Tuesday 7 February 2012

MIRIP SIAPAKAH LIDAH INI.....




Di antara Statement Anwar yang mengundang kontroversi;

1. Pengunaan nama Allah.
2. Seksualiti merdeka
3. Negara ini bukan melayu yang punya.
4. DEB obselete. No longer relevant.
4. Undang-undang liwat absolete.
5. Menjamin keselamatan Israel.
6. Kepercayaan antara agama.

Jika orang lain yang buat statement seperti ini pasti dah tergolek dan tak berdaya mempertahankan statement mereka.

Tapi tidak pada Anwar. Anwar pasti ada jawaban dalam mempertahankan kenyataannya.

Cubalah jadi wartawan kalau tak percaya.
Cubalah dengar ceramahnya kalau nak bukti apa yang saya kata.
Cubalah walau sehebat mana pun pihak yang bertanya, pasti Anwar ada jawaban.
Ulamak sohor mana pun yang pertikai kenyataannnya, pasti akan dibalas oleh Anwar dengan jawaban yang akhirnya kenyataan yang dibuat itu akan jadi selaras atau tidak bertentangan dengan Islam. Atau akan selaras dengan dasar kerajaan.
Atau akan selaras dengan etika dan prinsip-prinsip moral.
Atau akan selaras dengan pendirian DAP.
Atau tidak bercanggah dengan prinsip PAS
Atau tidak bercanggah dengan bardatun Toiyyibatun ntah apa-apa...
Atau selaras dengan piagam PBB.
Atau selaras dengan ijmak ulamak.
Atau selaras dengan pendirian kebebasan beragama atau hak asasi manusia.

Semua ini kerana Anwar ada kelebihan yang tuhan berikan sebagai ALAT ATAU MEDIUM DUGAAN ALLAH KEPADA DIA, iaitu sejauh mana hamba-hambaNya menggunakan nikmat dan kelebihan yang Allah berikan.

Ke mana kepetahan dan kelancaran lidah yang Allah kurniakan digunakan?

Lidah Anwar diberi oleh Allah kelebihan untuk memutarkan setiap isu dan situasi dengan berkesan.

Kelebihan lidah Anwar ialah menjadikan sesuatu kesalahan yang sudah benar-benar terbonggeng di depan mata sebagai sesuatu yang dianggap fitnah dan percubaan untuk mengaibkan dia.

Lidah Anwar mampu meyakinkan umat sampai ke tahap batang kelihatan menjadi lubang an lubang menjadi batang.

Lidah Anwar mampu meyakinkan umat bahawa sesuatu yang jelas berdosa besar tertutup dan dilupakan sehingga mereka yang cuba mencegah kemungkaran itu pula akan dipersalahkan balik sebagai pihak pemfitnah yang mahu sentiasa mengaibkan dia.

Soalan: Mirip siapakah lidah anwar? Adakah mirip lidah nabi-nabi atau mirip lidah penentang nabi-nabi di zaman masing-masing?

No comments: