Friday 31 August 2012

TERKINI! PEGAWAI ANWAR IBRAHIM YANG HINA BENDERA MALAYSIA DIKENAL PASTI.. #merdeka55

Di malam perhimpunan pro-pembangkang 'janjidemokrasi' di Dataran Merdeka yang gagal dan dicemari dengan aksi kumpulan biadap yang memijak-mijak foto Perdana Menteri Malaysia, MiM telah sertakan satu printscreen dalam entri blog ini.

Isu bendera ini telah menyebabkan pemimpin-pemimpin serta media pro-pembangkang melenting mencari alasan untuk menutup malu dan kontroversi tersebut:


Printscreen di atas turut menyiarkan nama seorang pemuda yang pernah menimbulkan kontroversi semasa perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim. Baca Sini

Malangnya, tanpa usul periksa atau mungkin disengajakan, kita dapat memerhatikan respons Anwar Ibrahim, pemimpin-pemimpin dan media alternatif pro-pembangkang yang cuba menyalahkan parti lawan. Lihat di bawah :


Di bawah adalah bukti yang menunjukkan kaitan pemuda biadap yang bersungguh-sungguh mempromosikan bendera alternatif yang telah membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia.

Jika merujuk facebook terbaru di bawah, pemuda biadap itu memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Penerangan AMK Malaysia!


Bukti di atas jelas menunjukkan kaitan parti pembangkang dengan usaha kurang ajar mempromosikan bendera alternatif.


Yang lebih memalukan ialah mereka berbuat demikian di hari Kemerdekaan kita!

Di manakah nilai patriotik mereka yang sanggup menghina Jakur Gemikang?

Dan berapa lagi dalam Pakatan pembangkang yang mempunyai nilai-nilai menghina identiti negara kita ini selain daripada pemuda di atas dan pemimpin pembangkang yang turut pernah menghina Jalur Gemilang sebelum ini?

Sungguh memalukan dan rakyat sudah tentu akan menolak mereka itu!

No comments: