HUGUAN SIAL |
Kami masyarakat Kadazandusun dan Murut (KDM) sangat-sangat marah, terhina, benci dan tidak puas hati dengan pelantikan Anwar Ibrahim sebagai Huguan Siou iaitu gelaran suci dan tertinggi dalam masyarakat kami.
Anugerah kepada Anwar telah mempermainkan nilai murni, warisan tradisi dan semangat Huguan Siou nenek-nenek moyang kita. Kalaulah Datuk Peter Mojuntin dan Tun Fuad Stephen masih hidup, betapa terhinanya kita orang KDM!
DSP PAIRIN - HUGUAN SIOU SEPANJANG HAYAT (1984) |
Apa sucinya Anwar dibandingkan dengan Huguan Siou kita DSP Joseph Pairin Kitingan? Kita orang Sabah sangat-sangat terhina dengan perbuatan itu kerana Anwar bukanlah seorang yang Alim seperti Datuk Pairin. Kita tahu Pairin sangat Rajin bersembahyang di Gereja, Pairin tidak ada kes Sodomi, Liwat dan Kacau Anak Bini Orang.
Tiba-tiba Anwar yang kaki Perempuan, Kaki Liwat, seorang Mamak Penang, Penipu, Cakap Tak Serupa Bikin malah macam-macam perangai buruk Anwar dinobatkan Huguan Siau. Sampai hari ini PKR Ranau dan PKR Negeri berdiam diri!
Seluruh keturunan kita dihina dengan gelaran Huguan Siou kepada Anwar, seorang Mamak Penang ini. Apakah sucinya Anwar berbanding Huguan Siou terdahulu Tun Fuad Stephen, Datuk Peter Mojuntin, Datuk Pairin, Datuk James Ongkili dan banyak lagi.
Anwar ni patut dibagi gelaran "HUGUAN SIAL" !
Kami sangat tak puas hati, apatah lagi membaca Kenyataan Wilfred Bumburing yang melepas tangan saja dan menuduh ini kesalahan PKR Ranau. Apakah ini tujuan Bumburing keluar BN hanya untuk memberi Anwar gelaran suci kita Huguan Siou? Berapa Anwar janji nak bagi wang kepada Bumburing?
Anwar Yang Kotor Menghina Huguan Siou
Pengerusi Gerakan Suara Kadazandusun Murut Bersatu (SKB) Lesaya Lopog mahu PKR memberi penjelasan berhubung tindakannya kerana Huguan Siou adalah gelaran tertinggi dalam masyarakat kita orang KDM.
“Tindakan menobatkan Ketua Pembangkang ini dengan gelaran berkenaan adalah penghinaan kepada KDM kerana ia tidak boleh diberikan sesuka hati.
“Kita meminta penjelasan sama ada gelaran Huguan Siou layak diberikan kepada individu bukan daripada masyarakat KDM, kenapa ia dibuat ketika perjumpaan politik dan mengapa pemimpin KDM tidak diberitahu mengenainya?,” katanya
“Gelaran Huguan Siou hanya boleh dipegang seorang individu iaitu Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah.
Katanya, ‘episod’ baru dalam senario politik Sabah itu jelas menjadi penghinaan kepada kebanggaan masyarakat KDM.
Henry Bating dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), berkata, tindakan menganugerahkan gelaranHuguan Siou kepada Anwar menyalahi adat istiadat masyarakat KDM dan boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang adat negeri.
Kami mahu Anwar dihukum dan bawa kes ini ke Mahkamah Anak Negeri Sabah! Memalukan kita orang KDM dan nenek-nenek moyang kita.
No comments:
Post a Comment