Strategi kristianisasi terhadap orang Islam kini sudah menjadi begitu halus hingga tidak terfikir untuk kita.
Yang ada memanglah dengan memujuk dan mengambil hati dengan memberi bantuan, menjadi kawan, memahami masaalah puak-puak tersingkir, memberi makanan dan tempat teduh, dan ketika sunyi dalam kesakitan.
Cara kristianisasi adalah tidak lagi bertembung seperti kes Lina Joy pasal isu IC. Orang melayu Kristian akan terus dalam IC kekal sebagai Islam. Tetapi hatinya sudah Kristian dan ini membolehkan mereka merosakkan akidah orang-orang Islam Malaysia dari dalam dengan menyelit pandangan liberal.
Pada permulaan pendakwah khas untuk orang Melayu memastikan tiada beza hidup orang Melayu samada Islam atau Kristian. Gambarannya sama saja amalan dan hidup orang Melayu Islam dan orang Melayu Kristian.
Disitulah perlunya Kristian menggunakan nama Allah supaya orang Islam yang kurang pengetahuan ugama merasakan tiada beza ugama Kristian dan Islam kerana nama tuhan sama dan banyak istilah dan cara amalan Islam digunapakai sebagai sebahagian amalan harian.
Tetapi mereka membezakan dari Islam dari pendekatan mereka yang lebih berbudi, menyayangi, membantu dan toleransi. Lama-lama mereka yang kurang berpengetahuan tercuit hati untuk ikut sama dan akhirnya dibaptis masuk kristian.
Lepas bertambah kuat pegangan kristiannya barulah mereka mengikut cara kristian yang biasa.
Bagi membuat orang Melayu mudah berjinak dengan Kristian tanpa rasa berbeza cara hidup Islam yang ada, ada dikatakan mereka sudah sampai melakukan dakwah dalam masjid dan surau.
Orang Melayu yang mengikut kristian ini dilihat ikut sembahyang di masjid dan surau macam orang islam, ikut puasa, ikut bayar zakat dan ikut puasa dan raya. Tapi lepas solat mereka berkumpul dengan puak mereka dengar dakwah paderi arab atau Melayu.
Ramai tidak sedar kerana mereka mengikut cara ibadah orang Islam. Malahan dakwah Kristian sudah menular dalam kelas tajwid belajar Quran.
Tujuannya dua - memastikan orang Melayu Kristian ini tidak boleh dikesan Kristiannya kerana tahu membaca Quran dengan mahir. Itu juga cara untuk memurtadkan mereka yang kurang fahaman ugama dan baru nak mendekati ugama
No comments:
Post a Comment