Saturday, 27 October 2012

Bung dan Ghafur sanggup korbankan bontot?






Ketua Penerangannya (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, kenyataan Bung Moktar yang mendakwa tokoh korporat Melayu, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memonopoli semua jenis perniagaan di negara ini menimbulkan rasa hairan dan pelik orang ramai.

"Semua projek yang diperoleh tokoh korporat Melayu itu adalah mengikut prosedur biasa dan telah pun disempurnakan dengan jayanya.

"Jelas sekali, perbuatan Bung Moktar ini samalah seperti cerita ketam dalam bakul yang akan menarik kawan mereka yang lain supaya semua tidak dapat keluar dari bakul," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Bung Moktar dalam sidang Dewan Rakyat kelmarin yang mengkritik Syed Mokhtar dengan menyifatkannya sebagai cuba memonopoli semua jenis perniagaan di negara ini sama ada di darat, di laut mahupun udara.

Sementara itu, Ruslan turut menyindir Bung Moktar yang tidak pula dilihat lantang untuk mempersoalkan projek-projek yang telah diperoleh oleh tokoh korporat lain seperti T. Ananda Krishnan, Tan Sri Vincent Tan, Yeoh Teong Lay,  dan lain-lain.

"Sepatutnya beliau berbangga kerana ada anak Melayu dan Islam yang berdiri sama tinggi dengan bangsa lain dan telah menempa nama dalam bidang perniagaan.

Sambung di Utusan Malaysia sini

Ghafur Salleh pula menimbulkan berkenaan pihak yang tidak ada kena mengena mendapat saham sejuta di Sabah.

Sebelum itu beliau telah mendedahkan satu senarai orang-orang yang dikatakan telah mendapat saham dengan banyak tetapi senarai itu dinafikan tegas oleh Dato Ahmad Maslan. Langsung ditimbulkan pula isu negeri Sabah diberikan 5% tapi ada pula satu orang dapat satu juta di Sabah.

Baca sepenuhnya di Sabahkini sini.

Kalau dah dalam kerajaan, jumpa pihak-pihak berjawab untuk dapatkan jawapan yang lebih terperici. 

Nampaknya Bung dan Ghafur dah mula tunjuk tabiat. Mereka sepatutny amemainkan peranan dalam Backbencher pula nak serang kerajaan atas isu-isu dimainkan pembangkang. Ini macam sengaja nak bantu panaskan isu pembangkang yang dah disejukkan.

Nama mereka berdua memang dah dalam senarai dan persediaan BN untuk lompat. Dah diketahui ada feeler Anwar berjumpa mereka. Malah Ghafur pun sedia jumpa Anwar dan menyuarakan keengganan untuk lompat jika Lajim dijadikan ketua Menteri.   

Hai ... pimpin Sabah ni. Bila nak ada sikap tanggungjawab dan perjuangan? Kalau asyik politik yang lebih teruk dari mana-mana politik dunia ke tiga begini, negeri Sabah tidak akan stabil selama-lamanya dan usahlah mimpi nak maju.

Lihat ke mana-mana pun, negeri yang politik bergolak menghabiskan sumber untuk politik dari memajukan negara dan memewahkan negeri.  

No comments: