Tuesday 10 January 2012

MEDIA STATEMENT ARWAH FADZIL NOOR - "JGN TUNDUK KEHENDAK DAP SAMA SEKALI..!!"







Kenyataan DAP keluar Barisan Alternatif (BA) pada 2001 kerana tidak menerima Negara Islam yang diperjuangkan PAS. (KLIK pada GAMBAR untuk lihat lebih jelas)





"Kita tidak boleh semua permintaan DAP, walaupun kita telah kompromi dengan beberapa perkara..." Reaksi Fadzil Noor ketika disoal Majalah DETIK pada 2001 menjawab tuduhan PAS punca DAP keluar BA. (KLIK pada GAMBAR untuk lihat lebih jelas)




ANTARA INTIPATI UCAPAN CERAMAH HASAN ALI .

"Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim," kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Mengulas pemecatannya sebagai anggota PAS pada Ahad, Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor berkata segala komen yang diutarakannya adalah membabitkan isu peribadi

Ketua Pembangkang itu kerana tidak mahu rakyat terjebak dalam permainan politik Anwar.

"Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa amat kotor, ini yang saya perjuangkan.

"Saya tidak sanggup hadir menyokong Anwar, saya antara orang PAS yang tidak sanggup membuat justifikasi mengapa Anwar harus jadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di kediamannya di Damansara.

Dr Hasan berkata beliau akan membuat sidang media minggu ini bagi menjelaskan secara terperinci mengenai perjuangannya itu.

Hasan berkata Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana mempunyai latar belakang 'meragukan' dan berpendapat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Murshidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat lebih layak memegang jawatan itu.

Sementara itu, Nasharudin berkata kehadirannya sebagai menyatakan sokongan peribadi kepada Hasan, yang sentiasa komited memperjuangkan syiar Islam walaupun berdepan pelbagai cabaran dan dugaan.

"Tindakan pimpinan PAS Pusat memecat Dr Hasan merupakan satu tindakan drastik tanpa memberi peluang kepada beliau untuk memberi penjelasan.

"Saya sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS ingin menyatakan ruang masih ada untuk beliau berkhidmat kepada parti dengan mengemukakan rayuan pemecatan beliau dalam tempoh 30 hari kepada majlis ini," katanya.

No comments: