RM25 juta seorang untuk Anwar beli lompat parti?
Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO mengingatkan pembangkang supaya jangan berkokok hebat dengan kemungkinan MP BN keluar parti sedangkan ekor mereka terburai dengan tahi.
Elok mereka sedar bahawa 13 YB pembangkang telah keluar parti mereka penggal ini. 6 MP PKR (Bayan Baru, Kulim Bandar Baru, Nibong Tebal, Wangsa Maju, Padang Serai, Bagan Serai), 5 ADUN PKR (2 Perak, 2 Kedah, 1 Sngor), 1 ADUN DAP (Perak) & 1 ADUN PAS (Dr Hasan Ali).
13 YB mereka dibanding hanya 4 YB BN (Beaufort, Tuaran & sebelum ini Sepanggar & Tawau). Jelas sekali mereka berdua ini dihujung penghujung kerjaya politik dan kesesakan kewangan.
Walaupun Anwar gertak Puad Zarkashi kerana mengatakan mereka dibeli, ia bukan salah kerana dia sedang serius untuk menggunakan opsyen lompat parti. Dipercayai Lajim dan Wilfred bukan yang pertama di "beli".
Jumlahnya tidak diketahui tapi sangat besar. Dana pun tersedia. Tawaran pasti membuat wakil
Tempoh hari The Unspinners sini ada mengisahkan mengenai kisah Anwar akan lari dari Permatang Pauh dan tanding di Bayan Baru kawasan yang ada Cina ramai.
Bila ditanya sumber, kenapa dia tak kisah kerusi PKR diberi pada DAP, jawabnya dia dah ada rancangan.
Anwar akan beli satu persatu wakil rakyat BN. BUkan sejuta dua yang ditawarkan tapi RM25 juta seorang.
Pada harga sedemikian, tiada masaalah bagi Anwar untuk dapatkan wakil rakyat BN untuk lompat. Iman mana wakil rakyat BN yang mana kuat untuk menolak tawaran sebegitu lumayan.
Namun begitu ada sanggup lompat pada harga separuh saja. Jadi kalau Anwar bayar separuh dulu dan separuh lagi lepas dah lompat, pun memadai.
Maknanya duit anwar cukup banyak untuk hingga letak down payment RM10 juta seorang dan mungkin duit itu lesap pasal mereka akhirnya tak jadi lompat pun sap sap swuey ...
Ini perkara biasa buat raja rasuah politik Malaysia. Kalau tidak tangan perasuah Anwar, tidak mudah baginy auntuk mengugurkan Ghaffar Baba yang sudah Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri.
Bagiamana pula Raja Rasuah dan Raja Katak Malaysia Sabah 1994 dan 916 rancang untuk Sabah?
Buat masa ini, hanya Lajim dan Wilfred saja yang dia dapat. Katanya Ghaffur Salleh pun akan ikut.
Ketiga-tiga mereka ini semua pernah jadi Timbalan Ketua Menteri dan mahu jadi Ketua Menteri. Ketiga2 mereka terlibat dalam lompatan tahun 1994 yang diatur Anwar dan turut ditipu Anwar.
Kalau Lajim dan Wilfred nak lompat, kenapa tak masuk terus dalam PKR? WIlfred baru letak jawatan dan keluar dari UPKO. Lajim hanya letak jawatan Timbalan Menteri dan jawatan dalam UMNO tapi belum keluar dari UMNO.
Apa gerak langkahnya? MAsihkah dia belum yakin atau dia nak test Anwar untuk keluar wang dahulu.
APa hal pun Lajim, mintak lebih dari RM25 tau. Sekurang-kurangnya RM50 juta.
Kalau RM25 dia mampu, lebih dia mampu kerana yang pertama mesti banyak dan bujet masih ada untuk beli klepas PRU.