Wednesday 1 February 2012

Hasan Ali Menyerang Dan Dedahkan Raja Parasit Dan Pelesit PAS.



Dedahan Hasan Ali.
Raja Segala Parasit dan Pelesit PAS.

1- Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menjadi semakin ganas dan menyerang dan mendedahkan bahawa Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad adalah batu penghalang utama kerja beliau sewaktu menjadi Exco Agama Kerajaan Negeri.

Hasan hairan dan tidak faham mengapa Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas sendiri menentang beliau, termasuk pernah mempersoalkan pengharaman penjualan arak di kawasan majoriti Melayu.

“Kalau DAP dan PKR itu saya faham kerana mereka bukan Islam, tetapi yang saya tidak faham Ahli Parlimen Shah Alam berdiri di barisan hadapan menentang apa yang saya lakukan”

“Tuan-tuan bayangkan, saya mahu bersihkan Shah Alam daripada judi, tidak boleh, saya nak lihat rumah urut dibersihkan pun tidak boleh,”

2- Hasan menyeru penduduk di Shah Alam perlu menolak Khalid Samad kerana mengkhianati perjuangan Agama Islam dalam pilihan raya akan datang.

“Kalau dia bertanding dalam pilihan raya akan datang ini, jangan beri satu undi pun kepadanya,”

Seperti yang dijanjikan oleh Hasan Ali yang beliau akan mendedahkan besar-besaran siapakah parasit didalam PAS, maka ia telah bermula dengan nama Khalid Samad sebagai Raja Segala Parasit dan Pelesit PAS.

Cukup ganas kerana bukan sahaja Hasan mendedahkan Raja Pelesit PAS, tetapi menyeru penduduk Shah Alam supaya jangan mengundi Khalid Samad.

3- Hasan Ali ni pun satu juga, jika dah lama tahu PAS ni banyak dengan Raja Pelesit kenapa lah beliau bersengkokol dan bersubahat dengan PAS sebelum ini dan berdiam diri bertahun-tahun.

Tidak tahu kah Hasan bahawa Pok Nick sanggup membela Jin dan Iblis sekali pun untuk menjatuhkan Umno. !

Sumber Sinar Harian.

No comments: