Saturday 14 January 2012

Anwar janjikan kebebasan LGBT


Temuramah Anwar dengan BBC pada 12 Jan 2012 mengesahkan satu perkara – kalau Pakatan Rakyat memerintah, undang-undang anti homoseksual akan dihapuskan kerana sudah lapuk, selain katanya boleh digunakan untuk menjatuhkan karier politik seseorang (dia rujuk pada diri dialah).

Dalam bahasa mudah ialah, selepas Anwar jadi PM, hubungan jantan dengan jantan tapi suka sama suka, tidak lagi menjadi satu kesalahan dibawah Kanun Keseksaan seperti sekarang.

Cadangan Anwar ini ialah pembuka jalan kepada perjuangan program Seksualiti Merdeka yang dinaungi kawan-kawan baik Anwar dalam Majlis Peguam untuk memberikan hak samarata kepada golongan Lesbian, Gay, Transgender dan Biseksual. Silap-silap, mereka juga akan diberikan hak sama seperti pasangan suami isteri normal seperti pelepasan cukai dan sebagainya.

Ada juga butir-butir temuramah tersebut yang membawa maksud bahawa Anwar sudah tidak peduli dengan sensitiviti masyarakat Malaysia kerana yang penting, undang-undang itu sudah lapuk dan perlu dihapuskan.

Sepenuhnya di MyKMU sini

No comments: