Wednesday, 3 April 2013

APA AGENDA ANWAR DAN GAPARI KITINGAN PASAL AUTONOMI SABAH?


AIDCNews – 02/04/13 – Laman rasmi anwaribrahimblog.com melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berforum di atas tajuk “Kembalikan Autonomi Sabah” di Hotel Megah D Aru, Tanjung Aru pada pada 12 Februari 2013.
Turut berforum bersama Anwar adalah tokoh yang diagung-agungkan sebagai ‘pakar perlembagaan’, Profesor Dr Aziz Bari dan dua tokoh PKR tempatan, Tamrin Jaini dan Ansari Abdullah.
Anwar dilaporkan berkata, “”Autonomi adalah polisi yang digubal. Dan siapakah pihak yang boleh memutuskan untuk memberikan kuasa autonomi? Ia adalah Kerajaan Persekutuan. Dan bukannya parti berasaskan tempatan.”
Pengasas Parti Reformasi Sabah (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan membidas kenyataan Anwar itu sebagai cubaan untuk mengekalkan Sabah tunduk kepada Kerajaan Persekutuan.
“Mereka (rakyat Sabah) kini tahu bahawa apabila Persekutuan telah ditubuhkan, (bekas Perdana Menteri) Tunku Abdul Rahman berjanji dalam tiada tempoh yang tidak menentu bahawa kita akan menjadi rakan kongsi yang setaraf dengan Malaya dan Sarawak.
“Ini bermakna kita tidak sepatutnya tunduk kepada Malaya dalam apa jua cara,” katanya.
Jeffrey yang juga bekas Naib Presiden PKR berkata parti-parti tempatan mempunyai kekuatan untuk
menjana kekuatan dan memaksa Kerajaan Persekutuan untuk bertindak balas secara positif terhadap permintaan rakyat.
Namun berbeza dengan pandangan ‘Kesultanan Sulu’ di mana portal Filipina, manilatimes.net melaporkan pencerobohan tentera bersenjata ‘Kesultanan Sulu’ ke Lahad Datu bermula sejurus selepas janji Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk memberi kuasa autonomi tersebut.
“Pencerobohan ini berlaku sejurus selepas bekas pemimpin Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pemimpin de facto Pakatan Rakyat mencadangkan Sabah akan diberikan autonomi, lapor manilatimes.net dalam tajuk “AFP mum over sultanate’s Sabah intrusion pada 16 Februari 2013.
Jumpa ‘Sultan Sulu’
Dalam perkembangan lain, news.abnxcess.com memetik kenyataan Jeffrey yang mengakui telah bertemu dengan salah seorang daripada Sultan-sultan Kesultanan Sulu, Datu Muedzul Lai Tan Kiram, pada awal bulan Julai tahun lepas.
Namun Jeffrey menafikan beliau adalah sekutu politik Anwar Ibrahim.
Tausug Global mempersoalkan motif pertemuan Jeffrey dengan Muedzul Lai Tan Kiram kerana ‘Sultan Sulu’ itu merupakan raja yang lantang memperjuangkan pengambilalihan semula Sabah dari Malaysia.
“Dr Jeffrey Kitingan telah berjaya bertemu dengan Sultan Muidzullail T Kiram ? Apakah sebenarnya motif Dr Jeffrey bertemu Muidzullail?
“Kalau Dr Jeffrey bertemu Muizdullail hanya kerana mengharapkan keajaiban “Keluarkan Sabah dari Malaysia” maka beliau secara automatik memihak kepada tuntutan Filipina dan memusuhi Tausug, “lapor Tausug Global.
Tausug Global juga turut memuatkan foto pertemuan Jeffrey-Muedzul Lail Tan Kiram yang disiarkan oleh ‘Philippine Sabah Claim Forum‘, satu organisasi dari Filipina yang aktif berkempen untuk mengambil semula Sabah dari Malaysia.
Menurut Tausug Global lagi, Muedzul Lail Tan Kiram juga berminat untuk bergabung dengan Nur Misuari, Ketua MNFL (Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro) yang berusaha menuntut Sabah apabila kecewa dipinggirkan daripada rundingan damai MILF dengan kerajaan Filipina.
Selain Muedzul Lail Tan Kiram, seorang lagi yang mengaku menjadi Sultan Sulu adalah Fuad Kiram, juga pernah didampingi Nur Misuari.
Menurut portal berita Philippines Daily Inquirer, Fuad Kiram dan Muedzul Lail Tan Kiram adalah sepupu kepada Jamalul Kiram III.
Sabah Claim Society
Sabah Claim Society yang ditubuhkan pada 15 Julai 2011 adalah organisasi induk yang berkempen untuk mengambil semula Sabah melalui kempen-kempen di laman soasil, Philippine Sabah Claim Forum.
Organisasi yang mendakwa sebagai ‘prajurit’ Filipina itu dengan keahlian seramai 6,000 ahli mendakwa Sabah boleh diambil dari Malaysia dengan menggunakan pengaruh ‘Kesultanan Sulu’
Organisasi itu juga turut mengiktiraf Muedzul Lail Tan Kiram sebagai Sultan Sulu dan Borneo Utara (Sabah).
sijil pengiktirafan Muedzul-lail T Kiram yang disiarkan di sabah-claim-society.blogspot.com/
Turut disiarkan adalah foto – foto yang ada kena mengena dengan Muedzul Lail Tan Kiram, termasuk foto yang dianggap sebagai bapa saudara “Sultan’ Muedzul iaitu Agbimuddin “Puing” Kiram, Jamalul Kiram III, and Esmail Kiram II, tiga tokoh yang bertanggungjawab melakukan pencerobohan di Lahad Datu.
Turut disiarkan adalah foto “Sultan’ Muedzul sedang memberi pingat kepada LtColonel Romulo D. Quemado, Commander of the Philippine Marines Battalion Landing Team 2, Jolo dan foto beliau bergambar dengan
Ketua Staff pasukan bersenjata MNLF, Jeneral Haji Gajer Saddaramil.
Lebih menarik lagi, sabah-claim-society turut menyiarkan foto Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim dalam artikelnya bertajuk “Kuala Lumpur to put Filipino Tausugs on trial for Sabah ‘incursion‘” sebagai berita utama pada 27 Mac 2013.
Walaupun tajuk dan isi kandungan membincangkan persoalan rakyat Tausug yang sedang dibicarakan di mahkamah Sabah, namun gambar Anwar Ibrahim menjadi fokus berita tersebut.

No comments: