Tuesday 7 February 2012

Anwar burukkan Malaysia di Turki..

February 7, 2012 ·


Sewaktu wawancara dengan ‘MalaysiaKini Turki’, Anwar mendakwa Malaysia langsung tidak demokrasi jika hendak dibandingkan dengan negara tersebut..

Ini merupakan satu lagi siri pembohongan dan siri memburukkan imej Malaysia di luar negara oleh Anwar.

Kalau nak kata Malaysia tak demokrasi, macam mana Anwar boleh dipilih jadi ahli Parlimen di Permatang Pauh melalui sistem pilihanraya yang adil? Bukankah pilihanraya tu bukti Malaysia mengamalkan demokrasi?

Dan atas alasan apa yang menyebabkan Anwar kata Turki lebih mengamalkan kebebasan bersuara dari Malaysia? Anwar ni nak tipu siapa sebenarnya?

Kalau diikutkan ranking Press Freedom Index 2011-2012 yang dikeluarkan oleh laman Reporters Without Borders, Malaysia berada ditangga ke 124 berbanding Turki ditangga ke 148 didalam kebebasan media.

Dan yang paling jijiknya, Anwar dakwa dia dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu sebab mengkritik Tun Mahathir, bukannya dipecat sebab salahguna kuasa..

Nampaknya tak habis-habis Anwar nak burukkan Malaysia dengan merekacipta cerita palsu. Amat menghairankan.., Anwar ni nak apa sebenarnya? Nak Malaysia ni hancur ke dengan segala dakyah beliau?

Jadi kepada semua penyokong Anwar, bertaubatlah sebelum terlambat. Manusia macam Anwar tu langsung tak boleh dijadikan pemimpin sebab banyak sangat menipu dan mengkhianati negara.

Sudah-sudahlah percayakan Anwar tu.., makin hari semakin terserlah perangai jahat dia nak musnahkan Malaysia.

No comments: