HELEN ANG:MASYARAKAT CINA AKAN RUGI JIKA UNDI DAP
AIDC : Saya difahamkan dahulu anda adalah kolumnis Malaysiakini, kemudian telah dibekukan. Kenapa dibekukan ?
Helen Ang : Sebab para pembacanya terlalu berfikiran tertutup. Pembacanya yang pro pembangkang itu, cara mereka berfikir, kalau kita tulis yang tidak berpihak kepada mereka, kita dianggap sebagai musuh.
Seperti anda sudah mengesahkan bahawa portal Malaysiakini majoriti pembacanya adalah pro-pembangkang?
Agaknyalah, nampaknya seperti itu lah. Dari pengalaman saya pun begitu.
Maksudnya sebagai kolumnis, anda tidak boleh menulis idea yang bertentangan dengan idealisme pembaca portal, jika tidak idea anda akan ditolak ?
Bukan sekadar ditolak, tetapi mereka menentang, cara mereka menentang itu, pada saya kurang berhemah..
Misalnya?
Misalnya macam kita tengok komen-komen kat blog, ada yang berbahasa kesat, ada yang buat fitnah, ada yang sebarkan dakyah.
Em, sampai ke tahap tu. Kira serang peribadilah. Bukan serang idea.
Jadi, boleh saya buat kesimpulan bahawa, anda sebagai kolumnis Malaysiakini, penulisan mesti pro pembangkang kerana pembacanya merasakan portal itu hak milik pembangkang. Begitu ?
Boleh..boleh dianggap begitu (sambil ketawa)
Sedangkan portal itu mendakwa media bebas ?
Saya ingat, pembaca yang arif boleh menilaikannya sendiri.
Apakah contoh penulisan anda yang bertentangan dengan idealisme pembaca Malaysiakini ?
Waktu itu tercetus isu kalimah Allah. Saya tulis dalam bahasa Inggeris, saya kata, ‘the convention of ‘Allah’ belongs to Islam’ (konvensyen kalimah ‘Allah’ adalah hak milik Islam).
Kes tu saya rasa tak patut, macam cara mereka serang, sebab, saya kata waktu itu orang Melayu marah, mereka marah sebab mereka adalah masyarakat Islam dan bukan sebab dihasut oleh UMNO.
Tetapi pembaca pembangkang, mereka tidak menerima hakikat itu, mereka terpengaruh, mereka percaya bahawa UMNO yang menjadi penghasut, pada mereka UMNOlah yang mencetuskan kemelut supaya orang Melayu marah tentang kes kalimah Allah itu.
Rasa-rasanya pembaca Malaysiakini tak kenal hati budi masyarakat Melayu. Mereka tak tahu baca naluri masyarakat Melayu, mereka tak dapat nilai perkaitan Melayu dengan Islam.
Jadi mereka ingat ‘oo itu mesti kerja UMNO yang hasut’, padahal yang saya lihat bukan faktor UMNO tetapi cetusan hati nurani masyarakat Islam.
‘Mereka’ ? Maksudnya majoriti pembaca bukan Melayu ?
Memang, khususnya artikel dalam bahasa Inggeris.
Faktor itu jadi penyebab dibekukan jadi kolumnis ?
Ya. Itu pandangan Steven Gan (ketua editor) lah. Dia kata, seorang kolumnis itu tidak sepatutnya menulis sampai ke tahap majoriti pembaca menentang dengan sering bergaduh dengan kolumnis tersebut.
Majoriti pembaca Malaysiakini menentang idea anda ?
A’ha majoriti menentang saya, sebab ramai pembaca Malaysiakini tu penyokong DAP.
Lepas tu ada satu kes lagi, tentang Kampung Buah Pala.
Saya kata, tindakan Lim Guan Eng tentang kes Kampung Buah Pala itu tak betul. Cuba bayangkanlah reaksi pembaca Malaysiakini ?.
Saya rasa, masyarakat Pulau Pinang terlalu taksub kepada Lim Guan Eng. Jadi bila Timbalan Ketua Menteri kata Lim Guan Eng dianggap sebagai ‘tokong’ itu, pada saya agak bertepatan lah.
Macam rasa pelik kan, semua masyarakat Cina mesti menyokong Lim Guan Eng. Kalau tak sokong tu maksudnya orang itu macam tak betul (ketawa).
Wajib kena sokong Lim Guan Eng. Saya pun tak faham macam mana mereka boleh begitu taksub.
Anda kecewa dibekukan jadi kolumnis Malaysiakini ?
Tidak. Kita ada pandangan kita, mentang-mentang pandangan kita tidak sehaluan dengan pandangan pembangkang yang mereka mahu…kemudian diganggu, nak menyusahkan.
Sepatutnya, kalau berlainan pendapat, biar saja lah kan. Kita berdasarkan pasaran, tengok siapa yang lebih bernas. Tapi mereka tak. Mereka mesti serang macam shoot the messenger.
Kononnya nak memperjuangkan kebebasan bersuara, kebebasan berfikir…tapi mana ada.
Selepas dibekukan dari Malaysiakini, anda mula berblog ?
Ya. Lepas beberapa bulan seperti itu.
Posting pertama saya tu, saya buat sekitar lewat bulan Julai 2011. Sudah setahun yang lalu.
Baru setahun sahaja, tetapi cepat popular. Ada apa-apa rahsia ?
Rahsia cepat popular….em..pada hemat saya faktor bahasa Melayu. Sebelum ini saya tulis dalam bahasa Inggeris.
Lepas dapat ijazah dari USM sekitar awal tahun 1990-an, saya mula bekerja di NST selama 5 tahun, selepas itu di The Star juga selama 5 tahun.
Kemudian sekitar tahun 2005, saya jadi kolumnis Malaysiakini, sehingga dibekukan pada tahun 2011.
Di NST, The Star dan Malaysiakini, semuanya dalam bahasa Inggeris, apabila berblog, saya menulis dalam bahasa Melayu.
Tukar bahasa, maksudnya dapat pembaca baru ?
Ya. Saya rasa pembaca baru seperti lautan biru. Lebih mencabar. Sebab, kalau ikut pola pemikiran pembaca Malaysiakini, saya sudah tahu. Tetapi pola pemikiran pembaca baru, maksud saya pembaca Melayu, saya rasa lebih menarik.
Menarik ? Misalnya ?
Ya, macam kes logo burung merpati. Logo menyambut hari kebangsaan 31 Ogos 2012 yang dibuat pembangkang itu, bagi mereka yang belum terdedah anggap perkara baru.
Perkara-perkara tu kita dah tahu. Kaitan burung merpati dengan Kristianiti, kita dah tahu.
Apa yang mendorong anda untuk berblog ?
Ada rasa terdorong untuk teruskan perjuangan. Saya rasakan, seperti saya sudah ada pembaca regular lah kan.
Kalau penyokong-penyokong DAP serang saya di blog, para pembaca blog saya akan mempertahankannya. Jadi, ini memudahkan saya untuk terus menulis.
Sebab saya tengok ada sesetengah wartawan lain, mereka diserang habis-habisan tanpa berpeluang membela diri.
Ingat tak baru-baru ini ada satu rencana, yang ditulis di The Star, tulis tentang kes Lim Guan Eng rembat tanah.
Lepas itu Lim Guan Eng mula serang wartawan tu. Dia adakan sidang akhbar, dia serang pemberita itu dan akhbar The Star siarkannya tanpa mempertahankan kakitangannya sendiri.
Jadi, saya rasa itu kelebihan yang ada pada blogger berbanding dengan wartawan yang ada majikan.
Kalau kita kerja dengan majikan, ada hadnya. Kena ikut rentak penerbitan. Tapi blog ni, kita punya, macam sendirian berhad lah kan…nak buat apa kita yang tentukan sendiri. Itu kelebihan yang ada pada blogger.
Macam wartawan The Star tu, kalau dia mahu tulis lagi tentang Lim Guan Eng, mungkin dia terpaksa berfikir dua kali sebab dia tak ada wadah untuk mempertahankan dirinya.
Sebab Lim Guan Eng tu dia tak bagi peluang. Banyak kes, dia tak bagi peluang. Dia akan serang semula. Dia pernah serang SM Mohamad Idris. Bayangkan, Pengerusi CAP (Persatuan Pengguna) pun dia serang.
Dalam tulisan-tulisan di blog, banyak tulisan menyentuh tentang satu individu bernama Hannah Yeoh. Kenapa?
Saya rasa, dia adalah subjek menarik, menggambarkan jiwa ‘DAP baru’.
Maksudnya ?
Dari segi Kristian. Saya nampak saf pimpinan muda DAP ini, yang baru menyertai DAP selepas tahun 2008. Bukan sekadar lambang tetapi sudah seperti satu aliran…
Aliran Kristian?
Ya, aliran pemikiran Kristian.
Seperti anda selalu letakkan foto Hannah Yeoh seorang Kristian tetapi pakai tudung ?
A’ha. Macam sesumpah. Sebab pegangan Kristian dia tu amat kuat tetapi dia berlagak macam ‘muslimah’.
Sedangkan dalam satu acara tu, kalau tak silap saya waktu gereja City Harvest dibuka di Subang Jaya, dia jadi jemputan tetamu khas.
Mungkin ada strategi pakai tudung ?
Saya rasa kalau kita mengunjung ke rumah ibadat, itu cara kita tunjuk hormatlah. Tapi kalau sekadar nak makan kenduri, macam Hannah, dia pakai tudung untuk makan kenduri, itu saya rasa dia kurang ikhlas lah.
Seolah-olah boleh buat apa saja semata-mata untuk memancing undi Melayu.
Kalau kita tengok MCA dengan UMNO yang sama-sama dalam Perikatan sejak tahun 1952, lebih kurang 60 tahun bersama tetapi tak pernah pun kita tengok yang Ketua Wanita MCA menunjuk-nunjuk macam ini.
Dia (Hannah) buat tu terlalu mendadak. Sebab Wanita DAP pun tak buat macam tu kan.
Tapi bukan Hannah seorang saja kan. Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke. Dia kata tak membantah hudud Pas ataupun dia tak bantah Pas menyatakan aspirasinya.
Satu lagi baru-baru ni ada rumah terbuka hari raya di Seremban, program diasingkan jantina. Anthony Loke kata dia tak kisah.
Maksudnya dia sudah macam Hannah, ada pendekatan baru.
Ada pendekatan baru ?
Ok, kalau Pas, mereka janjikan kepada penyokongnya akan laksanakan hudud. Manakala DAP pula, mereka janjikan kepada penyokong mereka sebaliknya iaitu hudud tidak akan dilaksanakan.
Maksudnya kalau kita lihat kesudahannya salah satu parti mesti menipu. Laksana ke tak laksana.
Kalau laksana hudud tu maksudnya DAP tipu penyokongnya. Kalau tak laksana hudud maksudnya Pas yang tipu penyokongnya.
Sebagai satu strategi dapatkan undi ?
Saya rasa, memang undi Cina tu mereka tak dapat tambahkan lagi sampai tahap maksimum. Sekarang ini mereka mahukan undi Melayu, mereka sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan undi itu.
Jadi saya rasa macam Anthony Loke, saya rasa dia boleh kata, DAPsy tak membantah hudud, DAPsy tak membantah keramaian awam jantina diasingkan.
Saya rasa dia cakap macam tu sebab penyokong DAP sudah menghalalkan segala-galanya. Maksudnya kalau pucuk pimpinan DAP nak kata itu, kata ini, semua mereka sokong buta sahaja.
Bila dah dapat kuasa seperti kes kerajaan Selangor ?
Kalau kita ambil kes pawagam. Maksudnya ketiga-tiga parti, walaupun satu Pakatan tetapi akhirnya mereka bertembung sesama sendiri.
Selain bertudung, ada strategi lain DAP nak dapatkan undi Melayu ?
Ada juga perubahan kosmetik. Contohnya DAP tarik masuk Zairil, Aspan. Semuanya nama Melayu kan.
Lim Guan Eng, kalau dia lantik Setiausaha Politik (Setpol) orang Cina pun semua orang tak tahu kan. Tapi bila dia lantik Zairil tu, dia panggil sidang akhbar dan kenalkan ini Setpol saya yang Melayu.
Walhal DAP selalu kata parti mereka bukan parti perkauman. Kalau dia tak titik-beratkan kaum atau bangsa, kenapa dia mesti kata Zairil tu Melayu. Katalah ini Setpol saya, Zairil. Tetapi, dia sebut juga Zairil sebagai Setpol Melayu.
Seperti lantik Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang ?
Saya rasa mereka masih perlukan Anwar sebagai ‘figurehead’
Kenapa penting sangat dapatkan undi Melayu, sedangkan mereka bertanding di kawasan Cina yang pastinya boleh menang?
Saya ingat mereka hendak naik taraf. Sebab kalau dapat undi Cina itu sahaja dikatakan parti perkauman.
Tapi kalau dapat undi Melayu mereka boleh mendabik dada dan menguar-uarkan sekarang ni DAP sudah menjadi parti bertaraf kebangsaan.
Apakah ini trend DAP sekarang ?
Saya rasa mereka ikut rentak Lim Guan Eng dan puak-puak Kristian evangelis.
Pada masa ini, penyokong DAP sudah serahkan sepenuh kepercayaan kepada pucuk pimpinan. Jadi apa yang pemimpin mereka putuskan, akan mendapat sokongan mantap.
Jadi, keadaan ini memberikan DAP kelonggaran untuk berpolitik mengikut rentak mereka.
Maksudnya berpolitik itu dengan sasaran nak menawan Putrajaya ataupun berpolitik untuk menambah undi Melayu. Jadi, semuanya dihalalkan oleh penyokongnya.
Saya ingat kalau baca blog saya, sudah terang lagi bersuluh, saya sudah tulis pendapat saya tentang Lim Guan Eng.
Maksudnya ragu-ragu terhadap kepimpinan Lim Guan Eng?
Yang saya tengok tu secara peribadilah, saya tak suka layanan dia terhadap masyarakat India.
Kes Kampung Buah Pala tu kira sebagai pemangkinlah. Membuka mata. Dia cakap lain tapi bikin lain.
Akan berlaku regime change pada Pilihan Raya Umum ke-13 ?
Saya ingat soalan itu kena tujukan pada SB sebab mereka yang paling tahu kan, mereka turun sampai ke akar umbi. Orang politik ni kadang kala mereka bising sangat kan.
Kita tak tahu apa sebenarnya sentimen yang berlaku pada peringkat akar umbi.
Ok. kalau saya jadi ‘tukang tilik’, saya rasa pengaruh DAP akan memuncak pada PRU 13 ini. Mereka ada momentum..
Saya kira DAP akan bawa gelombang sebab orang Cina dah merasai ok, setakat ni kami amat berjaya. Jadi, mereka yakin akan dapat lebih undi lagi.
Maksudnya, DAP makin dapat kuasa, sebab itu mereka perlukan undi Melayu sebab itu mereka perlukan PAS ?
Mungkin.. tetapi lebih besar kemungkinan, Pas yang akan tinggalkan DAP dulu.
Apa itu ?…Aha kahwin mutaah.
Saya kira apabila Pas sudah cukup terdesak, Pas akan kembali ke pangkal jalan. Maksudnya kembali ke matlamat asal parti itu.. apa yang dikehendaki oleh penyokong-penyokongnya.
Pas itu parti Islam, mahu tak mahu hendak memenuhi aspirasi orang Melayu. Jadi kalau dah sampai ke tahap penghujung jalan, mereka kena pilih juga. Saya rasa Pas akan memilih untuk berpegang amanah dengan masyarakat Melayu.
Adakah masyarakat Cina melihat berpolitik stail DAP itu menguntungkan?
Ada ungkapan Melayu…ya ‘menang sorak kampung tergadai’. Saya rasa orang Cina macam tu, dia menang sorak PRU 13 tapi kepentingan jangka panjang akan tergadai.
Saya rasa, masyarakat Cina akan terus tersisih daripada arus perdana kalau terikut-ikut telunjuk DAP.
Sekarang ni pra PRU, semangat dah berkobar-kobar. Jadi, saya rasa bila dah lepas PRU 13, menjadi titik noktah yang baru.
Dalam jangka pendek, ia menguntungkan DAP sebab DAP dapat banyak kerusi, dapat gelaran YB, dapat portfolio-portfolio.
Anda kata tadi ada agenda Kristian dalam DAP, apakah agenda Kristian ditarget kepada DAP atau PKR?
Dua-dua. Saya rasa kalau nak dibanding di antara DAP dengan PKR, DAP tu sama macam PAS lah.
Dalam politik, sekarang ini DAP sanggup bertongakkan agama. Maksudnya, kalau PAS menjaja Islam, saya rasa DAP ini pula sanggup menjaja Kristian.
Oh..Ini yang anda kata tadi sebagai ‘DAP baru’?
Ya.
Ya.
Adakah Lim Guan Eng sendiri beragama Kristian?
Ha..soalan ini memang menarik. Adakah Guan Eng seorang Kristian? Saya rasa blog-blog lain harus tanya, lontarkan soalan ini ke arena terbuka supaya dia wajib jawab, supaya semua orang dapat tahu.
Sebab sekarang ini dia berselindung. Saya rasa, soalan ini yang paling penting sekali supaya suasana tidak terus keruh.
Teresa Kok sudah terang-terang mengaku Kristian. Yang kita nak tahu, Guan Eng, agama apa? Dah 5 tahun tapi masih samar-samar lagi.
Selanjutnya di http://www.anwaraidc.com/?p=28009
No comments:
Post a Comment