Tuesday, 5 June 2012


Politik lapuk di pelancaran Amanah Sabah


Pada pukul 3 petang hari Ahad lepas, pada Jun 3, 2012, Tengku Razaleigh telah merasmikan AManah Sabah di Dewan Sekolah Menengah Kian Kok, Likas, Kota Kinabalu.

Majlis yang agak sederhana sambutan telah dihadiri lebih kurang 350 orang. Ianya turut disertai oleh Datok Ong Tee Keat, Datuk Wilfred Bumburing, Datuk Lajim, Datuk Amir Kahar, Datuk Osu SUkam, Datuk Mijul Mahap, Datuk John Ghani, dan Tan Sri Simon Sipaun.

Kehadhiran Dato Lajim menimbulkan pelbagai andaian. Susana para hadirin agak bersahaja kecuali berkaitan isu tuntutan 20 perkara & RCI yang baru diumumkan PM.

Dalam ucapannya, Tengku Razaleigh menyatakan Malaysia selamat, dan tidak perlu beli kapal selam, dan pesawat pejuang. Agak anih dia menganggap perbelanjaan pertahanan sebagai pembaziran tanpa mengetahui kedudukan sekuriti negara dan keperluan pelbagai lagi pertahanan oleh tentera.

Ku Li turut menegur slogan 1Malaysia yang padanya semua benda mahu di 1Malaysiakan dan tidak perlu berslogan. Bukankah slogan demikian membawa satu semangat positif dan bersatu sebagai satu rakyat Malaysia.

Dia menyeru Amanah untuk memainkan peranan untuk menyuarakan pendapat demi rakyat. Seiring dengan itu, dia menuntut supaya tuntutan rakyat Sabah perlu diselesaikan dengan segera oleh kerajaan.

Antara isu yang ditimbulkan adalah supaya royalti minyak dinaikkan dan pendatang tanpa izin ditangani.

Datuk Bumburing yang merupakan hos dan kehadiran penyokongnya dari kaum Kadazan Murut dari kawasan Tuaran, Ramau dan Keningau memberi ucapan alu-aluan.

Katanya, 20 perkara tidak perlu dipolitikkan lagi tetapi dia meminta RCI yang akan dibentuk dibuat serta merta bukan setakat janji PRU. Dia turut menyebut menuntut sistem pilihanraya mesti adil sebagaimana tuntutan BERSIH.

Bumburing ada menyatakan slogan 1Malaysia tidak relevan di Sabah kerana telah lama wujud. Dia memohon Sabah diberi keistimewaan dan kelebihan sesuai sebagai FIxed Deposit untuk BN. Jelas dia tak sedar dan tahu berapa banyak pertambahan peruntukan untuk Sabah.

Dia juga menuntut isu tanah NCR diselesaikan.

Ketika sidang akhbar, Ku Li menyentuh bahawa peranan dan tujuan AMANAH bukan untuk menentang kerajaan. Tetapi isu yang ditimbulkan agak bernada politik lapuk pembangkang. Dia seolah mempersenda kepimpinan PM dalam ucapannya tadi

Sementara Datuk Lajim membidas kenyataan Datuk Salleh Said Keruak berkaitan isu 20 perkara. Pandangan Salleh yang agak peribadi dan perbincangan polemik itu dibalas agak keras dengan nada oleh bekas ahli kabinet ini.

Dia memberi masa hingga Jun 5hb 2012 meminta maaf. Sekiranya tidak, beliau akan kumpul NGO-NGO untuk hantar memorandum bantahan kepada PM. Nampaknya beliau sudah mula mengompangkan nada SPF.

No comments: