Monday 19 March 2012

Ejen Zionis nak pecahkan Sabah, Borneo


KUALA LUMPUR 14 Mac - Konsep Borneosisasi serta Sabah untuk orang Sabah yang cuba dibawa oleh pembangkang boleh meruntuhkan integrasi nasional terutama antara rakyat negeri itu dengan Semenanjung.

Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) berkata, dalam konsep tersebut pihak pembangkang mahu kesemua jawatan dalam agensi kerajaan di Sabah kesemuanya dipegang oleh rakyat negeri itu.

Katanya, jika itu yang berlaku, pemupukan perpaduan antara rakyat Sabah dan Semenanjung tidak akan berjaya.

''Untuk makluman, kesemua jawatan teras dalam kerajaan di Sabah ketika ini seperti Pengarah Imigresen, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Pengarah Kesihatan dan Pengarah Pelajaran dipegang oleh anak-anak Sabah.

''Namun jawatan-jawatan lain yang bukan teras atau yang lebih rendah diberikan juga kepada pegawai-pegawai dari Semenanjung. Melalui cara ini ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Sabah dan Semenanjung," katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata, punca kemiskinan di Sabah adalah disebabkan keadaan muka bumi dan bukannya akibat tidak diendahkan oleh kerajaan negeri serta Pusat.

Hakikatnya, beliau berkata, hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini telah berjaya memajukan negeri Sabah dan dalam masa sama kadar kemiskinan diturunkan.

''Pada 2004, kadar kemiskinan dicatatkan di Sabah ialah 23 peratus dan pada 2007, ia turun kepada 16 peratus. Begitu juga dengan miskin tegar, pada 2004 angka dicatatkan ialah 6.5 peratus dan pada 2007, ia menurun kepada 3.7 peratus," katanya lagi.

No comments: