esok adalah hari terakhir kempen pru 13. insyaallah keputusan
pilihanraya bakal kita ketahui beberapa jam selepas tempoh pengundian
di tutup.
pru 13 merupakan katalis politik yang menggerunkan, ertikata kata
lain ini adalah hidup mati politik sebuah parti.
pada tahun 1999, umno hampir tergugat dek kerana melayu pada
waktu itu terpesona dengan laungan reformasi.
dikala bayangan para penyokong yang mengkehendaki selangor
tumbang ( atas alasan reformasi berlaku di lembah klang) sebaliknya
keputusan luar jangka yang berlaku.
trengganu di bawah pemerintahan wan mokhtar tumbang dan
digantikan dengan pemerintahan pas.
manakala kedah pula terpaksa bermain dengan keputusan 50/50,
sesuatu yang tidak pernah dibayangkan oleh penyokong pas di sana.
jelaslah, adakala ekspetasi dan jangkaan politik TIDAK SEMESTINYA
akan berlaku pada sebarang keputusan pru.
trengganu pernah diperintah pas pada 1999 hingga 2004.
dikala sewajarnya politik dasar diimplementasi dengan janji dipenuhi,
sayangnya pemerintahan pas trengganu lebih fokus kepada penyelesaian
politik ALA CERAMAH.
konsep sebegini pada sekitar era reformasi memang mendatangkan
sokongan populis.
namun setelah 15 tahun berlegar dalam suasana sebegini, aku berkeyakinan
ide politik ceramah sebegini tidak mendatangkan keputusan kepada
pengundi untuk memilih parti lagi.
implementation adalah penting.
dengan kata mudah, cakap perlu serupa dengan bikin.
2008 menyaksikan keputusan penuh luar jangka.
BN di kerusi parlimen menang 140 dan selebihnya adalah pembangkang.
keterujaan anwar mahu menarik lompat 30 ahli parlimen untuk menubuh kerajaan lompat tidak menjadi.
kepada peminat dan pengkaji politik ia adalah mengejutkan.
mengejutkan kerana hampir kesemua pihak yang terlibat dalam
proses undi dan kelompok penggerak menyatakan undi sabotaj
kepada BN.
november 2007 masyarakat india marah pada MIC.
mereka marah kepada MIC pada waktu itu adalah arrogant dan
menongkat langit.
wujudnya hindraf kemudian adalah keputusan protes mereka
terhadap kealpaan MIC.
dari mula protes kecil ianya kemudian membiak kepada demonstrasi
jalanan besar di hadapan pejabat kedutaan britain di kuala lumpur.
ianya memuncak apabila berlakunya demonstrasi mendengar
keputusan mahkamah di klang yang melepas dan membebaskan
6 pemimpin hindraf.
anwar hadir pada waktu itu. begitu juga dengan kit siang.
seluruh kelompok pembangkang memanipulasi situasi protesan
masyarakat india.
hasilnya undi masyarakat india telah beralih kepada pembangkang.
di saat orang india protes terhadap BN, datang pula bahana bilamana
kelompok umno pula sabotaj pada calon. pemilihan calon oleh umno mendatangkan rasa tidak puas hati jentera dan bahagian.
namun dalam menilaikan keputusan KENAPA bn hampir tumbang
pada 2008 adalah kerana faktor rakyat.
rakyat telah melakukan protes kepada BN kerana BN tidak faham
protes melata yang berakar di kalangan rakyat.
keputusan telah kita ketahui. 2008 BN hampir tumbang adalah
kerana faktor kelompok besar pengundi melakukan protes.
diantara pihak yang tiga ( hindraf,jentera umno dan rakyat) adalah
diputuskan bahawasanya kelompok jutaan pengundi dari rakyatlah
yang menyebabkan BN hampir kehilangan kuasa.
kerana apa semua ini berlaku ?
ianya berlaku kerana protes. protes yang melibatkan poket rakyat.
anda paham protes poket ? ianya terminologi pada ide kos sara hidup dan barangan yang meningkat.
rakyat nak ajar BN erti kuasa undi.
rakyat nak BN paham makna faham kesusahan rakyat.
jerit perit poket rakyat. dan segalanya.
kerana faktor inilah rakyat terpaksa mengambil keputusan untuk
memangkah selain BN.
2008 pembangkang menang bukan kerana mereka kuat.
tidak.... ini adalah andaian yang cukup salah.
rakyat pilih pembangkang kerana mereka mahu protes kepada BN.
pembangkang letaklah siapa, 2008 rakyat sanggup memangkah
mereka waima penjual hp, jurukamera dan penjual ubat sekalipun.
PEMBANGKANG MENANG BUKAN KERANA AGENDA
DASAR POLITIK MEREKA YANG BAGUS, CUMANYA
MEREKA MENANG DEK KERANA RAKYAT ADA MATLAMAT
NAK AJAR SEDIKIT BN.
selepas 2008 terdapat 16 kali pilihanraya kecil (prk).
8 awal daripadanya memihak pembangkang.
namun sesuatu yang miracle berlaku tatkala najib mengambil tempat.
selepas 8 keputusan awal, 8 prk terakhir ianya pula berpihak
kepada BN.
ianya terjadi kerana kedapatan mainan politik pakatan semakin
menampakkan jelek kepada pengundi.
DAP mula menyerang islam.
DAP mula menyerang melayu.
selain menyerang mereka juga menghina islam dan melayu.
PAS mula dilihat semakin menampakkan belang.
agak mengejutkan kepada umat islam apabila PAS antara katalis
yang sedia menggadaikan kalimah ALLAH yang sebenarnya isu ini
cukup sensitif untuk umat islam.
wajah bobrok pakatan semakin meningkat dan mendapat tempat.
adalah gila untuk aku menyenaraikan segala list kehancuran yang
pakatan telah lakukan.
kalau nak tahu list tersebut, bacalah hampir 4000 artikel blog ini
yang telah wujud selepas april 2008.
maaflah kalau aku cakap jujur.
sebenarnya tiada salah untuk kita punyai pembangkang yang baik,
waima dari pkr dan pas sekalipun.
ekspektasi rakyat yang bijak menilai, di kala demokrasi malaysia
sedang baik maka sewajarnyalah kita di parlimen punyai barisan
pembangkang yang energetik dan punyai otak dalam merencanakan
dasar yang menguntungkan rakyat.
namun jangkaan ini cukup meleset.
aku merasakan mainan pembangkang sejak 2008 adalah menghinakan
pemikiran pengundi.
mereka menghinakan agama milik pengundi islam.
mereka menyerang segalanya yang sepatutnya berada kekal tidak
diusik.
lebih menjijikkan apabila perhimpunan bersih yang melanyak dan
memukul mati polis itu dianggap sebagai pesta demokrasi menuntut
pilihanraya yang adil.
hari ini jelas kedapatan RAKYAT YANG PROTES telah kembali
kepada BN.
hari ini jelas kedapatan india yang protes telah kembali kepada BN.
malah hampir tiada lagi kedengaran protesan jentera umno kepada BN.
3 kelompok besar ini telah menumbangkan BN pada pru 2008.
hari ini 3 kelompok ini telah kembali menyokong padu BN.
PENGUNDI CINA AGAK LIAT UNTUK MEMANGKAH BN
KERANA MEREKA SUDAH 'TERUJA' DENGAN CAUVINIS
POLITIK MAINAN DAP.
sepertimana keputusan pengundi cina di prk kuala trengganu,bukit
gantang,hulu selangor,sibu mereka aku nampak masih sedia untuk
meneruskan legasi untuk memilih parti cauvinis DAP sebagai pilihan.
PAS akan nampak kesukaran bilamana menentang umno.
pas yang dulunya dianggap saingan kuat umno, kini sudah menjadi
bualan kebencian umat islam .
pkr akan mati, namun pkr yang meletakkan calon cina mungkin
mendapat saingan luar jangka.
DAP akan menang di beberapa kerusi bandar, sepertimana yang
telah berlaku di prk dan prn sarawak.
selangor adalah 55-50 yang berpihak kepada BN.
rakyat telah kembali kepada BN.
india telah kembali kepada BN.
jentera umno nampak sedia untuk menangkan najib.
jadi lawan yang di atas adalah satu, pengundi cina yang akan
memangkah DAP.
3 lawan 1, kesukaran jelas kedapatan pada pas dan pkr.
mudah cerita, ulangan keputusaan parlimen 2004 akan berlaku.
DAP lebih menguasai kerusi berbanding pas dan pkr.
(nisbah dap 44 pas 10: pkr 13)