Monday 19 March 2012

Ada gambar ... apa lagi Azmin nak nafi


Friedrich Naumann Foundation (FNF) atau Stiuftung (FNS) yang kami dedahkan cuba mengatur Malaysia selepas 'rejim change" sudah lama terlibat memberi kursus kepada PKR dalam mencapai tujuan yang dilihat hampir tecapai.

Di atas adalah gambar salah satu kursus ”Strategic Training For Success Workshop” anjuran Biro Latihan PKR Pusat dengan kerjasama Friedrich Naumann Foundation [FNF] pada 19-20 Jun 2009.

"Success workshop" yang dimaksudkan bukanlah bengkel untuk mempertingkatkan diri sendiri untuk menaikkan keyakinan dan mencapai kejayaan dalam perniagaan atau kerjaya atau keluarga.

Di dalam gambar di atas, kelihatan di tengah Naib Presiden PKR sekarang Fuziah Salleh, yang duduk di Bangi tapi tak service kawasan mereka di KUantan tapi main isu kawasan orang lain di Indera Mahkota.

Wanita sebelah kanan Fuziah adalah Dr. Pimrapaat Dusadeeisariyakul dan dikirinya adalah Mr. Manfred Ritcher.

Dr. Pimrapaat Dusadeeisariyakul adalah program manager FNF di Malaysia. Dia banyak melibatkan diri memberi pandangan berkenaan kempem pilihanraya di Malaysia dan memberi tunjjuk ajar kepada ahli politik muda.


Jelas lah sucess adalah untuk berjaya dipilih dalam pilihanraya. Di sini, beliau terlibat dengan Sedar Institute untuk DAP di Penang pada Disember 9 2009.


Manfred Ritcher adalah Lord Mayour bandar Potsdam di Jerman dan merupakan ahli Lembaga Pengarah FNF dari 2003. Baca sini.

Harap pihak berwajib di sebelah kerajaan sedar bahawa persediaan untuk pilihanraya dari pihak mereka telah dilakukan begitu lama. Pihak kita ketika seepas 2008, masih berhadapan dengan peralihan kausa Tun Abdullah yang memakan masa lebih dari setahun.

Selepas itu, UMNO dan BN bagaikan honeymoon saja dan hingga sekarang masih ada perbalahan remeh temeh dan pergelutan kuasa untuk kepentingan diri sendiri berlaku.

Dalam masa yang dah dekat, masih lagi nak kursus demi kursus. Kalau kursus itu penigkatan dari segi taktik atau strategik takpa juga tapi masih kursus asas. Perang psywar patut bertempur sekarang dan bukan masa lagi nak kursus kursus lagi.

All battle go dari sekarang hingga pilihanraya yang kita tak tahu bila. Psywar di Internet bergerak jauh lebih dahulu dari pilihanraya sebenar. Kalau masih nak kursus dan terhegek-hegek nak ngatur-ngatur, DAH LAMBAT SANGAT!!!

Oh ya psywar bukan asyik blog, twitter dan facebook saja. Jadi jangan lah blogger-blogger terlebih rasa penting tersangat peranan mereka. Peranan blogosfera masih kecil berbanding dengan lain-lain peranan komunikasi dan psywar dalam sesuatu kempen.

Pada tahap terbaik, keberkesanan blog, facebook dan twiter masih 30-40% saja.

No comments: