Wednesday, 7 November 2012

Batul ka ini Lajim " Under Cover Agen Umno"



Saudara Pengarang,

TINDAKAN UMNO menubuhkan Jawatankuasa Khas Elak Sabotaj Parti ini merupakan satu langkah yang paling baik dan dengan sendirinya mendapat sambutan yang menggalakan di kalangan semua pihak, termasuk ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional (BN).

Memang langkah ini cukup bijak kerana dengan adanya jawatankuasa seumpama itu akan mengekang ahli-ahli UMNO mensabotaj parti semasa pilihanraya umum kerana sudah pastinya ada ADUN dan Ahli Parlimen UMNO yang bakal tersingkir kerana prestasi buruk atau skandal seks, rasuah dan salahguna kuasa yang belum dilepaskan.
Lumrahnya yang tersingkir atau tidak dicalonkan semula akan merajuk dan berkecil hati, lantas mereka akan melakukan sabotaj termasuk menaja atau turun sebagai calon bebas untuk menentang calon Barisan Nasional (BN).

Senario mensabotaj parti sudah menjadi seperti 'PESTA ANGPAU' di Sabah dan telah berlaku pada setiap pilihanraya umum terutama PRU 12 yang lalu (2008) seperti yang diakui sendiri oleh Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong kepada Wartawan Kanan Sabahkini.Net sejurus selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan LDP Tanjung Papat dan Elopura baru-baru ini.

Menurut V.K.Liew, senario ini pernah berlaku apabila mantan ADUN Merotai Tan Sri Liew Yun Fatt tidak dipilih semula untuk bertanding di kawasan Merotai maka lantaran merajuk dan marah lantas bertindak meletakan seorang anggota atau ahli daripada LDP bertanding untuk menentang calon BN.

Disebabkan pucuk pimpinan LDP mengetahui siapa dalangnya, kemudian kedua-dua orang yang terbabit dalam kegiatan mensabotaj parti itu yang dianggap bukan saja membelot kepada LDP, bahkan sekaligus menderhaka kepada Barisan Nasional (BN).

Sabahkini.Net memang sentiasa mengikuti perkembangan dan senario politik Sabah yang kini sedang bergolak di mana-mana parti politik, termasuk parti komponen BN/UMNO dan Pakatan Rakyat.

Beberapa isu yang kini sedang hangat dipertikaikan kerana awal-awal lagi UMNO menerusi Jawatankuasa Khas Elak Sabotaj Parti telah memberi amaran keras kepada keseluruhan ahli UMNO bahawa sesiapa yang telah didapati terlibat mensabotaj parti mereka, akan disingkir serta merta daripada menjadi ahli UMNO.

Sabahkini.Net akan menyelongar dan membongkar serba sedikit isu yang menjadi tandatanya kepada seluruh rakyat di Sabah khususnya kepada ahli komponen parti BN.

Persoalannya, kenapa Datuk Hj Lajim Hj Okin yang keluar dari BN bukan sahaja meletakan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan; bahkah Ketua Cawangan, Ketua Bahagian UMNO, Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional (BN) Beaufort, namun masih kekal sebagai ahli UMNO sehingga diberi surat tunjuk sebab, tetapi masih belum ada sebarang pemecatan dilakukan UMNO.

Kini, sudah terang lagi bersuluh bahawa Lajim sudah mensabotaj UMNO dan BN kerana masih lagi ahli UMNO dan berkempen ke sana kemari menghentam kerajaan BN memburuk-burukan kepimpinan UMNO/BN.

Tetapi ramai hairan kenapa UMNO masih belum mengambil tindakan tatatertib sehingga ramai yang membuat pelbagai tohmahan bahawa Datuk Najib tidak menyingkir Lajim daripada UMNO/BN kerana akan dijadikan 'Under Cover' agen untuk UMNO/BN dalam Pakatan Rakyat.

Adakah tindakan Lajim ini berbuat demikian hanya sebagai gimik politik dan sandiwara semata-mata untuk menarik perhatian rakyat di negara ini, khususnya di Sabah kerana sehingga kini Lajim belum mengumumkan perletakan keahliannya daripada UMNO.

Ramai pembaca Sabahkini.Net yang menghantar email berharap agar senario kedudukan Lajim dijelaskan sebelum menjadi barah di dalam UMNO dan mendorong ramai meninggalkan UMNO dan menjadi ahli dua parti.

No comments: