Friday 9 March 2012

Adakah Ismail Kamus akan kedepan membantu Hasan Ali?


MIM view mendedahkan video SG Rapat dimana pihak PAS mula berpeluh dan tidak mahu menjawab tuduhan Hasan ALi terhadap PAS. Seperti Khalid Samad, mereka mahu memperkecilkan Hasan Ali... dengar video bawah ini:


Yang jelas kelihatan adalah Hasan Ali menarik ramai kehadhiran dan suara-suara dalam PAS yang menentang arah tuju dan perpecahan yg dibawa oleh kumpulan pro Anwar Ibrahim.

Bolehkah dalam dua tiga minggu Hasan Ali akan berdiam?

Namun begitu, Gelombang Rakyat mengesahkan bekas ADUN Gombak Setia dan panelis Forum Perdana diminta kehadapan untuk "menegur dengan cara yang lebih 'berkesan' dan tidak hanya bercakap di belakang semata2."

Ismail Kamus kesal dengan tindakan pimpinan PAS Negeri yang tunduk dengan keputusan yang tidak memilih ADUN2 PAS untuk memegang jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam.

Tindakan tersebut dilihat agak keterlaluan dan merupakan usaha untuk menyekat usaha Hasan Ali untuk melaksanakan Enakmen Syariah.

Katanya, "Kita (PAS) boleh bertolak ansur dengan mereka dalam semua perkara sehinggakan sanggup menangguhkan seketika perlaksanaan Hukum Hudud dan Qisas. Nak utamakan persamaan. Akan tetapi jikalau Enakmen Syariah sedia ada pun ditentang untuk dilaksanakan, ia sebagai bukti DAP sememangnya anti Dasar Islam."

Sementara itu, selain dari memperkecilkan Hasan ALi, kumpulan parasit ini mula mereka pembohongan dan fitnah terhadap Hasan Ali.

Lihat gambar fitnah berikut:



Kumpulan parasit dalam PAS telah mengadakan kempen besar-besaran untuk memfitnah Hasan Ali yang menyokong perlaksanaan dasar syariah sebagai AGEN UMNO bagi menaikkan rasa benci dari kalangan ahli.

Ismail Kamus dipercayai ada berkata, "Agak BODOH jika dilabel Agen UMNO. Kerana dahulu kita menentang UMNO kerana dasar ini (Syariah). Sebaliknya hari ini kita didakwa Pro UMNO pula."

Dia turut khuatir PAS akan tersasar jauh dari perjuangan jika terus menerus mengikut rentak politik Pakatan yang memisahkan dasar syariah dalam mengaplikasi urus tadbir negeri.

"Apa fungsi PAS? Yang dahulu menjadi JUARA dalam menegakkan Dasar Syariah. Kini bukan sahaja gagal, malah tidak lagi memimpin Pengurusan Portfolio Hal Ehwal Agama. Mana dakwah PAS?"

Adakah Ismail Kamus pula akan kedepan menambah kehangatan kepada musim hujan petang sekarang?

No comments: