Friday, 31 August 2012

TERKINI! PEGAWAI ANWAR IBRAHIM YANG HINA BENDERA MALAYSIA DIKENAL PASTI.. #merdeka55

Di malam perhimpunan pro-pembangkang 'janjidemokrasi' di Dataran Merdeka yang gagal dan dicemari dengan aksi kumpulan biadap yang memijak-mijak foto Perdana Menteri Malaysia, MiM telah sertakan satu printscreen dalam entri blog ini.

Isu bendera ini telah menyebabkan pemimpin-pemimpin serta media pro-pembangkang melenting mencari alasan untuk menutup malu dan kontroversi tersebut:


Printscreen di atas turut menyiarkan nama seorang pemuda yang pernah menimbulkan kontroversi semasa perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim. Baca Sini

Malangnya, tanpa usul periksa atau mungkin disengajakan, kita dapat memerhatikan respons Anwar Ibrahim, pemimpin-pemimpin dan media alternatif pro-pembangkang yang cuba menyalahkan parti lawan. Lihat di bawah :


Di bawah adalah bukti yang menunjukkan kaitan pemuda biadap yang bersungguh-sungguh mempromosikan bendera alternatif yang telah membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia.

Jika merujuk facebook terbaru di bawah, pemuda biadap itu memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Penerangan AMK Malaysia!


Bukti di atas jelas menunjukkan kaitan parti pembangkang dengan usaha kurang ajar mempromosikan bendera alternatif.


Yang lebih memalukan ialah mereka berbuat demikian di hari Kemerdekaan kita!

Di manakah nilai patriotik mereka yang sanggup menghina Jakur Gemikang?

Dan berapa lagi dalam Pakatan pembangkang yang mempunyai nilai-nilai menghina identiti negara kita ini selain daripada pemuda di atas dan pemimpin pembangkang yang turut pernah menghina Jalur Gemilang sebelum ini?

Sungguh memalukan dan rakyat sudah tentu akan menolak mereka itu!

PANAS BERAPI! PATUT KE KITA MENDIAMKAN DIRI BILA MEREKA HINA BENDERA KITA?

Marah betul blogger GAP, nak tau kenapa? Tengoklah kat bawah ni:

apa gerakan nak tukar bendera malaysia tu bukan dalam definisi 'insiden buruk' ke hisham ?

apa foto sepupu kau najib tun abdul razak di BERAK kan tu bukan dalam ide saraf 'insiden buruk' ke hisham ?



hisham... bendera nak ditukar kan tu bukan satu hasutan melampau

Apa pandangan korang ek? Share la sikit komen kat sini

Thursday, 30 August 2012

BENDERA MALAYSIA DIHINA OLEH BERSHIT

Sang Saka Malaysia kepala hotak kau. Maaf kalau bahasa kasar, tapi golongan bodoh macam ni memang tak boleh diajar. Kecil-kecil tak nak mampus, besar-besar menyusahkan orang.

Sila menjadikan diri anda balaci The Li Bloodline sampai bendera negara kita pun nak seiras negara "Israel" asia tenggara itu. :)

Wednesday, 29 August 2012

Unsur Syiah Mula Meresapi PAS..

AIDCNews – 29/08/12 – “Jahat-jahat Sadam Hussein, dia ahli Sunni, dia bunuh orang tapi dia Sunni lagi..tetapi puak-puak Syiah pada masa itu bantah lawan dia.
“Dia baik dengan siapa puak Syiah ? Dengan Amerika.. Dia sanggup meruntuhkan kerajaan Sunni, dia naikkan kerajaan Syiah di Iraq,”kata ustaz Kazim Elias di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung, Perak, pada 15 Julai 2012.
Dalam ceramah itu Ustaz Kazim turut bersetuju dengan pandangan Ustaz Ismail Mina yang mendedahkan ciri-ciri Syiah itu juga terdapat dalam parti politik di Malaysia.
Menurut cadangan RAND Corporation (RAND Corp), perbezaan Sunni dan Syiah dalam dunia Islam harus diekspotasi oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk memperkukuhkan kumpulan Moderat dengan topeng demokrasi dan kebebasan.
Cadangan RAND Corp itu terkandung dalam laporan bertajuk “The Muslim World After 9/11”.
Menurut rense.com, RAND Corp dan NED (National Endowment for Democracy) adalah dua badan yang saling berkaitan, iaitu RAND Corp berfungsi sebagai ‘mengumpul maklumat dan strategi’, manakala NED berfungsi sebagai ‘pelaksana’ melalui penajaan dana.
Anwar bersama Carl Gershman, Presiden NED (tengah) dalam program CSID 2006
Pada tahun 2006, Datuk Seri Anwar Ibrahim menulis bersama Carl Gershman, Presiden NED satu laporan bertajuk “Democracy in the Muslim World – Priorities and Strategies” (Demokrasi dalam Dunia Muslim – Keutamaan dan Strategi).
Manakala pada tahun 2007, RAND Corp mengucapkan penghargaan kepada Anwar Ibrahim kerana berjaya menerbitkan laporan bertajuk “Building Moderate Muslim Networks“.
Sebelum itu, pada tahun 2005, NED melalui badan tajaannya, CSID (Center for the Study of Islam & Democracy) memberi anugerah ‘Muslim Democrat of the Year Award‘ kepada Anwar.
Pada tahun yang sama Anwar juga memberikan pandangannya tentang perang AS ke atas Iraq yang diarkitekkan oleh Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan AS.
“Perang Iraq, walaupun dicemari pelbagai kontoversi (tetapi) telah menghasilkan pilihanraya demokrasi pertama untuk negara itu (Iraq).
“Walaupun pada prinsipnya, saya menentang peperangan tetapi saya terpaksa mengalah kepada suara kebebasan di Iraq, (di mana ia) tidak dapat dibendung selepas penindasan dan paksaan yang dilakukan (oleh Sadam Hussein) selama berdekad-dekad.
“Saya berani katakan, jika sekiranya diberi peluang kepada dunia islam, bukan sahaja di Iraq, tetapi seluruh dunia Islam akan bersetuju untuk menikmati demokrasi (walaupun melalui peperangan),”katanya dalam program ‘US Islamic World Forum‘ di Doha, Qatar pada 10-12 April 2005, anjuran The Brookings Institution & The Saban Center For Midddle East Policy.

Cuba Teka Gambar Siapa Ni?

Bersungguhnya ambil gambar....



*Inilah wartawan Singapura yang sering dikesan dalam perhimpunan haram. Blogger-blogger yang turun buat liputan mesti pernah jumpa minah ni. Nak tahu betapa teruknya reporter Singapura spin cerita pasal Malaysia, boleh baca di blog http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/ yang selalu kantoikan laporan dari negara jiran.

PAS Mahu Singkir Nasharudin Kerana Syiah

MyNewshub – Cakap-cakap yang sedang hangat kedengaran sekarang banyak menjurus kepada kemungkinan besar bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa akan berdepan dengan penyingkiran dari parti tersebut.
Jika ianya menjadi kenyataan seperti diramalkan oleh sesetengah penganalisis politik tempatan bermakna ia akan menjadi sejarah hitam buat PAS kerana baru sahaja kira-kira 8 bulan lalu parti itu memecat bekas Naib Presidennya, Hasan Ali.
Berbeza dengan pemecatan Hasan sebelum ini yang dilakukan tanpa sebarang peluang pembelaan diri, dalam kes Ustaz Nasharuddin terdapat cadangan untuk membenarkan beliau memberi penjelasan atas beberapa kenyataan kerasnya yang ditakrifkan oleh ramai pemimpin PAS sebagai melanggar dasar parti.
Bagaimanapun, tidak semua pemimpin PAS di peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan yang bersetuju dengan tindakan PAS yang sejak kebelakangan ini dilihat terlampau keras terhadap perbezaan pandangan sesama pemimpin parti tetapi dimasa yang sama pula ternampak jelas agak lunak bila berhadapan dengan tuntutan parti lain dalam Pakatan rakyat (PR).
Waktu ini PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan dan kerenah langsung dari pemimpin parti yang berkiblatkan idealisme Anwar Ibrahim malahan turut menghadapi senario lain yang telah lama membarah dalam struktur kepimpinannya.
Mengikut satu sumber yang rapat dengan kepimpinan PAS Pusat, faktor lain yang turut memainkan peranan menambah tekanan ke arah usaha menyingkirkan Ustaz Nasharuddin juga mempunyai kaitan rapat dengan inisiatif sekumpulan pemimpin pro Syiah yang mahu menguasai secara total struktur kepimpinan PAS sekarang.
Teguran keras Ustaz Nasharuddin terhadap PAS berhubung hubungannya dengan DAP serta faktor penyiaran fotonya menemani Perdana Menteri di Mekah Al-Mukarramah tempohari hanyalah asbab bagi membolehkan kumpulan pro Syiah merealisasikan usaha ‘memancung’ pengaruh Ustaz Nasharuddin dalam parti.
Kumpulan pemimpin terbabit yang berimamkan Timbalan Presiden PAS sekarang iaitu Mohammad Sabu (Mat Sabu) dilihat sedang cuba mengembangkan pengaruh mereka dengan cuba ‘memancung’ seramai mungkin pemimpin parti yang diyakini akan merencatkan perencanaan mereka untuk menguasai tampuk kepimpinan PAS.
Dengan dokongan dan kerjasama yang dijalinkan bersama kumpulan pro Anwarinas, ia menjadikan usaha-usaha sedemikian dilihat semakin mudah untuk dilakukan sementelah lagi tika ini masing-masing kebetulannya berdepan musuh yang sama dalam parti.
Sekiranya usaha-usaha terancang yang dilakukan sekarang berjaya menyingkirkan Ustaz Nasharuddin dari PAS, tidak syak lagi dalam jangka waktu terdekat atau paling lambat selepas PRU 13 kelak, kita akan meyaksikan satu lagi perubahan drastik yang akan turut menarik turun Hadi Awang dan Haron Din dari kedudukan mereka sekarang.

BERITA DARI SABAH: LAJIM KEMBALI RUJUK

SAYA KENA TIPU BAH
Berita yang baru diterima dari Sabah memaklumkan, kegagalan Lajim membawa masuk YB-YB UMNO dan BN ke dalam Sabah Front dan seterusnya menyokong Anwar telah membuatkan Anwar kembali melenting dan membuli Lajim.

Lajim gagal menarik YB Datuk Ghapur dan 4 ADUN UMNO, Lajim juga gagal menarik YB Bung, malah kegagalan Lajim menarik Datuk Osu Sukam, Datuk Hajiji, Datuk Karim Bujang, Datuk Datu Amir Kahar menyertai Anwar pada 12 Ogos yang lalu menunjukkan kelemahan Lajim yang membuatkan Anwar melenting.

Mantan SU Lajim memberitahu kita bahawa Lajim telah diperdaya dan terpedaya, janji-janji Anwar untuk membawa masuk jutaan Ringgit ke dalam saku Lajim sebenarnya hanya janji. Kata Lajim, "bagaimana aku mau beli mereka jika wang yang Anwar janji tidak masuk?. Hanya air liur sapa mau masuk?"

Akibat dari itu, Lajim telah menyampaikan kepada seorang wakil rakyat UMNO untuk kembali semula kepada BN, malangnya dengan syarat Ketua Menteri ditukar. "Aku bukan tentang DS Najib, kalau CM tukar, ini jam aku lompat balik sama BN, enda da hal bah".

Bagaimana pandangan anda?

* Laporan dari wakil mymassa di Kota Kinabalu.


JOMO MALAYA: SIAL BETUL! Aku kena Tipu ni...

JOMO MALAYA: SIAL BETUL! Aku kena Tipu ni...: Dari Sabah... "Malas aku mau cakap... dengarnya bila ada orang pembangkang mau cucuk aku supaya kelaur dari UMNO, aku sudah mula r...

Tuesday, 28 August 2012

MAT SABU DLM. AKHBAR CINA - "JIKA SAYA PRESIDEN PAS.. SAYA AKAN HAPUS HUKUM HUDUD!!"





Siapa duga seorang Pemimpin yang sukar diterima bakal memimpin PAS sejak sekian lama kini berjaya memegang jawatan No. 2 dalam Parti. Agak pelik dengan kemenangan beliau pada Pemilihan PAS tahun lalu kerana Mat Sabu adalah Pemimpin PAS yang ditolak hampir kesemua Negeri untuk dipilih sebagai calon Parlimen mahupun DUN setiap kali menjelang Pilihan Raya. 

Namun apa yang lebih hina, sikap Mat Sabu hari ini dilihat meludah perjuangan Parti setelah menggelabah, panik dan marah apabila sebuah akhbar Berbahasa Cina mengeluarkan kenyataan beliau akan melaksanakan Hukum Hudud di Negara ini. Bukan sahaja tidak mengakui dasar utama parti tersebut, malah dengan segera beliau menafikan sekeras2 nya dakwaan itu malah menjelaskan beliau tidak pernah langsung melakukan apa jua kempen dalam melaksanakan Hukum tersebut.






Mengapa Mat Sabu mesti melenting menafikan perjuangan tersebut? Tatkala Presiden PAS tidak lekang menyebut PAS tetap akan mempertahankan Undang2 Syariah itu, Timbalan Presiden pula mengambil langkah bukan berkecuali, secara terang2 an menafikannya dan terserlah ketakutan jika ada mana2 laporan media mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Nyata Mat Sabu sedang 'berjuang' habis2 an untuk merampas jawatan No. 1 PAS dari Hadi Awang. Jika ianya berlaku, janji 'manifesto' pertama beliau akan menghapuskan serta merta perjuangan menegakkan Hukum Hudud lantas memberi fokus mengukuhkan hubungan bersama DAP.

Mungkin Mat Sabu bersama 'adik kesayangannya' Lim Guan Eng telah merancang mencantas Pemimpin No.1 Parti masing2 seterusnya secara serentak akan diangkat menggantikan jawatan tersebut.

Inilah bakal Presiden kamu wahai totok2 PAS. Fatwa baru akan dikeluarkan pada masa itu. "Hudud tidak lagi releven dalam PAS."

Pemimpin yang ridak konsisten dalam perjuangan. Guna Agama untuk 'sedut' darah pengundi Islam menyokong mereka. Walhal dalam hati penuh dengan bintik2 hitam diselaputi agenda politik kotor.

Anwar yg sebenarnya ada akaun dgn Bank Israel


Laman I Files bab 4 menceritakan bagaimana Anwar mula membina empayar wangnya dari wang pendahuluan dari Wan Azizah dan keluarganya.

Kemudian Anwar mendapat bantuan dari hartawan Saudi bernama Abdullah Kamel dan kumpulan Al Baraka yanga ada pertalian dengan IIIT dan teroris Al Qaeda. Anwar juga sedang lama mengidamkan duit Petronas.

Laman blog itu sudah sampai ke bab 7 kini.

Bab 5 membincangkan lagi menegnai Anwar dan mesin cetak wangnnya serta hubungan ia dengan teroris dunia. Ia jauh melangkaui isu Dato Murad dengan tuduhna dana RM3 billion. Rahim Ghouse dan Wan Hasni terlibat dengan pembiayaan dan hubungan dengan teroris.



Anwar didedahkan menggunakan satu outfit bernama Israel Discount Bank bagi mengelak wangnya di kesan oleh Dr Mahathir.

Dalam Nurul Izzah pernah nafikan ada simpan wang di Israel (baca The Mole sini), rupanya ada cerita-cerita di sebalik penafian.

Ini mengingatkan juga kepada zaman reformasi di mana puak Anwar menuduh Dr Mahathir menyimpan wang dengan Bank of Israel. Ini tak masuk akal kerana central Bank tak ambil akaun individu tetapi akaun bank-bank yang ada operasi tempatan saja. Bca kisah di blog pembangkang sini
Kemudian keluar pula tuduhan ianya Israel National Bank bercawangan di Singapura (baca detail pertuduhan sini). Mudah saja Tun jawab, katanya dia beri kebenaran bank tersebut dedahkan akaun beliau supaya beliau teringin nak ambil wang USD200 juta dan Sing dollar 42 juta.

Rupanya Anwar yang sebenar ada guna Bank Israel ...

.... maknanya setiap kali Anwar menuduh sesuatu, kemungkinan dia yang buat. Seperti dia tuduh Najib tolong kroni dalam projek AMpang LRT tap[i rupanya Anwar yang mahukan projek itu melalui Ingress-Balfour Beatty.

Kenapa Anwar tuduh Najib bunuh ALtantunya dna ambil komisyen submarine? Diakan yang bunuh dan ambil komisyen????

Fahamkah kenapa Anwar pertahan hak Israel mempertahankan negara mereka kalau bukan pertahankan duit dia dalam Bank Israel?