Monday, 25 March 2013

PENDEDAHAN DARI PAPAGOMO






Gomo nak dedah satu rahsia. Rahsia yang sepatutnya tak patut aku cakap tapi aku terpaksa cakap coz nak sedarkan Rakyat Malaysia walaupun ianya memalukan UMNO.

SABAH merupakan kubu UMNO, UMNO kuat di Sabah pendek kata Tampa Sabah UMNO akan kehilangan kuasa besar terutama pada PRU 13 ini. Nak bunuh UMNO adalah dengan melenyapkan Sabah. Hilangnya Sabah bermakna UMNO tidak kuat dan akan hilang taringnya pada PRU13 ini.

Anwar Ibrahim tahu untuk menghapuskan UMNO adalah dengan menghilangkan Sabah dari peta Malaysia. Justeru itu agenda sulit diatur. Perjanjian Anwar Ibrahim dan Nur Misuari adalah Sabah. Sabah diberikan kepada Misuari dan UMNO akan tumbang pada PRU13 ini.

Anwar Ibrahim tahu kekuatan UMNO di Sabah kerana beliau menang Timbalan Presiden UMNO dulu pun hasil merasuah perwakilan dari sabah. Agenda Anwar Ibrahim hanya satu iaitu kerusi Perdana Menteri walaupun Sabah diberikan kepada Misuari penceroboh Sabah waktu ini.

UMNO tahu kehilangan Sabah bermakna BN akan tumbang. Demi kuasa yang ada UMNO mesti pertahankan Sabah walau apa cara sekalipun.

Dalam isu Lahad Datu anda semua boleh nilaikan apakah UMNO ataupun Anwar Ibrahim yang merupakan Pengkhianat kepada Negara Malaysia ini. Gara gara kerakusan Anwar Ibrahim mahukan kuasa nyawa prajurit kita dijadikan korban oleh sekutu Anwar Ibrahim penceroboh Sulu.

Puak pembangkang boleh ketawakan UMNO kerana berhempas pulas nak menyelamatkan Sabah dari hilang dari peta Malaysia. Tapi jangan lupa Gelak ketawa anda tidak bermaruah sebagai seorang warganegara Malaysia apatahlagi buat rakyat Sabah yang kini diancam penceroboh Sulu.

Rakyat Sabah bersetuju untuk bersama Malaysia. Jangan kita khianati rakyat Sabah yang mahukan keamanan bukan keganasan dipelopori Anwar.

Anwar Ibrahim mahukan Sabah diistihar darurat yang kemudiannya PRU13 diadakan tampa Sabah yang akan meletakkan UMNO dan BN dalam bahaya. Yang akan untung adalah Pakatan Rakyat Haram diketuai Anwar Ibrahim.

Atas sebab itu pihak pakatan pembangkang sehingga kini menyatakan Najib Razak tidak ada telor kerana masih belum membubarkan parlimen kerana pembangkang mahukan Sabah terus diasak oleh penceroboh Sulu dan seterusnya PRU13 tampa undi dari rakyat Sabah.

Ingatlah rakyat Malaysia,sejarah membuktikan bahawa Pengkhianat wujud sejak beratus tahun dulu demi kerakusan kuasa yang mereka impikan Sejahat jahat UMNO tidak pernah mengadaikan kedaulatan negara apatahlagi mengadai Sabah untuk pihak luar sepertimana dilakukan Anwar Ibrahim


Anwar Ibrahim Pengkhianat Agama Bangsa dan Negara dan kita wajib menentang rejim Pakatan PAS, PKR dan DAP pada PRU13 ini. Takbir....

Psssttt..... Selamat hari Polis yang ke 206, selamatkan Malaysia daripada pengkhianat Negara.

No comments: