Sunday 20 November 2011

13 MILITAN BERBAHAYA KEPADA MALAYSIA


Written by Admin
Sunday, 20 November 2011 01:24


MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah awal minggu ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.

Menurut beliau, kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing ‘tidak takut mati’ dan ‘mahu mati jihad’ amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara.

"Kumpulan ini tidak takut mati dan sememangnya mereka mahu mati dalam jihad," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama pemimpin Parlimen Semberong di Felda Bukit Tongkat, Johor, Sabtu.

Beliau yang juga anggota Parlimen Semberong menyifatkan isu penahanan 13 individu terbabit sebagai ‘amat serius dan berkata, pada ketika ini mereka sedang ditahan di pusat tahanan di Tawau.

Hishammuddin juga mendedahkan, operasi penahanan 13 individu yang dilaksanakan oleh unit khas anti keganasan polis turut menemui sejumlah besar senjata api dan bahan letupan.

"Ada (senjata yang ditemui), bukan sedikit dan senjata itu dari (negara) luar," katanya, membuktikan kumpulan individu itu amat berbahaya.

Menteri Dalam Negeri itu turut mendedahkan operasi yang dilaksanakan oleh 13 individu yang ditahan tersebut melibatkan tiga buah negara, tetapi beliau tidak mendedahkan ketiga-ketiga negara terbabit.

Beliau juga berkata, kumpulan terbabit juga menjadikan beberapa tempat dan individu sebagai sasaran mereka.

"Ia melibatkan tiga negara, dengan ada negara tertentu di mana mereka mendapatkan latihan ketenteraan, ada negara dijadikan tempat perancangan dan ada negara di mana tempat serta individu tertentu dilihat sebagai sasaran mereka," katanya.

Dua hari lepas, Hishammuddin berkata beliau ke Indonesia untuk melihat dengan lebih dekat tentang rangkaian kumpulan ini di Malaysia dan negara-negara jiran.

Katanya, Kementerian Dalam Negeri akan memerangi sebarang kegiatan keganasan secara bersungguh-sungguh dan tidak mahu ia dipolitikkan.

Dalam pada itu, Hishammuddin turut membidas Suruhajaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab apabila mendesak supaya 13 individu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Isnin lepas dibebaskan.

Beliau berkata, Suhakam tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu tanpa mengetahui tentang latar belakang dan fakta tentang kesemua mereka yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah.

"Membuat kenyataan tanpa mengetahui latar belakang dan fakta, dan hendak membebaskan mereka yang cukup berbahaya itu adalah cukup tidak bertanggungjawab oleh Suhakam," katanya.

Hishammuddin menasihatkan pihak Suhakam supaya berjumpa dengannya terlebih dahulu di mana kementerian bersedia berkongsi maklumat tentang penahanan individu itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam yang menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya membebaskan 13 individu yang ditahan itu.

Hasmy di dalam kenyataan itu melahirkan rasa terkejutnya tentang tindakan menahan 13 individu itu termasuk enam warga asing di bawah ISA dan menyatakan ia bertentangan dengan hasrat kerajaan untuk memansuhkan akta terbabit.

Menurutnya, Suhakam mahu kesemua mereka itu di hadapkan ke perbicaraan terbuka dan diwakili peguam.

Hishammuddin berkata, kenyataan Suhakam itu juga menimbulkan tanda tanya sama ada mereka benar-benar bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan oleh rakyat untuk memikul tugas mereka.

"Jikalau mereka betul cuba membebaskan (13 individu) tanpa soal siasat dan tanpa mengetahui fakta, biarlah rakyat yang menilainya sendiri ke mana arah Suhakam pada masa ini," katanya.

Katanya, isu mengenai penahanan 13 individu itu tidak harus dipolitikkan dan ini kerana ISA hanya spesifik digunakan untuk tujuan memerangi keganasan dan tidak untuk tujuan politik.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, negara seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara lain yang sering bercakap tentang hak asasi manusia juga mempunyai undang-undang menangani keganasan seperti Patriot Act dan Anti-Terrorism Act. (BERNAMA)


10 AKTIVIS ISLAM SABAH DI TAHAN DI BAWAH ISA

Written by Admin
Wednesday, 16 November 2011 09:10

Oleh : MOHD AMINUDDIN ALING

MASYARAKAT seluruh Tawau tergempar dengan berita penangkapan 10 pendakwah dan aktivis Islam di Tawau pada hari Isnin 14 November 2011.

PAS Sabah mohon supaya pihak polis mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan kedudukan sebenar supaya berita ini tidak disalah tafsir dan akan menimbulkan pelbagai sangkaan buruk terhadap setiap orang yang ditangkap.

Tangkapan pendakwah dan aktivis Islam dengan perbagai profesion tersebut dilakukan oleh pegawai-pegawai polis dari Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman diketuai oleh DSP Azman bin Omar. Keluarga/Waris orang yang ditangkap dimaklumkan sehari kemudian yang mereka ditangkap di bawah Seksyen 73 (1) AKDN 1960 (ISA).

Penangkapan tanpa waran, tanpa notis atau dimaklumkan dilakukan di hadapanisteri dan anak-anak terlalu tragis. Situasi ini dilakukan oleh pihak polis yang lengkap bersenjata dengan cara yang kasar bagai satu rompakan dan dirampas beberapa komputer riba (laptop) dan sejumlah wang tunai.

Baru sahaja Perdana Menteri menghebahkan dengan gahnya bahawa ISA akan dimansuhkan kini kelegaan rakyat dikejutkan dengan tangkapan ISA. Di manakah kesungguhan Perdana Menteri,? Jujurkah beliau semasa membuat kenyataan pamansuhan ISA? Kini AKTA ISA yang ’draconian’ (mengerikan) itu menjelma kembali.

NOTIS....Notis tangkapan ini diserahkan kepada keluarga mangsa.

Antara yang ditangkap adalah pendakwah yang disegani di seluruh Tawau. Apakah tangkapan ini menunjukkan sikap ’bengis’ kerajaan (UMNO-BN) terhadap kerja-kerja Islam? Masyarakat yang sakit moral kini sangat perlukan pendakwah kenapa mereka ditangkap. Anehnya pembawa punca keruntuhan akhlak dan moral dibiar berleluasa. tanpa tindakan yang proaktif.

PAS Sabah sangat dukacita dan kesal terhadap tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan yang akan menyebabkan porak-poranda kepada seluruh keluarga orang-orang yang ditahan dan sekali gus memberi kesan atau impak yang negatif terhadap masa hadapan anak-anak mereka.

PAS Sabah menuntut, supaya semua tahanan tersebut dibebaskan serta merta tanpa syarat.

(NOTA : Mohd. Aminuddin Aling ialah Pesuruhjaya PAS Sabah)


Sunday 13 November 2011

Tony Pua berjaya jadikan Melayu barua?

SATURDAY, NOVEMBER 12, 2011


Melayu sanggup jadi barua kerana Tony!
DALAM masa mereka menyerang Melayu tentang isu National Fedlot Corporation,Melayu dalam pembangkang seperti Nurul Izah,Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli dan bertemankan seorang Cina DAP iaitu Tony Pua terus menyerang satu lagi sasaran kedai yang kerajaan bina khusus untuk orang-orang Melayu berpendapatan rendah atau sederhana berbelanja.

Mereka menjadikan Kedai Rakyat 1Malaysia sebagai agenda politik dengan menaburkan segala fitnah serta dakyah-dakyah palsu bagi menghalang orang-orang Melayu untuk membeli segala barang keperluan di kedai tesebut dan tindakan kumpulan Melayu yang bertuankan Cina ini membuktikan bahawa mereka lebih memikirkan tentang kuasa dan politik semata-mata dan mahu membunuh Kedai Rakyat 1Malaysia itu.

Mengapa mereka tidak pilih kedai Ah Chong ataupun kedai milik Maniam dan mengapa Kedai Rakyat 1Malaysia ini menjadi agenda? Mereka sudah ada kebimbangan dalam diri bahawa kedai ini mampu memberikan saingan kepada ledai-kedai milik Cina ataupun India yang selama ini mendominan perniagaan runcit ataupun borong.

Kedai Rakyat 1Malaysia inilah tempat orang-orang Melayu dapat merasai harga yang cukup murah kalau mahu dibandingkan dengan pasaraya-pasaraya besar.Disinilah tempat orang melayu beli kicap,sardine,susu dan berbagai lagi dengan harga terendah yang ditawarkan. Jadi mengapa Melayu-Melayu ini menghinatai kedai ini/ Berapa ramai orang mati kerana beli barangan di kedai ini?

Saifuddin sanggup jadi barua Cina dan India..
Kalaulah isu ini diperjuangkan oleh DAP,kita tidak pelik kerana sebagai sebuah parti yang berorintasikan keCinaan, tindakan mereka itu adalah untuk menyelamatkan perniagaan rakan-rakan mereka namun bila ada melayu-melayu bangsat seperti Nurul izah,Saiduddin dan rafizi ini terlibat, membuktikan bahawa mereka Melayu yang sedia membunuh melayu demi kepentingan politik mereka.

Mereka sanggup menipu resit pembelian,membuat perbandingan harga yang tidak logic dan terbaru mereka sanggup menuduh bahawa ada barangan yang dijual dalam kedai Rakyat 1Malaysia itu tidak baik dan selamat untuk kesihatan sehingga mereka sanggup bawa ke makmal untuk ujian.

Akhirnya Nurul Izah pun barua!
Kita pun terkejut bilamasa pula Nurul Izah percaya dengan hasil kajian makmal sedangkan jelas airmani bapanya yang disahkan oleh makmal yang dokaji serta diputuskan oelah pakar-pakar telah ditolaknya tetapi tiba-tiba dia menerima pula kajian yang dibuat oleh makmal yang mereka rahsiakan.Nampak sangat betapa jahatnya niat mereka ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menafikan dakwaan Tony Pua yang mendakwa harga produk 1Malaysia di kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) lebih mahal berbanding harga di pasar raya tempatan.

Ismail Sabri Yaakob berkata dakwaan pembangkang itu merupakan sesuatu yang tidak berasas kerana pembangkang tidak membandingkan harga produk KR1M dengan harga barangan produk berjenama sedia ada.

"Sebaliknya pihak pembangkang membandingkan harga produk KR1M dengan jenama persendirian dari pasar raya Carrefour Big Savers yang sememangnya berbeza sama sekali.
"Sebarang perbandingan harga mestilah dibuat mengikut kaedah 'apple to apple' atau pun barangan yang benar-benar sama sahaja baik dari segi berat, pembungkusan, dan yang paling utama adalah kualilti," katanya.
Namun jawapan daripada Menteri terus mereka ini putarbelitkan dan mereka tetap tidak mahu rakyat mengetahui perkara sebenar.Bagi mereka,alang-alang menipu biar terus menipu dan inilah slogan barua-barua Cina DAP ini untuk mereka terus hidup dalam gelanggang poltik masa kini.
Melayu-Melayu keparat ini sebenarnya mahu membunuh kemudahan harg-harga murah yang kerajaan mahu berikan kepada rakyat dan tindakan mereka mempersoalkan dan membuat perbandingan serta tuduhan palsu itu secara tidak langsung menjelaskan kepada kita sikap sebenarnya atau betapa prejudisnya mereka ini kepada bangsa sendiri.
Mereka sanggup tipu harga untuk khianati KR1M
Mesikupun Tony Pua hanya sekali bercakap tetapi barua-barua DAP seperti Nurul Izzah dan Saifuddin ini menyerang Kedai Rakyat 1Malaysia tanpa segan silu.Kita tidak pelik dengan sikap Nurul Izzah kerana beliau telah membuktikan untuk beliau dan bapanya bernyawa dalam politik, dia sanggup apa sahaja termasuklah mencuci najis Cina-Cina DAP ini tapi bila mengenang Saiffudin sejak tidur sebantal dengan pembangkang, beliau semakin lupa asal usulnya.Darah yang mengalir dalam dirinya bukan lagi darah Melayu..!
Dan kita kena bersetuju bahawa Melayu akan terbunuh bukan ditangan bangsa asing tetapi di tangan bangsa sendiri.Sebab itulah bersungguh-sungguh Saifuddin,Nurul Izah dan Rafizi menggerakan agenda untuk membubuh racun dalam kehidupan orang Melayu supaya Melayu lagi cepat dibunuh dan biarlah bangsa asing menguasai segalanya di negara ini.

SUNDAY, NOVEMBER 13, 2011

Kalaulah Sampai Ajal Hadi Awang Malam Ini (?)

Bukan mempertikaikan gambar Mat Sabu dalam majlis yang dihidangkan arak, cuma membayang betapa ketokohan pemimpin itu penting supaya dihormati.

Dengan tersemat rasa hormat, saya yakin penganjur tidak akan menghidangkan arak jika yang diraikan ialah TG Hadi Awang mahupun TG Nik Aziz.

Sebaliknya, oleh kerana penganjur tahu yang Mat Sabu seorang 'cincai' maka tidak wujud rasa hormat itu. Malah inilah beban yang harus ditanggung oleh PAS, lantaran secara 'cincai' juga memilih pemimpin.

Bayangkan kalaulah sampai ajal Hadi Awang malam ini, apa akan jadi pada PAS?


FRIDAY, NOVEMBER 11, 2011

Fakta Yang Wajib Semua Ahli PAS Tahu - 'Your Bosses Were Being Fooled On April Fool'



Haji Anwar sebenar bukan temberang. Dia betul apabila mengatakan bahawa 'Hudud' tidak dibincangkan dan diutamakan dalam Pakatan Rakyat.

Perlu diingat bahawa Pakatan Rakyat hanya wujud selepas PRU12 dan diisytihar secara rasmi bersempena haril April Fool 2008. Justeru itu, tidak hairan kalu PAS telah jadi mangsa bloody fool DAP dan PKR.

Merujuk kepada kes Selangor dalam pra PRU12, hanya PAS dan PKR yang mengeluarkan manifesto bersama atas nama Barisan Alternatif, melalui inisiatif Pesuruhjaya PAS Selangor dan Pengerusi PKR Selangor ketika itu, yang masing-masing dipegang oleh Dato' Dr Mohd Hasan Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Persefahaman dengan DAP hanyalah dalam penentuan kerusi dalam memastikan pertembungan 1 lawan 1 dengan Barisan Nasional.

Tertubuhnya Pakatan Rakyat adalah tidak lain semata-mata untuk penubuhan kerajaan negeri yang dalam kedudukan tidak ada sebuah parti pun yang mempunyai majoriti, khususnya dalam kes Perak dan Selangor. Dalam pada itu, untuk kedua-dua buah negeri tersebut BN mempunyai kerusi yang paling banyak, berbanding dengan PAS, DAP dan PKR.

Motif utama penubuhan Pakatan Rakyat yang ditubuhkan bersempena denganApril Fool itu, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menghalang BN dari terus berkuasa di Perak dan Selangor. Oleh yang demikian, ideologi bersama adalah perkara nombor 2, sebaliknya mendapatkan pemerintahan di 2 negeri berkenaan adalah perkara utama.

Cuba kita imbas kembali perlancaran Buku Jingga dan konsep Negara Kebajikan oleh PAS, menjelaskan kepada kita satu bentuk meredakan ketegangan ideologi antara 3 parti berkenaan, lantaran ideologi antara DAP dan PAS khususnya yang saling bertentangan. Cuma yang menyelamatkan mereka adalah 'talam dua muka' PKR yang membolehkan 2 parti ini dapat terus berkongsi bantal di atas katil yang penuh dengan pepijat yang disediakan oleh PKR.

Berbalik kepada isu 'Hudud', PAS janganlah berangan-angan untuk ianya diterima oleh DAP dan 'talam dua muka' PKR. Justeru, dalam kenyataan Pesuruhjaya PAS Johor Dato' Dr Mahfodz Mohamad yang menempelak Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim diatas kenyataannya yang 'Hudud' tidak dibincangkan dalam Pakatan Rakyat, kepada ketua komuniti dan Dewan Perniagaan Cina di Subang Jaya, hanyalah satu perkara yang membuang masa.

Hakikat yang Dr Mahfodz dan semua ahli PAS perlu tahu ialah the leaders of PAS were being fooled by Anwar Ibrahim on April Fool 2008! Oleh yang demikian, anda tentu sudah mengenalpasti dari sumber kekuatan mana Negara Islam dapat terdiri dan sokongan puak mana yang membolehkan perlaksanaan hudud di negara ini? Jawapan anda bergantung kepada betapa rasionalnya pertimbangan anda.

InsyaAllah!