Tuesday 21 August 2012

PAS kebas duit fitrah orang ramai!!!


... perkara yang mengaibkan dan memalukan yang menjadi bualan maysarakat laman sosial Facebook adalah tindakan PAS Teluk Intan yang telah menggunakan wang Zakat Fitrah untuk kepentingan parti. Perkara berkenaan telahpun dibuat laporan polis.

Laporan polis terhadap bayaran zakat yang berkemungkinan akan diselewengkan oleh PAS Teluk Intan. Laporan polis telah dibuat berikutan kemungkinan penipuan yang di buat oleh Parti Artis SeMalaysia (PAS) dan sekarang hanya menunggu untuk membuat laporan kepada Pejabat Agama Islam dan pihak Kerajaan dan Media sahaja. Laporan polis berkenaan berbunyi seperti berikut:

No. Report Polis - Teluk Intan/010597/12
Tarikh: 19.08.2012; Jam 1512

"Pada jam lebih kurang pukul 6.30 pagi pada 19 Ogos 2012 saya bayar zakat fitrah di Masjid Batak Rabit, Batu 3, Jalan Maharajalela, Teluk Intan, Perak dengan bayaran tunai RM70.00 untuk 10 orang tanggungan. Apabila selesai membayar saya dapati resit yang dikeluarkan atas nama Parti Islam SeMalaysia (PAS) No Resit 9946 bagi pihak Bendahari PAS Kawasan Teluk Intan, Perak sedangkan seharusnya dikeluarkan resit di atas zakat fitrah ini daripada Majlis Agama Islam Perak. Saya telah hubungi salah seorang pegawai pihak Agama Islam dan mereka suruh maklumkan kepada pihak polis dan seterusnya merujuk kepada Jabatan Agama Islam. Inilah laporan saya."


Polis telahpun mengesahkan yang perkara yang berlaku ini adalah satu penipuan dari pihak PAS kepada orang ramai. Komen CTS senang sahaja, memang payah sangatlah PAS ni sampai kerja pejabat agama pun mereka ambil-alih! Kita tidak perlu hairankan semua ini. Sedangkan duit derma anak yatim Memali pun mereka kebas apatah lagi duit Zakat Fitrah. Kalau tak percaya, tanya Abang Mat Sabu.

Petikan dari Cucu Tok Selampit. Baca serusnya untuk tahu kisah pelik Anwar Ibrahim sini

No comments: