Wednesday 29 August 2012

Unsur Syiah Mula Meresapi PAS..

AIDCNews – 29/08/12 – “Jahat-jahat Sadam Hussein, dia ahli Sunni, dia bunuh orang tapi dia Sunni lagi..tetapi puak-puak Syiah pada masa itu bantah lawan dia.
“Dia baik dengan siapa puak Syiah ? Dengan Amerika.. Dia sanggup meruntuhkan kerajaan Sunni, dia naikkan kerajaan Syiah di Iraq,”kata ustaz Kazim Elias di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung, Perak, pada 15 Julai 2012.
Dalam ceramah itu Ustaz Kazim turut bersetuju dengan pandangan Ustaz Ismail Mina yang mendedahkan ciri-ciri Syiah itu juga terdapat dalam parti politik di Malaysia.
Menurut cadangan RAND Corporation (RAND Corp), perbezaan Sunni dan Syiah dalam dunia Islam harus diekspotasi oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk memperkukuhkan kumpulan Moderat dengan topeng demokrasi dan kebebasan.
Cadangan RAND Corp itu terkandung dalam laporan bertajuk “The Muslim World After 9/11”.
Menurut rense.com, RAND Corp dan NED (National Endowment for Democracy) adalah dua badan yang saling berkaitan, iaitu RAND Corp berfungsi sebagai ‘mengumpul maklumat dan strategi’, manakala NED berfungsi sebagai ‘pelaksana’ melalui penajaan dana.
Anwar bersama Carl Gershman, Presiden NED (tengah) dalam program CSID 2006
Pada tahun 2006, Datuk Seri Anwar Ibrahim menulis bersama Carl Gershman, Presiden NED satu laporan bertajuk “Democracy in the Muslim World – Priorities and Strategies” (Demokrasi dalam Dunia Muslim – Keutamaan dan Strategi).
Manakala pada tahun 2007, RAND Corp mengucapkan penghargaan kepada Anwar Ibrahim kerana berjaya menerbitkan laporan bertajuk “Building Moderate Muslim Networks“.
Sebelum itu, pada tahun 2005, NED melalui badan tajaannya, CSID (Center for the Study of Islam & Democracy) memberi anugerah ‘Muslim Democrat of the Year Award‘ kepada Anwar.
Pada tahun yang sama Anwar juga memberikan pandangannya tentang perang AS ke atas Iraq yang diarkitekkan oleh Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan AS.
“Perang Iraq, walaupun dicemari pelbagai kontoversi (tetapi) telah menghasilkan pilihanraya demokrasi pertama untuk negara itu (Iraq).
“Walaupun pada prinsipnya, saya menentang peperangan tetapi saya terpaksa mengalah kepada suara kebebasan di Iraq, (di mana ia) tidak dapat dibendung selepas penindasan dan paksaan yang dilakukan (oleh Sadam Hussein) selama berdekad-dekad.
“Saya berani katakan, jika sekiranya diberi peluang kepada dunia islam, bukan sahaja di Iraq, tetapi seluruh dunia Islam akan bersetuju untuk menikmati demokrasi (walaupun melalui peperangan),”katanya dalam program ‘US Islamic World Forum‘ di Doha, Qatar pada 10-12 April 2005, anjuran The Brookings Institution & The Saban Center For Midddle East Policy.

No comments: