegitu rupa sehingga dispariti diantara kakitangan bawahan dan sektor turus terlalu jauh berbeza! Hinggakan disektor turus ada yang mendapat kenaikan hampir 100%.

Maka apabila kakitangan bawahan melalui CEUPACS membuat bantahan, PM yang prihatin dan peka dengan suara marhaen telah mengarahkan supaya SBPA dikaji semula sesuai dengan dasar kenaikan dalam lingkungan 7-13% saperti yang diumumkan PM dalam Dewan Rakyat.

Dan apa yang diumumkan PM semalam pada pertemuan dengan kakitangan awam di PICC adalah hasil pertemuan dan perbincangan secara langsung diantara PM dengan kakitangan awam.

Ini bermakna YAB PM sangat prihatin dan mengamalkan sikap terbuka bila berdepan dengan isu membabitkan rakyat. Tepat sekali slogan PM "Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan'! Ia bukan sekadar retorik politik murahan, tetapi diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan dan realiti!

Sebaliknya apakah tindak-tanduk Anwar dan para parasitus kalkatus rakus dalam pakatan pembangkang dalam isu dengan kakitangan awam? Tak ada lain selain putar belit dan putar alam! Contohnya:

1. Pakatan BiaDAP-PKR-PAS adalah anti kakitangan awam. Pimpinan parasit jelas menegaskan bahawa jika pakatan pembangkang menjadi kerajaan (na'uzubillah), mereka berazam akan mengurangkan kakitangan awam sebanyak 50%. Maknanya jika mereka memerintah, lebih 700,000 ribu kakitangan awam akan dibuang!

Dan sekarang setelah PM berjaya memberikan faedah terbaik kepada kakitangan awam, mereka melalak konon itu perjungan mereka! Kalau dah kaki putar!

2. Kita tengok sendiri layanan kerajaan pakatan pembangkang kepada kakitangan kerajaan dibawah negeri yang mereka perintah. Tengok nasib kakitangan Kerajaan Selangor. Apabila pembayaran bonus diumumkan kerajaan pusat untuk kakitangan kerajaan Persekutuan, kerajaan Selangor turut mengumumkan bonus. Tetapi hanya untuk kakitangan GLC Selangor. Kakitangan awam Selangor langsung tak dapat bonus. Jelas kakitangan awam di Selangor di anaktirikan!

Dan hari ni Anwar dan juak-juak parasitnya melalak konon mereka hero memperjuangkan hak kakitangan awam! Hampeh!!!

3. Kita tengok bagaimana pakatan pembangkang menghina kakitangan perkhidmatan awam. Ini jelas dalam isu perlantikan Datuk Ahmad Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Tengok bagaimana beliau dimalukan dan diaibkan, sehingga dibawa ke sidang tergempar di DUN Selangor mempertikaikan perlantikan sah beliau. Penghinaan itu dilakukan hanya kerana tanggapan para parasit ini bahawa Datuk Khusrin "tak dengar dan patuh kepada kehendak mereka"! Maknanya nanti kalau ditakdirkan mereka memerintah (na'uzubillah), kakitangan awam yang tidak tunduk kepada kehendak dan nafsu serakah mereka, akan menjadi mangsa kepada kerakusan politiking pembangkang ini!

Dan para parasit melalak mendakwa mereka memperjuangkan kebajikan kakitangan awam! Mike percaya ke yop?

4. Kita tengok pula bagaimana kakitangan awam Kerajaan Negeri Kedah dihina apabila Kerajaan Kedah termasuk MB diletakkan dibawah JK Pemantauan parti politik PAS. Ini secara tidak langsung meletakkan seluruh jentera kakitangan awam Kerajaan Kedah dibawah telunjuk sebuah parti politik! Maknanya seluruh jentera kakitangan awam Kedah terpaksa "tunduk na'am" kepada kehendak dan nafsu politik kepartian PAS! Tapernah berlaku dalam sejarah Kerajaan bertamadun diletakkan dibawah telunjuk nafsu sebuah parti politik!

Dan Anwar serta para parasitnya melalak menyatakan mereka menghormati kakitangan awam! Kalau ini bukan penghinaan, tak tau lah teman apa nak komen lagi!

5. Kita lihat juga bagaimana gelagat pembangkang menghina dan memperlekeh institusi kakitangan awam saperti Mahkamah, Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhajaya Pilihan Raya, dan banyak lagi. Apa yang mereka tak kutuk kepada institusi-institusi ini. Mereka langsung tidak peduli kepada perasaan dan kegigihan serta usaha kakitangan awam di institusi-institusi ini. Sebaliknya penghinaan demi penghinaan, cacian demi cacian. kutukan demi kutukan terus dihamburkan oleh pakatan pembangkang BiaDAP-PKR-PAS terhadap institusi kakitangan awam tersebut!

Dan hari ini mereka melalak konon kerana merekalah kakitangan awam mendapat kenaikan gaji. kerana merekalah SBPA dibatalkan. Kerana merekalah SSM ditambah-baik dan dilaksanakan semula.

Teman cukup yakin IQ kakitangan awam taklah serendah para parasitus kalkatus rakus yang tahap pemikiran mereka hanya menurut secara membabi buta apa yang diperdayakan kepada mereka,. Babi buta pun tidak serendah itu IQ nya yop!

Tidak ada bahasa nak gambarkan hipokritnya para parasit ini! Tidak ada perkataan nak ceritakan putar-belit parasit ini! Iblis syaitan pun boleh menangis melihat kemungkaran kaum parasit ni yop!

ALLAH berikan otak bukan untuk buat sup yop, tapi untuk memikir. Jadi, fikir-fikirlah yop! Janganlah menghina diri dengan terus terpedaya dengan dakyah kaum yang kuat mendakyah ini yop!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
10 Rabi'ul Akhir 1432
09 Mac 2012

Siapa Syiah? Amerika akan menyerang Iran? by Dr. Asri Zainal Abidin

PROGRAM ANJURAN DAP SABAH HAMBAR………….

Kasian. Berapa saja yang datang ni. Kena buyuk lagi dorang.


Program DAP Sabah berhubung isu Tanah NCR tidak mendapat sambutan daripada masyarakat setempat. Perhimpunan yang diadakan pada 9 Mac 2012 di Padang C, Stadium Penampang yang dihadiri seramai lebih kurang 35 orang pemimpin dan penyokong DAP Sabah yang memakai baju tradisi ditolak oleh rakyat Sabah yang melihat program ini merupakan satu tindakan yang sia-sia. Ketiadaan pemimpin-pemimpin parti pembangkang lain jelas menunjukkan tidak wujud kerjasama dalam pembangkang Sabah meskipun isu NCR ini lantang disuarakan oleh mereka.

40,000 PENDUDUK SABAH TIADA SIJIL LAHIR





KIRA-KIRA 40,000 penduduk di Sabah menghadapi masalah dokumentasi kerana tidak memiliki sijil kelahiran dengan di daerah Semporna sahaja dianggarkan 4,000 kanak-kanak berhadapan masalah itu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Beliau berkata antara punca masalah itu berlaku adalah kerana lewat mendaftar sijil lahir atau kad pengenalan manakala dasar pendidikan negara tidak membenarkan kanak-kanak tanpa kad pengenalan untuk belajar di sekolah tempatan.

Katanya, masalah lewat mendaftar sijil lahir berlaku disebabkan kurangnya tahap kesedaran masyarakat tempatan akan kepentingan mendaftar kelahiran pada masa yang ditetapkan.

"Mereka ini lebih suka menunggu lawatan pendaftaran bergerak dari Unit Khas Bergerak (UKB) ke tempat mereka bagi mengelakkan membayar kos tambang yang mahal untuk ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhampiran, tiada sijil pernikahan kerana berkahwin secara adat dan berkahwin dengan warga asing.

"Selain itu, masalah berkahwin lebih daripada satu, tidak berdaftar dengan alasan tiada kad rawatan klinik kerana bersalin menggunakan khidmat bidan kampung, datang memohon tanpa ibu bapa kandung serta mengaku sebagai anak kandung kepada ibu bapa angkat," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat. (BERNAMA)