Sunday 31 March 2013

MANA INI ORANG. POLIS CARI SAMA KO BAH.


lahad-datuk-facebook513Siapa orang ini yang dikenali sebagai 'Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman' ( gambar -  kanan) dan apa kaitannya dengan isu pencerobohan Sulu tidaklah diketahui setakat ini.
Namun Polis Diraja Malaysia sedang mengesannya dan memintanya serah diri pada mana-mana balai polis berhampiran.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib kata dalam sidang akhbar di Felda Residence di Lahad Datu petang Ahad, Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung Operasi Daulat.
Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam siasatan kes berkenaan.


lahad-pix-datukvvv
"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran,"katanya.
Beliau berkata polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah.
Sementara carian di Facebook mendapati ada gambar-gambar ' Sultan Sulu with Dato Seri Ridhwan' sewaktu melawat Pulau Jolo,Selatan Filipina.

Posting itu bertarikh 3 Januari,2013.( Gambar atas sekali)

Ia juga memuatkan beberapa klip video di youtube mengenai pertemuan beliau dengan ' Sultan Sulu' tetapi ia sudah tidak dapat dilayari.
Carian di facebook Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia pula dapati beliau aktif dalam pelbagai aktiviti NGO pimpinannya itu.-31/3/2013

No comments: