Monday, 8 October 2012

PRESIDEN SHAREDA ANTI ISLAMIK


PAS Sabah membidas kenyataan liar Presiden Persatuan Pemaju Perumahan Sabah (SHAREDA), Datuk Susan Wong, yang anti-Islamik kerana tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam apabila mencadangkan supaya polisi yang diterima pakai selama ini yang memestikan sebuah surau dibina di atas taman-taman perumahan yang baru, dimansuhkan.

PAS Sabah telah menerima banyak rungutan dan bantahan dari pembeli rumah serta pemilik rumah sedia ada di atas cadangan Datuk Susan Wong.
Dalam kenyataannya kepada media, Hj. Hamzah Hj. Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah menegaskan bahawa cadangan Datuk Susan Wong lahir dari sikap tamak yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan sensitiviti umat Islam.

"Surau adalah satu tempat beribadah yang dituntut dalam Islam kerana disuraulah solat berjemaah lima kali sehari semalam dapat didirikan oleh anggota masyarakat Islam di sesuatu kawasan. Ia adalah tuntutan fardhu kifayah," kata Hamzah.

Surau juga kata Hamzah merupakan tempat masyarakat melaksanakan sesuatu majlis seperti mengadakan kursus memandikan jenazah dan ceramah-ceramah pada hari kebesaran Islam.

"Oleh yang demikian, katanya, memansuhkan kawasan serba sederhana bagi didirikan surau di taman-taman perumahan hanya menimbulkan suasana yang tidak menyumbang kepada hubungan silaturrahim yang erat antara sesama anggota masyarakat di taman-taman perumahan," tegas Hj. Hamzah.

PAS Sabah juga merasa kesal di atas sikap membisu Pemuda UMNO Sabah dan juga Badan Perhubungan UMNO Sabah yang seolah-olah bersetuju dengan dengan cadangan Datuk Susan Wong.

"PAS Sabah ingin mencadangkan supaya satu mekanisme dapat diwujudkan pemaju-pemaju perumahan tidak dikenakan premium di atas tanah-tanah yang terpaksa dikhaskan untuk pembinaan surau," kata Hamzah.

Sebaliknya, tegas Hamzah, kerajaan Negeri hendaklah menanggung kos premium tanah serta kos membina sesebuah surau.

"Saya yakin kerajaan Negeri bersedia menerima cadangan ini kerana selama ini kroni-kroni UMNO/BN telah diberikan berpuluh ribu hektar tanah-tanah pertanian, kawasan-kawasan balak serta tanah-tanah kuari," ujar Hamzah dengan nada sinis.

1 comment:

Anonymous said...

Adik Jimmy Wong ka tueee?