Wednesday 15 August 2012

Kedudukan Islam untuk Pakatan Rakyat yang tak faham2


Tak habis isu kedudukan Islam dipertikaikan dan selepas 55 tahun, DAP buat pekak saja kepada setiap penjelasan yang diberi. Yang hairannya si PAS yang konon Islam pun banghal dan PKR pun buat dunno.

Dengar baik-baik kaldai-kaldai sekelian ...

Islam adalah ‘Agama Negara’, bukan sekadar Agama Rasmi untuk tujuan upacara (ceremonial purposes) sahaja. Undang-Undang Tertinggi Negara seawal Perkara 3 Fasal (1) memartabatkan –Islam is the religion of the Federation;

Tiada sepatah pun ungkapan ‘sekular’ termaktub dalam undang-undang tertinggi Negara. Aspirasi masyarakat bukan Islam mahupun sebahagian kecil umat Islam untuk menjadikan Persekutuan Negeri-Negeri Melayu sebagai sebuah Negara sekular tidak kesampaian apabila Raja-Raja Melayu memperkenankan Perlembagaan Persekutuan yang ada pada hari ini tanpa ungkapan “sekular”.

Kesinambungan kedaulatan (sovereignity) Kesultanan Melayu Islam tetap kekal teguh dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia jelas membuktikan Malaysia bukan lahir atas ihsan penjajah British semata-mata, malah atas perkenan Raja-raja Melayu untuk bersekutu.

Perlembagaan Perseketuan mewajibkan Pemerintah dan rakyat keseluruhannya memelihara kesucian dan kedaulatan Agama Islam – melalui Perkara 37 – dengan mewajibkan Ketua Utama Negara- Yang di-Pertuan Agong untuk bersumpah atas nama suci Allah bagi memlihara agama Islam pada semua masa.

Baca seterusnya di blog Prof Perundangan GAP
 sini

Jika DAP dan PKR bertegas mahu jadi negara sekular, ini bermakna mereka mahu menghapuskan sistem raja berparlimen. Dan jika PAs terus bersekongkol dengan Yakjuj dan Makjuj akhir zaman berdua ini, betulllah fatwa mengharamkan undi PAS.

No comments: