Wednesday, 3 April 2013

KALAU NAMA DIJUAL ATAU DIJAJA, SAMAN MALU SAJA BAH KALAU PERKASA BERANI LAAA.























TAWAU: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) daerah Tawau tidak terlibat dalam kes tuntutan saman RM100 juta oleh penghuni projek perumahan (PPR) Taman Sri Titingan terhadap Majlis Perbandaran Tawau (MPT), September tahun lepas.

Demikian menurut Pengerusinya, Fadzil Othman yang menafikan sekeras kerasnya penglibatan mereka dalam kes tuntutan saman membabitkan 337 penduduk PPR atas kejadian penemuan mayat dalam tangki air di taman perumahan tersebut.
Menurutnya, kes tuntutan itu telah didalangi oleh mantan YDP Perkasa Sabah, Mohd Jeffry Rosman atas kapasitinya sebagai YDP Perkasa Sabah ketika itu.

“Perkasa pusat tidak pernah memberi restu di atas tindakan peribadi Jeffry tersebut dan beliau menggunakan kuasanya sendiri dan atas pertimbangannya sendiri,” katanya.

Katanya, kes tuntutan saman berkenaan tidak pernah dibawa ke mesyuarat PERKASA Negeri mahupun Pusat untuk dibincangkan.

“Jawatankuasa Perkasa Daerah Tawau berpendapat permasalahan yang timbul boleh diselesaikan di meja rundingan tanpa melibatkan pihak ke tiga dan tindakan yang boleh mencetuskan ketidakharmonian,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, Perkasa Tawau menasihatkan penduduk taman perumahan Sri Titingan tidak terpengaruh dengan janji-janji manis pihak tertentu demi kepentingan peribadi mereka dalam menangani masalah ini.

“Kita juga menasihatkan kepada mereka yang terlibat atau penduduk taman perumahan berkenaan menarik balik saman yang dikemukakan,” katanya.

Pihaknya berpendapat, penduduk taman perumahan tersebut harus bersyukur atas keprihatinan wakil rakyat Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan pihak MPT yang telah mengganti saluran paip air dan tangki baru bagi blok yang terlibat.

Sementara itu katanya, pihak Perkasa Tawau akan sentiasa memberi kerjasama dan komitmen sepenuhnya kepada semua agensi kerajaan bagi mewujudkan keamanan dan kesejahteraan kepada penduduk daerah ini.

No comments: