Saturday, 26 May 2012


Ada siapa-siapa yang faham? Sila bantu..


Kalau ada yang "mahir politik" tolonglah berikan buah fikiran, apa sebenarnya yang hendak disampaikan oleh politikus ini. Aku tak faham langsung apa makna semua ini. Hairan, ajaib, terkejut dan terkedu...

Nik Aziz ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat 
Agung Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markas Tarbiyah Pas
 di Kuala Ibai


Ada SYARAT untuk satukan kaum muslimin... ?  Hah.. demam otak aku memikirkannya.

Tolonglah bantu untuk memahami apa sebenarnya yang berlaku. Apa sebenarnya yang mereka hendak? 

Islam Diutamakan???


Setelah semua pihak rasa teruja dan gembira, tetiba ... tak semena-mena seperti menarik balik tawaran.. adakan syarat pula. Mungkin pada masa kini rakan bukan Islam (DAP) lebih diutamakan berbanding Islam. Agaknya lah.. Betulkan aku jika tersilap.

Nik Aziz: Terima PR jika mahu kerjasama Pas

W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN
19 Mei 2012


KUALA TERENGGANU – Umno perlu bersedia untuk menerima parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR) - PKR dan DAP sekiranya masih memasang niat untuk menjalin kerjasama politik dengan Pas.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Umno wajar menerima ketiga-tiga parti dalam PR memandangkan Pas bukan lagi berseorangan ketika ini dan keputusan perlu dibuat bersama PR.

Bercakap kepada media di sini, beliau bagaimanapun tetap dengan pendiriannya supaya Umno menukar dasar parti itu terlebih dahulu sebelum mengadakan sebarang usaha ke arah penggabungan antara dua parti.

“Saya sebut lama dah. Kalau Umno nak bersatu, parti itu perlu menukar dasar kebangsaan kepada Islam. Ia bukan keputusan seorang tetapi kena buat secara rasmi (bersama PR). Umno (perlu) tukar dasar daripada kebangsaan kepada Islam secara rasmi.

“Kedua, Umno kena terima Pas sekali dengan pakatan kerana kami sudah ada Pakatan dan Pakatan tidak buat khianat kepada kami. Maka lepas kami (Pas) bersatu dengan Umno dan selepas Umno ubah dasar dia, barulah boleh bersama dengan pakatan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Ibai di sini, hari ini.

Turut hadir Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu, timbalannya, Datuk Tengku Hasan Tengku Omar dan pimpinan Pas peringkat kawasan.

Terdahulu, Nik Aziz turut mengulangi kenyataan yang pernah dibuat beberapa kali sebelum ini bahawa mengundi Barisan Nasional (BN) tidak akan masuk syurga.

Jelasnya, BN bukan parti yang berteraskan Islam, sebaliknya membawa unsur nasionalisme yang tidak diajar oleh Nabi Muhammad.

“Undi BN tidak undi Islamlah. Dasar BN dasar kebangsaan. Kebangsaan tidak boleh bawa manusia ke syurga kerana kebangsaan ini bukan ajaran Nabi Muhammad saw,” katanya.

Sementara itu ditanya mengenai muzakarah, Nik Aziz memberi respon positif terhadap perkara itu dan menjelaskan ia lebih baik dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Nik Aziz sebelum ini pernah melahirkan syukur terhadap respons yang baik daripada Umno khususnya Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan persetujuan mengadakan pertemuan bersama Pas. 


Muzakarah platform terbaik, kata Mufti Perak

HASLINA KAMALUDIN
20 Mei 2012




Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria

SHAH ALAM - Muzakarah antara Pas dan Umno perlu disegerakan dan tidak perlu ditangguhkan jika ia bertujuan demi kebaikan semua pihak terutama umat Islam.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, muzakarah adalah satu platform terbaik untuk meneliti dan menyelesaikan pelbagai masalah.

“Jangan melengah-lengahkan sesuatu yang baik. Jika tidak, ia mungkin akan melahirkan keadaan lebih parah. Segerakan perkara ini dan jangan tunggu hingga selepas pilihan raya,” kata beliau yang pernah menggerakkan inisiatif kerjasama politik Pas-Umno selepas Pilihan Raya Umum ke-12 empat tahun lalu.

Dalam perkembangan terbaru kelmarin, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau bersyukur apabila Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan persetujuan mengadakan pertemuan untuk memperbetulkan keadaan parti dan masyarakat.

Bagaimanapun, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pertemuan tersebut hanya akan dilakukan selepas Umno membetulkan sistem pilihan raya kerana beranggapan Umno tidak ikhlas dalam pertemuan tersebut.

Dalam pada itu, penganalisis melihat Pas seperti menghidup dan mematikan peluang bermuzakarah kerana menyedari dan bimbang Umno akan mendominasi sesi perbincangan itu nanti.


Usah ada agenda tersembunyi, Umno ingatkan Pas

SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI
19 Mei 2012

BAGAN DATOH - Pas ja­ngan ada agenda politik tersembunyi berhubung isu muzakarah.

Itu peringatan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang lebih rela cadangan bersemuka dua parti itu ditangguhkan jika ada pihak yang tidak ikhlas.

“Ikhlas paling penting. Jika tidak ikhlas, lebih baik tangguh (muzakarah),” katanya.

Bagi Ahmad Zahid, jika ikhlas, tidak perlu ada had waktu untuk bermuzakarah, sama ada sebelum atau selepas pilihan raya.

“Ini agenda agama, bukan politik. Agenda agama tidak sepatutnya dipolitikkan, jadi jangan kira soal pilihan raya,” katanya.

Dalam keadaan sekarang, kata Ahmad Zahid, apa yang perlu diberi fokus ialah isu perpaduan umat Islam, memartabatkan Islam dan meningkatkan darjat umat Islam.

Beliau turut menjelaskan bahawa Umno sentiasa bersikap terbuka terhadap apa sahaja usaha yang menjurus ke arah perpaduan umat Islam di negara ini.

Sehubungan itu, katanya tidak timbul keraguan sama ada parti itu tidak faham atau tersalah faham isu muzakarah yang dicadangkan oleh Pas.

“Umno sentiasa bersedia. Itu sikap kita. Kita pandang positif pada setiap usaha ke arah perpaduan umat Islam. Siapa saja yang hendak bermuzakarah, kita terima termasuk Pas.

Pintu kita sentiasa terbuka. Lebih penting, kita tidak letak sebarang syarat untuk tujuan itu,” katanya.

SINAR HARIAN


Apa semuanya ini? Inilah agaknya yang dikatakan najis DEMOKRASI... bla... bla... bla... 

Seperti ada tangan ghaib berjaya ambil kesempatan mengubah suasana. Memang membingungkan.

Berikan pandangan anda, adakah mungkin Melayu/Islam akan dapat bersatu semula atau akan terus berpecah belah? atau... Menjadi juadah bukan Melayu/Islam seperti yang diatur Yahudi?

No comments: