Friday 9 March 2012

Kenaikan 13%: Macai Pembangkang Mula Menyalak

March 9, 2012 · 35 Comments

ssm

SUASANA pagi di deretan kedai makan yang terletak bersebelahan Bangunan Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan, sibuk dengan pelanggan yang mendapatkan bekalan makanan pagi mereka.

Di antara deretan kedai tersebut, kelihatan 3 orang, dipercayai kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri sedang menghadap sarapan pagi masing-masing dan berbual dalam nada yang kecil tetapi serius. Dari ‘lagak & gaya’ penulis percaya mereka adalah antara kumpulan 1-54 yang termasuk dalam golongan penerima kenaikan tertinggi sekali iaitu 13%

Penulis yang duduk berhampiran, mampu juga mendengar buah butir yang dibincangkan dan seperti dijangka ia adalah berkenaan dengan kenaikan gaji kakitangan awam antara 7% – 13% yang diumumkan Perdana Menteri semalam. Ternyata mereka tidak berpuas hati dengan jumlah kenaikan yang katanya tidak setaraf dengan kadar kehidupan semasa.

(Walaupun belum ada pengumuman dibuat oleh mana-mana kerajaan negeri mengenai kenaikan kakitangan awam masing-masing tapi penulis pasti yang semua kerajaan negeri BN akan turut mengikut praktis sama yang diumumkan Perdana Menteri semalam. Maka itu tidak hairan isu ini menjadi topik hangat di kalangan kakitangan awam persekutuan dan negeri di seluruh negara).

Macam-macam rasa tidak puas hati yang dilontarkan, semua berkisar kepada jumlah kenaikan yang mungkin diterima masing-masing dan bandingan dengan sebilangan syarikat swasta yang membayar jumlah kenaikan gaji yang menurut mereka jauh lebih tinggi dari yang diumumkan kerajaan semalam.

Cukup pukul 8 pagi, masing-masing beredar masuk ke pejabat yang terletak bersebelahan – membuatkan penulis yakin mereka adalah kakitangan Jabatan kerajaan yang penulis sebutkan di atas.

Penulis pasti, sikap tidak tahu bersyukur oleh 3 orang yang penulis percaya kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan ini tadi, turut dikongsi oleh segelintir penjawat awam yang lain diseluruh negara, terutama yang menjadi penganut tegar fahaman pembangkang.

Nak disalahkan mereka 100% pun tidak adil juga kerana telah selalu disogokkan oleh pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim bahawa Malaysia dibawah Pakatan harami pembangkang mampu memberi yang lebih baik untuk negara ini – termasuklah faedah menarik untuk kakitangan awamnya.

Sedangkan mereka lupa bahawa DAP, antara komponen utama Pakatan harami telah mengeluarkan kenyataan melalui Setiausaha Publisitinya Tony Phua yang Pakatan harami akan membuang hampir separuh kakitangan awam sedia ada yang disifatkan tidak efektif dan membazirkan wang negara.

Selain itu, tidak ada sekelumit pun disebut di dalam kitab anutan puak-puak Pakatan ini (Buku Jingga) mengenai kakitangan awam dan faedah yang bakal diterima mereka kerana pemimpin Pakatan harami tahu, keutamaan perlu diberikan pada majoriti yang tidak membentuk kumpulan kakitangan awam ini tadi, atau mereka akan kehilangan lebih banyak kerusi.

Jumlah kenaikan 13% untuk kumpulan sokongan ini pada hemat penulis amatlah wajar. Mengikut kajian mengenai gaji oleh Persekutuan Pengeluar Malaysia (FMM) pada 2010 (kaji selidik 2011 masih belum dikeluarkan), majoriti syarikat membayar kenaikan tahunan antara 7% – 10% – satu jumlah yang lebih rendah dibanding apa yang diterima oleh kakitangan kerajaan seperti diumumkan Perdana Menteri semalam.

Tak lagi disebut, kakitangan awam juga menerima pencen setelah capai umur persaraan dibanding dengan kakitangan swasta yang tidak menerima apa-apa melainkan wang yang disumbang ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang belum tentu cukup kalau tidak ada perancangan kewangan yang baik dari sekarang.

Kita harap mana-mana penjawat awam yang rasa tidak puas hati dengan kenaikan yang pada merekatidak wajar ini, mereka wajiblah meletakkan jawatan mereka jika benar ada maruah. Ramai lagi orang diluar sana yang mahu mengisi jawatan tersebut.

No comments: